Friday, November 14, 2014

Rehlah La Hot Spring

Bismillah 
Assalamu'alaikum

Sempena cuti Hari Keputeraan, kami geng Usrah Nisa' Kelantan merancang satu trip rehlah ke Kolam Air Panas La atau orang Kampung Baung biasa sebut La Hot Spring. Alhamdulillah berjaya juga kami bercuti kali setelah banyak kali dah plan, sebelum ni rancang nak ke Lata Berangin, tak jadi. Destinasi seterusnya di sini. Lata Berangin next insha Allah. Seramai 14 ahli usrah menyertai rehlah kali ini.



Sejarah Kolam Air Panas

Membaca sejarah Kisah Kolam Air Panas La / La Hot Spring. Menurut sejarah, Kolam Air Panas La, di Hulu Besut yang dikenali sebagai La Hot Spring telah dijumpai oleh Penghulu Haji Ibrahim Bin Haji Mat ketika zaman pemerintahan Inggeris dahulu. Kedudukannya di tengah-tengah hutan menyebabkan tiada orang berminat ke sana, hanya selepas penerokaan tanah oleh Felda sahaja barulah  Kolam Air Panas La @ Hot Spring ini mula dikunjungi oleh orang ramai.

Kolam Air Panas.

Subhanallah, kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia. Airnya panas, tapi berbeza panasnya air disebabkan api dan air panas bersuhukan bumi. Pada mulanya tak boleh nak bayangkan, kolam air panas, panasnya macam mana, kenapa panas. Di sinilah terjawab semuanya.

Aktiviti kami :)

Aktiviti semua bebas, memandangkan ada yang datang bersama keluarga, adik-beradik. Aktiviti wajib, bakar ayam dan kambing :)
Semoga rehlah berkonsepkan ukhuwwah ni diteruskan dan semoga pengisian seterusnya lebih bersedia :D

AdyanaNur
22 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa

No comments:

Post a Comment

KakiBlog