Monday, November 3, 2014

Dakwah itu Touch and Grow

Bismillah
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah hari ini rasa beban di bahu dan di kepala sudah dilepaskan dengan bahagia sekali. Yang pertama Hari Terbuka PPWK Dun Chempaka, yang kedua Mesyuarat Majlis Tertinggi Nisa' Kelantan. Baru rasa ada mood nak melihat dunia. Baru ada rasa nak membaca buku, baru ada rasa nak baca berita. Hakikatnya kerja-kerja lain banyak lagi menunggu. Iya lah "Al-Wajibaat Akthar Minal Awqot".

Tahun ini merupakan tahun pertama saya bertumbas ni PPWK Dun Chempaka. Setahun lebih. Usia PPWK Dun Chempaka baru mencapai umur 8 tahun, penubuhan di Kelantan sudah 10 tahun. PPWK Dun Chempaka sebenarnya bukan nama yang asing dalam penubuhan PPWK, ini kerana saban tahun bermula tahun 2009 PPWK Dun Chempaka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Bermula daripada pelajar sehinggalah kepada gurunya.Alhamdulillah.

Planner 2014 dan Planner 2015

Tadi, alhamdulillah selesai membentangkan laporan dan perancangan Unit Pembangunan Insan tahun 2015. Tiada yang baru, hanya meneruskan aktiviti tahun ini, cuma yang baru hanya modulnya sahaja. Modulnya itulah pecah kepala nak fikir :p
Buatlah apa pun, asalkan tujuan dakwah tu sampai. Aktiviti dakwah ni bukan aktiviti one off, aktiviti dakwah kena berterusan. Dakwah itu touch and grow bukan touch and go! Allahu, rasa berat di bahu. Betullah orang kata, perempuan ni kuat dengan air mata dan doa.Huhu. Walaupun sebenarnya jauh sangat ujian halangan dan rintangan yang dihadapi berbanding dengan apa yang Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jauh, terlalu jauh.Berilah kekuatan...



Berdakwah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.
Mustahil itu! Mustahil!

Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.

Jadi, para mad'u (pengikut dakwah) kita harus diri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasihati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali keluar dengannya. Agar kita memahami betul watak kader dakwah kita sebenarnya.


Pesanan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005) yang sangat terkesan.


AdyanaNur
11 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa







No comments:

Post a Comment

KakiBlog