Bismillah
Assalamualaikum.
Entri kali ini adalah kerana rasa tiba-tiba teringat kepada seorang rakan yang mengenalkan saya kepada tokoh serikandi Rufaidah binti Sa'ad ini. Terus saya namakan serikandi sebagai tajuk pengisahan tokoh serikandi pada Nisa' Circle kali ini. Kisah ini bersmberkan beberapa sumber dan akhirnya terhasillah ringkasan ini. Jazakillah Ateh Syima :) dan semoga bermanfaat kepada peserta Nisa' Circle bulan ini.
Terimalah,
Rufaidah binti Sa’ad Pakar Perawat Muslimah Zaman Rasulullah SAW
MUKADIMAH
• Dunia barat tersohor dengan jururawat pertamanya yang bernama Florance Nightingale sehinggakan beliau telah diwar war kan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor . Beliau dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820.
• Dikenali sebagai “The Lady with The Lamp” kerana bekerja gigih merawat askar-askar British yang luka ketika perang dan beliau mengasaskan Pendidikan Kejururawatan di St Thomas Hospital (1860), London dan meninggal dunia pada 1910.
• Setelah Rasulullah menyebarkan risalah Islam, ramai tokoh ilmuwan lahir di bidang falsafah, astronomi, matematik dan bidang kesihatan. Dalam bidang kesihatan kita diperkenalkan dengan tokoh tokoh seperti Ibn Al Qayyiam al Jauzi, Ibn Sina, Abu Bakar ibn Zakaria Ar Razi, Imam al Ghazali, Abu Raihan al Biruni dan tidak ketinggalan seorang tokoh Muslimah yang diberi nama Rufaidah binti Sa’ad
PENGENALAN
Nama : Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al Khazraj,
Lahir : Yathrib dan tinggal di Madinah dan berasal dari kaum Ansar
Bapa : Seorang doktor dan beliau mempelajari ilmu perawatan saat membantu ayahnya
• Menurut Prof Dr Omar Hasan Kasule, ketika membentangkan kertas kerjanya di Konferens Antarabangsa Jururawat ke 3 “Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century” di Brunei Darussalam 1-4 November 1998 :
• Rufaidah adalah perawat profesional pertama dimasa sejarah Islam. Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad SAW di abad pertama Hijriah/abad ke-8 Masihi
PERIBADI
• Sejarah menggambarkan beliau sebagai perawat teladan, baik dan bersifat empati. Rufaidah seorang pemimpin yang berkebolehan dan tersusun, mampu memobilisasi dan memotivasi orang lain. Memiliki kemahiran klinikal yang dapat dikongsi kepada perawat pelatih yang bekerja dengannya.
• Selain bekerja secara klinikal, beliau juga turun ke lapangan masyarakat untuk merawat masalah sosial yang boleh membawa kepada penyakit. Beliau adalah Jururawat awam bekerja untuk masyarakat, yang menjadi inspirasi kepada profesion perawat dunia Islam.
SUMBANGAN
• Apabila Negara Islam terbina kukuh di Madinah, Rufaidah menawarkan dirinya untuk merawat muslim yang sakit. Beliau mendirikan khemah di luar Masjid Nabi SAW
• Ketika perang, beliau mengetuai kumpulan jururawat sukarela yang memasuki medan tempur dan merawat tentera yang cedera parah. Antara perang yang disertainya adalah Uhud, Badr, Khandak dan Khaibar.
• Khemahnya menjadi terkenal ketika perang kerana Rasulullah mengarahkan tentera yang cedera di bawa ke khemah Rufaidah
Perang Khandaq – Rufaidah mendirikan khemah hospital di medan tempur. Rasulullah mengarahkan Sa’ad bin Ma’adh yang terluka ketika perang dipindahkan ke khemah Rufaidah
• Rufaidah merawat Sa’ad, mencabut panah dari tangannya hingga keadaan Sa’ad menjadi stabil. Rasulullah SAW menziarahi Sa’ad di khemah hospital beberapa kali sehari. Sa’ad kemudiannya wafat dalam peperangan Bani Quraizhoh
KERJA MASYARAKAT DAN SUKARELAWAN
• Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabat perempuan sebagai jururawat di zaman Rasulullah. Ketika tentera Rasulullah bersedia untuk ke Perang Khaibar, Rufaidah dan pasukan jururawat sukarela pergi bertemu Rasulullah untuk meminta izin turut serta.
“Wahai Pesuruh Allah, kami mahu ikut kamu ke medan perang dan merawat tentera muslim yang terluka sebanyak mana yang kami mampu”
• Pasukan jururawat telah melaksanakan tugas dengan baik sehingga Rasulullah membahagikan harta rampasan perang kepada beliau. Bahagian yang diperolehinya menyamai bahagian seorang tentera. Ini adalah pengiktiran di atas kerja kerasnya dalam bidang perubatan dan kejururawatan.
• Sumbangan Rufaidah bukan sahaja terbatas dengan merawat pesakit yang terluka. Bahkan, beliau terlibat dengan kerja kemasyarakatan dengan menolong ; orang miskin, anak yatim, dan orang kurang upaya.
• Beliau menjaga kebajikan anak-anak yatim, merawat mereka dan mengajar anak anak yang buta huruf.
PENUTUP
• Personaliti Rufaidah yang baik dan empati dapat menenangkan pesakit ditambah lagi dengan rawatan perubatan yang diberikan. Sentuhan sisi kemanusiaan merupakan aspek yang penting bagi seorang perawat dan perlu diseimbangkan dengan sisi teknologi masa kini.
• Sejarah telah merakam nama nama wanita yang telah bekerja bersama Rufaidah : Umm Ammara, Aminah, Umm Aiman, Safiyat, Umm Sulaim dan Hind. Wanita muslim yang juga terkenal sebagai jururawat adalah : Ku’ayibat, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyat, Umm ‘Atiyyah al Ansariyat dan Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyat.
Sumber Rujukan :
Al Fanjari, Ahmad Shawqi: Rufaidah, Awwal Mumaridhat fi al Islam. Dar al Qalam. Kuwait 1980CE.
Hamarneh, