Bismillah
Assalamualaikum
Setelah sebulan berlalu, Nisa' Circle kini kembali pada bulan Ramadhan di Madinah Ramadhan. Alhamdulillah dengan tenaga kudrat ajk UPI hanya tinggal 3 orang (Fadhilah sudah berpindah ke UPK) dan pada hari kejadian dua orang sahaja menghadirkan diri Hiluani dan Islamiah, Syila masih di KBMC, tiga termasuk ambo, kami melangkah seperti biasa. Kami dibantu sahabat syurga, Asma dan Syazwani yang bertindak sebagai pengisi pada kali ini. Kami sangat menghargai pengorbanan mereka. Dan kami rindu kelibat Fadhilah di Nisa' Circle :'(
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Showing posts with label Nisa' Kelantan. Show all posts

Saturday, June 27, 2015
Friday, November 14, 2014
Rehlah La Hot Spring
Bismillah
Assalamu'alaikum
Sempena cuti Hari Keputeraan, kami geng Usrah Nisa' Kelantan merancang satu trip rehlah ke Kolam Air Panas La atau orang Kampung Baung biasa sebut La Hot Spring. Alhamdulillah berjaya juga kami bercuti kali setelah banyak kali dah plan, sebelum ni rancang nak ke Lata Berangin, tak jadi. Destinasi seterusnya di sini. Lata Berangin next insha Allah. Seramai 14 ahli usrah menyertai rehlah kali ini.
Membaca sejarah Kisah Kolam Air Panas La / La Hot Spring. Menurut sejarah, Kolam Air Panas La, di Hulu Besut yang dikenali sebagai La Hot Spring telah dijumpai oleh Penghulu Haji Ibrahim Bin Haji Mat ketika zaman pemerintahan Inggeris dahulu. Kedudukannya di tengah-tengah hutan menyebabkan tiada orang berminat ke sana, hanya selepas penerokaan tanah oleh Felda sahaja barulah Kolam Air Panas La @ Hot Spring ini mula dikunjungi oleh orang ramai.
AdyanaNur
22 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Assalamu'alaikum
Sempena cuti Hari Keputeraan, kami geng Usrah Nisa' Kelantan merancang satu trip rehlah ke Kolam Air Panas La atau orang Kampung Baung biasa sebut La Hot Spring. Alhamdulillah berjaya juga kami bercuti kali setelah banyak kali dah plan, sebelum ni rancang nak ke Lata Berangin, tak jadi. Destinasi seterusnya di sini. Lata Berangin next insha Allah. Seramai 14 ahli usrah menyertai rehlah kali ini.
Sejarah Kolam Air Panas
Kolam Air Panas.
Subhanallah, kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia. Airnya panas, tapi berbeza panasnya air disebabkan api dan air panas bersuhukan bumi. Pada mulanya tak boleh nak bayangkan, kolam air panas, panasnya macam mana, kenapa panas. Di sinilah terjawab semuanya.
Aktiviti kami :)
Aktiviti semua bebas, memandangkan ada yang datang bersama keluarga, adik-beradik. Aktiviti wajib, bakar ayam dan kambing :)
Semoga rehlah berkonsepkan ukhuwwah ni diteruskan dan semoga pengisian seterusnya lebih bersedia :D
22 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Monday, November 3, 2014
Dakwah itu Touch and Grow
Bismillah
Tadi, alhamdulillah selesai membentangkan laporan dan perancangan Unit Pembangunan Insan tahun 2015. Tiada yang baru, hanya meneruskan aktiviti tahun ini, cuma yang baru hanya modulnya sahaja. Modulnya itulah pecah kepala nak fikir :p
Buatlah apa pun, asalkan tujuan dakwah tu sampai. Aktiviti dakwah ni bukan aktiviti one off, aktiviti dakwah kena berterusan. Dakwah itu touch and grow bukan touch and go! Allahu, rasa berat di bahu. Betullah orang kata, perempuan ni kuat dengan air mata dan doa.Huhu. Walaupun sebenarnya jauh sangat ujian halangan dan rintangan yang dihadapi berbanding dengan apa yang Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jauh, terlalu jauh.Berilah kekuatan...
