Saturday, November 22, 2014

Mentari Bersinar Kembali

Bismillah 
Assalamu'alaikum


Pemandangan daripada jendela bilik 


Alhamdulillah. Akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini matahari bersinar kembali setelah seminggu hujan tanpa henti dan kesejukan luar biasa, seperti sudah turun salji agaknya Pengkalan Chepa ini. Dan kesihatan diri bertambah baik dari demam sejak hari Isnin lepas. Masih bersisa batuk dan suara masih serak basah. Allahu Yashfi alhamdulillah.

Akibat jarang-jarang saya demam, jadi kadang-kadang itulah saya sentiasa lupa penawar kepada sakit. Saya bukan pengamal ubat seperti panadol dan pil-pil lain. Tambahan lagi ma pun tidak sihat, jadi tiada yang mengambil peduli sakit demam saya kali ini. Berdikari, siap kena jadi tukang masak lagi sejak ma tak sihat.

Selalunya kalau batuk ma pagi sesudu kicap dengan perahan limau nipis. Yang lucunya hari pertama sehingga keempat saya bertahan tanpa sebarang penawar. Hari Khamis baru saya ingat nak minum madu dengan perahan limau nipis. Allahu. Jadi pagi tadi panas dan letih badan dah terasa baik. Gembira tengok matahari. Cuma saya masih batuk-batuk. Apapun alhamdulillah, kerja saya banyak sangat menanti.

AdyanaNur
29 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa




No comments:

Post a Comment

KakiBlog