Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Anak Palestin dan Al-Quran

Bismillah 
Assalamualaikum

Sehari dua ni rasa macam agak tercabar dengan pencapaian adik-adik di Palestin berjaya menghafal Al-Quran dalam masa kurang sebulan. Oh sangat!

Eh, bahasa deme mestilah mudah nak hafal!
Ye benar, tapi umur dah masuk 3 series ni, separuh pun belum sampai. Allah. Bezanya istiqamah (Baca rajin) sahaja sebenarnya. Teringat masa zaman mengaji dulu, mengakulah, ambo sendiri payah benar nak hafal Al-Quran, sehingga beberapa teknik dan cara cuba. Sehinggalah ada satu teknik yang selesa dengan ambo. Siapa nak tahu cara ambo hafal, boleh pm :p


Adik Muhannad Farid al-Hassani 

Adik Muhannad Farid al-Hassani ni dari Utara Semenanjung ‪#‎Ghazzah‬ berjaya menghafaz Al-Quran selama 26 hari pada musim panas yang lepas. Boleh tengok gambar beliau semasa menghafal Al-Quran. Macam-macam gaya.

Ahmed Husain Haniyeh 

Selepas Adik Muhannad Al-Hasani yang telah menamatkan hafazan Al-Quran selama 26 hari, di Masjid Awdah Utara Semenanjung Ghazzah, Ahmed Husain Haniyeh yang menyempurnakan hafazan dalam tempoh kurang sebulan. Lebih kurang juga tempoh dengan adik Muhannad. Pun macam-macam gaya dalam proses menamatkan hafalan.

Teruja dan semangat tengok kedua-dua adik ni. Sekarang ni dah ada macam-macam teknik menghafal dengan mudah, seperti teknik Hafazan Al-Quran Teknik Neurofisiologi, dan buku-buku yang berkongsi tentang tips-tips menghafal Al-Quran. Nak dan tak nak je.



Tuesday, November 4, 2014

Tadabbur Ayat 153 Surah Al-Baqarah

Bismillah
Assalamualaikum

Akhirnya, berjaya juga saya untuk memulakan sehari satu ayat untuk ditadabbur. Ye, masih semangat tahun baru lagi, semoga istiqomah!



يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين 
QS 2:153

Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat manusia untuk selalu meminta pertolongan kepada Allah swt dengan cara bersabar dan menunaikan solat dengan khusyuk.

Sabar terbahagi kepada dua, iaitu sabar ketika mendapatkan kesenangan dan sabar ketika mendapatkan kesusahan.Ketika kita menghadapi permasalahan, hendaknya kita mengembalikan semua urusan kepada Allah swt kerana Dialah Zat yang menentukan semuanya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sebagai kejutan bagi orang mukmin, Allah swt tidak akan menentukan sesuatu, kecuali Allah swt lebih tahu tentang apa yang lebih baik baginya."

Sabar mengandungi tiga perkara iaitu sabar meninggalkan sesuatu yang haram, sabar menunaikan ibadah dan kewajipan, serta sabar dalam menerima musibah daripada Allah swt.Semua musibah merupakan kehendak Allah swt telah disebutkan pula bahawa di sebalik kejadian menimpa, pasti terdapat hikmah yan sangat agung.
Al-Misbah Al-Munir fe Tahzib Tafsir Ibnu Kathir.

Dari Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw mendatangi seorang perempuan yang menangisi kematian anaknya.Beliau kemudian berkata kepadanya, " Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersabarlah".Kemudian perempuan itu menjawab, " Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku", tatkala beliau pergi, dikatakan kepada perempuan itu tahukah kamu yang baru saja berkata tadi adalah Rasulullah saw.Kemudian perempuan itu mendatangi beliau dan berkata bahawa dia tidak mengenalinya.Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya yang namanya sabar itu adalah ketika di mana kamu mula-mula ditimpa musibah"
HR Muslim, 1535.


AdyanaNur
6 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa




Monday, October 20, 2014

Radio Al-Quran

Bismillah
Assalamua'alaikum.

Sejak si putih saya masuk hospital, saya jarang mendengar Radio Al-Quran dari Kaherah. Tambah lagi bila saya buka link yang saya bookmark, tiada dalam talian. Sehari demi sehari. Lamaa sikit bila dah rindu sangat nak dengar, minggu lepas saya merajinkan diri untuk google. Maka jumpalah link ini http://www.ertu.org/quran/QuranKareem.html sebelum ni pun, web ERTU juga, tapi tak dapat, dan kali ini tidak memerlukan software Real Player, Window Movie Player apa-apa lagi tu, hanya buka link tu, terus dapat dengar.