Berdakwah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.
Mustahil itu! Mustahil!
Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.
Jadi, para mad'u (pengikut dakwah) kita harus diri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasihati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali keluar dengannya. Agar kita memahami betul watak kader dakwah kita sebenarnya.
Pesanan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005) yang sangat terkesan.
AdyanaNur
11 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah hari ini rasa beban di bahu dan di kepala sudah dilepaskan dengan bahagia sekali. Yang pertama Hari Terbuka PPWK Dun Chempaka, yang kedua Mesyuarat Majlis Tertinggi Nisa' Kelantan. Baru rasa ada mood nak melihat dunia. Baru ada rasa nak membaca buku, baru ada rasa nak baca berita. Hakikatnya kerja-kerja lain banyak lagi menunggu. Iya lah "Al-Wajibaat Akthar Minal Awqot".
Tahun ini merupakan tahun pertama saya bertumbas ni PPWK Dun Chempaka. Setahun lebih. Usia PPWK Dun Chempaka baru mencapai umur 8 tahun, penubuhan di Kelantan sudah 10 tahun. PPWK Dun Chempaka sebenarnya bukan nama yang asing dalam penubuhan PPWK, ini kerana saban tahun bermula tahun 2009 PPWK Dun Chempaka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Bermula daripada pelajar sehinggalah kepada gurunya.Alhamdulillah.
Planner 2014 dan Planner 2015
Tadi, alhamdulillah selesai membentangkan laporan dan perancangan Unit Pembangunan Insan tahun 2015. Tiada yang baru, hanya meneruskan aktiviti tahun ini, cuma yang baru hanya modulnya sahaja. Modulnya itulah pecah kepala nak fikir :p
Buatlah apa pun, asalkan tujuan dakwah tu sampai. Aktiviti dakwah ni bukan aktiviti one off, aktiviti dakwah kena berterusan. Dakwah itu touch and grow bukan touch and go! Allahu, rasa berat di bahu. Betullah orang kata, perempuan ni kuat dengan air mata dan doa.Huhu. Walaupun sebenarnya jauh sangat ujian halangan dan rintangan yang dihadapi berbanding dengan apa yang Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jauh, terlalu jauh.Berilah kekuatan...
Berdakwah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.
Mustahil itu! Mustahil!
Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.
Jadi, para mad'u (pengikut dakwah) kita harus diri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasihati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali keluar dengannya. Agar kita memahami betul watak kader dakwah kita sebenarnya.
Pesanan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005) yang sangat terkesan.
AdyanaNur
11 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Saturday, October 25, 2014
Nisa' Circle Hijrah
Bismillah
Assalamu'alaikum
Sudah menjadi rutin Sabtu keempat setiap bulan, saya dan team UPI Nisa' Kelantan akan mengaturkan satu pertemuan dengan ahli Nisa' untuk sharing moment. Tahun ini sudah lapan kali, termasuk hari ini. Alhamdulillah, sebagaimana sudah maklum, saya mempunyai team work yang saaangat osem.
Tema Nisa' Circle kali ini, Nisa' Circle Hijrah, sempena 1 Muharam 1436 hari ini. Kehadiran hari ini sebenarnya kurang memberangsangkan. Tapi Allah hadirkan saya mereka yang hadir hari ini insan-insan yang solehah dan osem. Kali ni saya rasa agak jijok untuk sampaikan pengisian. Boleh eye contact seorang demi seorang. Sebelum ni, 30 orang peserta Nisa' Circle tak dapat lah.
