Assalamualaikum
Sehari dua ni rasa macam agak tercabar dengan pencapaian adik-adik di Palestin berjaya menghafal Al-Quran dalam masa kurang sebulan. Oh sangat!
Eh, bahasa deme mestilah mudah nak hafal!
Ye benar, tapi umur dah masuk 3 series ni, separuh pun belum sampai. Allah. Bezanya istiqamah (Baca rajin) sahaja sebenarnya. Teringat masa zaman mengaji dulu, mengakulah, ambo sendiri payah benar nak hafal Al-Quran, sehingga beberapa teknik dan cara cuba. Sehinggalah ada satu teknik yang selesa dengan ambo. Siapa nak tahu cara ambo hafal, boleh pm :p
Adik Muhannad Farid al-Hassani
Adik Muhannad Farid al-Hassani ni dari Utara Semenanjung #Ghazzah berjaya menghafaz Al-Quran selama 26 hari pada musim panas yang lepas. Boleh tengok gambar beliau semasa menghafal Al-Quran. Macam-macam gaya.
Sumber : Shehab News Agency
Ahmed Husain Haniyeh
Selepas Adik Muhannad Al-Hasani yang telah menamatkan hafazan Al-Quran selama 26 hari, di Masjid Awdah Utara Semenanjung Ghazzah, Ahmed Husain Haniyeh yang menyempurnakan hafazan dalam tempoh kurang sebulan. Lebih kurang juga tempoh dengan adik Muhannad. Pun macam-macam gaya dalam proses menamatkan hafalan.
Sumber : Shehab News Agency
Teruja dan semangat tengok kedua-dua adik ni. Sekarang ni dah ada macam-macam teknik menghafal dengan mudah, seperti teknik Hafazan Al-Quran Teknik Neurofisiologi, dan buku-buku yang berkongsi tentang tips-tips menghafal Al-Quran. Nak dan tak nak je.
No comments:
Post a Comment