Allah terubat rasanya. Ada dekat setengah tahun tak dengar. Ramadhan lepas cari, tapi tak usaha cari :p ruuuuggiiii rasanya terlepas Ramadhan baru ni :'(

Saya  pernah berseloroh, masa tu dalam tramco nak balik Mansurah, "Nanti kan nak rakam yang Dj tu sebut إذاعة القرآن الكريم  من القاهرة , kemudian nak set ringtone bila balik Malaysia".
Sahabat saya tergelak dengan saya sekali raso nok ssuko. Apabila balik Malaysia, perkara pertama saya cari link radio ni, nak cek line :p


                                  
البث المباشر لإذاعة القرآن الكريم من القاهرة

Siaran radio ini hampir seluruhnya bacaan Al-Quran, terdapat juga kuliah tafsir, fiqh ibadah, perundangan. Pernah juga saya mendengar radio ni buat liputan sekiranya ada seminar, simposium dan persidangan dalam Mesir dan luar Mesir yang berkaitan dengan Al-Quran, sejarah Islam, peradaban Islam. Pada bulan Ramadhan ada siaran langsung solat terawih.




Thursday, July 3, 2014

Tadabbur Ayat Juz 1

Bismillah.
Assalamu’alaikum


 Masih tidak terlewat.

Juz 1 (Surah Al-Baqarah)

Tujuan utama adalah menceritakan tentang pengangkatan khalifah di bumi, pokok bahasan ini mengambil 286 ayat atau 2 juz setengah dari isi Al-Quran.

Ia terbahagi kpd:
Bahagian pertama : mengenai jenis2 manusia, kelompok manakah yg berhak memimpin dunia
Bahagian kedua : contoh kepimpinan pertama di dunia oleh Nabi Adam as
Bahagian ketiga : contoh kepimpinan yg gagal walaupun diberi tempoh masa yg sangat lama iaitu Bani Israel
Bahagian keempat : contoh kepimpinan yg sukses oleh Nabi Ibarahim as

Bahagian pertama
Ada 3 model kelompok manusia; orang bertaqwa, orang kafir dan orang munafik. Pilihlah model mana yg kita mahu tetapi hanya satu sahaja model yg dijadikan Allah swt sbg pemimpin dunia. Sifat pertama bagi kelompok orang bertaqwa adalah, beriman kpd perkara ghaib! sifat yg plg berbahaya dimiliki umat terdahulu adalah materialisme!

Bahagian kedua
Allah mengajarkan teknologi kehidupan, iaitu segala apa yg ada di bumi telah dijadikan dan diaturkan untuk khalifah tersebut.Ini sebagai peringatan buat mukminin bahawa mereka tidak dapat memimpin bumi tanpa mengetahui cara untuk mengaturnya. 

Bahagian ketiga
Allah menyebut pelbagai nikmat yg diberikan kpd Bani Israel, namun kesalahan pertama mereka adalah kerana materialisme. Kemudian mereka perbuat pelbagai siri dan bentuk kedurhakaan kpd Allah. Kisah Baqarah memperlihatkan bahawa Allah swt berkuasa ke atas segala sesuatu dan tidak semua urusan berlaku sebagaimana yg biasa kita lihat (materialisme). Kerana kesalahan Bani Israel yg amat besar, Allah swt telah melarang orang beriman untuk meniru mereka meskipun hanya dengan penggunaan istilah, kerana meniru (taqlid) itu akan membawa kpd kekufuran.

Bahagian keempat
Nabi Ibrahim as lulus pelbagai ujian dengan sangat sempurna. Inilah contoh kepimpinan yg sukses.
Dari kisah Nabi Adam as, kisah Bani Israel, sehingga ke kisah Nabi Ibrahim as, ayat-ayat pertama permulaan kisah-kisah ini dimulakan dengan ujian ketaatan kpd Allah swt.

Juz 1 berakhir dgn pesanan Nabi Yaaqub as kpd anak2nya tentang amanah kepimpinan ini yg perlu diwariskan kpd generasi selanjutnya, dengan mesej yg jelas; iaitu kita hanya menyembah Allah swt, dan kita hanya tunduk dan patuh (muslim) kpd Allah swt.

Rujukan: Khowatir Quraniyyah oleh Amru Khalid.

Saturday, January 4, 2014

Khowathir Qur'aniyah

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Buku Khowathir Qur'aniyah| Nazharat Fe Ahdafi Suwaril Qur'an.
Alhamdulillah akhirnya :)

Perlbagai halangan untuk memilikinya.Buku ini dicadangkan oleh seorang ustaz, beliau menyebut, buku ni bagus dan sesuai dimiliki oleh fasilitator.Menerangkan secara ringkas mengenai makna surah-surah dalam Al-Quran.Tulisan Amru Khalid.
Usaha mencari kitab ini di Pustaka Darussalam Kaherah, tapi ammu kata ma fish :(

Sehingga bulan Ramadhan, jumpa kitab terjemahan seperti dalam gambar, tapi tidak dapat memilikinya kerana bulan tersebut saya sudah membeli buku New Quantum Tarbiyah dan Titik Tolak.

Dipendekkan cerita, saya beli secara online yang ini.Walaupun mulanya ingin memiliki buku ini versi bahasa arab.Alhamduillah.Harga Year End Sale.Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk teman-teman yang baru mula memahami isi-isi Al-Quran.Sebelum melangkah membuka kitab-kitab tafsir mu3tabar.

:)


KakiBlog