Okey, untuk NC ni, buat pertama kalinya, saya melaksanakan konsep taakhi seperti yang dilakukan Rasulullah saw selepas penghijrahan Rasulullah ke Yathrib (Madinah). Sebenarnya sudah lama saya nak buat konsep ini, sebelum NC pertama dulu lagi. Tapi entah macam mana saya lupa. Dan Allah ilhamkan balik kepada saya, ketika saya study balik sirah hijrah Rasulullah untuk pengisian hari ini. Tetiba teringat adik-adik yang dah ramai hadir NC sebelum ini, mereka belum ditaakhikan.
TBC
AdyanaNur
2 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Saturday, October 18, 2014
Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Kelate 2014 PC
Bismillah
Assalamu'alaikum.
Hampir dua bulan mengatur perancangan untuk program Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Kelate 2014 peringkat Parlimen Pengkalan Chepa. Program ini anjuran Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Nisa' Kelantan yang diturunkan kepada Nisa' kawasan untuk mengadakan program ini. Kali ini merupakan kumpulan kedua yang bertanding hari ini. Kumpulan pertama pada 27 September yang lepas, kumpulan kedua hari ini manakala kumpulan ketiga 25 Oktober akan datang.
Hari ini seharian bersama sahabat-sahabat Nisa' Pengkalan Chepa bertumbas di KB Arena Futsal di Kawasan Perindustrian Padang Tembak. Saya ditugaskan di bahagian pendaftaran, tugas sejak zaman berzaman. 12 pasukan semua berdaftar untuk bertanding hari ini. Program hari ini memberi pengalaman kepada kami semua, memandangkan urusetia tidak ada latarbelakang bermain bola jaring. Saya pernah bermain bola jaring sekali, pada tahun 1997 dan kali terakhir pun yang itulah. Mungkin saya dulu lebih fokus sukan bola tampar.
Okey, saya ada satu cerita yang sering diulang tayang hari ini, iaitu berkenaan pakaian ketika bersukan atau dengan bahasa mudah aurat ketika bersukan. Syarat-syarat kejohanan telah menetapkan, perkara keenam berkenaan pakaian seragam point 12.1 "Semua pasukan hendaklah memakai pakaian yang lengkap menutup aurat iaitu tshirt berlengan panjang, seluar track panjang, stoking dan kasut sukan." Ya sangat jelas peraturan itu. Tapi sebaliknya berlaku ada beberapa kumpulan yang tidak menepati syarat-syarat ini. Syarat ini telah diulang beberapa kali sehingga kali terakhir ketika taklimat sehari sebelum program.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Bersukan adalah tujuan yang sangat baik iaitu untuk meningkatkan jasmani seseorang. Tetapi perlu diingatkan bahawa bersukan juga boleh menjadi tidak baik bila mana kita tidak menjaga batas-batasnya seperti tidak menutup aurat, bercampur dengan lelaki dan perempuan dan sebagainnya. Aurat perlulah dijaga dan ditutup rapi seiring dengan kehendak syara’ ketika sedang beraktiviti baik lelaki mahupun wanita.Alasan menutup[ aurat menyukarkan pegerakan yang aktif ketika bersukan adalah alasan yang lapuk yang sengaja dicanangkan pihak musuh Islam. Apa pun menutup aurat itu wajib, walau apa pun.Aurat bagi seorang wanita Islam adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Dr. 'Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua Jabatan Usul Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:
"Tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:
1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan."
Rujukan di sini
Sangat sukar sebenarnya untuk berhadapan dengan situasi ini. Jika kita meraikan, apa beza kita dengan orang lain. Saya berpendapat mula-mula kita perlu bersangka baik kepada golongan yang tidak menutup aurat ini dengan mengatakan bahawa mereka tidak mendapat pengetahuan tentang batasan aurat atau tidak diajar tentang aurat TETAPI bukan bersangka baik saja-saja, kita KENA menerangkan kepada mereka SAMPAI FAHAM bahawa kalau berpakaian menutup aurat adalah lebih sopan dan selamat daripada pakaian yang tidak menutup aurat. Contohnya ketika bola terkena kepala, terjatuh, mungkin sakit kurang berbanding dengan yang jatuh tetapi kepala tidak memakai tudung. Seperti peraturan memakai topi keledar.
Ataupun boleh dikatakan kepadanya juga dengan bahawa jikalau puan mahu menyertai pertandingan ini, maka puan mestilah memakai pakaian yang menutup aurat. Kalau pakaian yang tidak menutup aurat, penyertaan puan dibatalkan.Tindakan yang sangat tegas.Atau sebelum program bagi kefahaman yang betul tentang pakaian menutup aurat, wacanakan ke, bagi pamplet aurat UPWK. Seingat saya ketika di MMP kami bersukan dengan pakai baju kurung uniform sekolah dan tudung labuh tudung sekolah dan pakai seluar trek.Berhujan dan berpanasan.Sekarang zaman dah maju, ada tshirt muslimah yang labuh menggantikan baju kurung.
Kita kena ingat satu perkara bahawa dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau cara tidak bertepatan dengan syariat Islam walaupun matlamat yang ingin dicapai adalah baik, maka usahanya itu menjadi tidak baik.Apa pun menutup aurat itu wajib, walau apa pun. Aurat bagi seorang wanita Islam adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

Friday, October 17, 2014
Usrah Nukleus Tarbiyah
Bismillah
Assalamualaikum
Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah.Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.
Para pimpinan Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk dalam wasilah. Syeikh Hasan Hudhaibi pernah menyatakan:
“Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan.Jika mereka telah merealisasikan hal ini kepada diri mereka, maka benarlah mereka akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman.”
Pemikir dakwah Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa “Tarbiyah melalui sistem usrah merupakan tarbiyah yang tidak boleh ditukar ganti dengan cara lain..”.
Manakala Ustaz Mustafa Mahsyur pernah menyatakan “Kewujudan usrah tidak ada titik akhirnya walaupun daulah Islamiyah ditegakkan.”
Jelas sekali peranan dan kedudukan tarbiyah terutama operasi usrah tidak boleh diabaikan walau apa pun posisi gerakan Islam samada berada di marhalah ta’sis, marhalah infitah atau ketika di marhalah daulah.
Petikan pendahuluan kertas kerja Usrah Nukleus Tarbiyah UPI Nisa' Kelantan.
Sudah hampir setahun saya memegang amanah sebagai Ketua Unit Pembangunan Insan Nisa'Kelantan. Rasa baru semalam segalanya bermula. Masih terasa muka blur saya semasa mula-mula dapat taklifan ini. Tanpa bantahan. Semua tiba-tiba. Persoalan bermain di benak fikiran, kenapa saya, saya culas banyak dengan program Nisa'Kelantan. Tapi semuanya rela dan redha. Saya dengan blurnya hadir meeting pertama.
Alhamdulillah Allah hadirkan saya AJK yang osem. Banyak tolong, banyak dengar idea pelik-pelik, dan banyak rajin.Saya masih belajar, bermula dengan zero insha Allah i wanna to be a hero. Biar pecah kepala memikirkan aktiviti best untuk Nisa' Circle tapi itulah keseronokan. Tiap kali memikirkan untuk Nisa' Circle pasti esoknya ada yang bermata panda. Tidak mudah mendidik manusia.Tarbiyah bukan sekadar membawa manusia menuju kepada semakin baik tetapi menyiapkan mereka menjadi kader, penggerak atau rijal kepada gerakan Islam, Al-Marhum Syeikh Dr. Ali Abdul Halim di dalam bukunya ‘Fi Takhtit Tarbawi'.Dengan erti kata yang ringkas, tarbiyah adalah satu proses yang bersifat teras, syumul, berkesinambungan dan komprehensif. Proses membina ruh, fikrah, iman, jasad dan jihad bagi menyiapkan angkatan rijal umat. Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyah.
Imam Hasan al-Banna pernah mengungkapkan mutiara hikmah buat kita semua :
“Dakwah ini tidak akan dimenangkan kecuali ada orang yang mencurahkan segala tenaganya untuk memahami selok belok dakwah ini”
Proses tarbiyah saaaangat panjang. Bukan semudah mengajak ayam makan. Andainya ada yang memahami ~
Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak

Usrah MT Nisa' Kelantan
Usrah AJK Nisa' Kelantan
Nisa' Circle
Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak
Monday, October 6, 2014
Nisa' Circle
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Where 1 problem is solved by MANY people, thats is Usrah.
Where a happiness is shared TOGETHER, that is Usrah.
When 1 people forget, OTHERS reminding, that is Usrah.
Instead of hanging out along, hang out TOGETHER, that is Usrah.
In short, Usrah is all about WE, not ME.
Lets join Nisa' Circle today, have fun, connecting with people, while generating more and more PAHALA.
Insha Allah <3
Saturday, August 16, 2014
Bubble Giant Biladi
Bismillah
Assalamu'alaikum
Ketika kecil-kecil dulu, saya suka main bubble ni. Dengan menggunakan batang daun betik dan air sabun basuh. Tiup ke udara. Tiup atas simen.Seronok.
Bila dah dewasa ni ada dengar pula bubble giant. Besar dan memang tak cepat pecah.Ini permainan budak ke orang tua main ni? :D
Untuk Nisa' Circle kali ini, Pengarah Nisa', Kak Najibah cadang buat bubble ni. Sabun buat sendiri. Saya cuba tanya sahabat-sahabat yang pernah buat dan rujuk youtube.
Alhamdulillah, hasilnya tidaklah sehebat yang kita tengok di youtube. Hanya untuk mengembirakan si kecil ini. Terimbau kenangan main benda ni masa kecil dulu.

# Dalam gambar : Balqish comel sedang meniup bubble dan saya turut ambil kesempatan main juga ;)
Thursday, July 3, 2014
Mutaba'ah Amal Ramadhan 1435 H
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Borang Mutabaah Amal Ramadhan 1435 H
Buah tangan daripada UPI Nisa' Kelantan
Semoga bermanfaat :)
Tuesday, June 24, 2014
Our team ♥
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Inilah wajah-wajah yang sentiasa bekerja bersama saya.Semoga terus diberikan kekuatan untuk bekerja untuk ummah.
Setahun lebih mengenali mereka sangat membahagiakan.5 orang satu team.5 karakter yang berbeza.
Hasrat saya.Mereka boleh dihantar ke mana dalam dakwah bidang kecenderungan mereka.
Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah.Ia bersedia untuk dipasang di mana sahaja, terserah kepada arkitek dan kontraktor hendak meletakkan batu bata tersebut.
انا رمى من رماية الأسلام...فارمى أين ما شئت
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
Saad bin Abi Waqqas~
#Ayat febret ^_^
Tuesday, April 8, 2014
Belajar dan Berbakti
Bismillah
Assalamu'alaikum
(إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا)
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
[Surat Al-Ahzab : 72]
Sunday, December 1, 2013
Explorace Beliawanis 2013
Bismillah
Assalamualaikum
Explorace Beliawanis 2013 sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2013 yang bertemakan "Ambo Anak Klate". Tahniah buat semua peserta dan sukrelawan yang bertugas. Terima kasih kepada pihak U-BeS atas kepercayaan yang diberikan kepada NISA' KELANTAN.
"Apabila kita mengerjakan kebaikan, hingga kita berasa penat, ingatlah bahawa kepenatan itu akan hilang dan ganjaran pahala itu akan berpanjangan. Dan apabila kita berasa seronok mengerjakan maksiat, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan."(Saidina Ali r.a)
Semoga setiap perbuatan kita mendapat nilaian amal soleh, insyallah.
~Kami Anok Klate Bermaruah~
Peserta dan urusetia bergambar setelah selesai ^_^
:)
Alhamdulillah berakhir dengan senyuman walau sedikit kehujanan Explorace Beliawanis 2013. Best tidak terkata. Program pertama saya setelah memegang amanah MT Nisa' Kelantan.
Gambar-gambar lain boleh layari album ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)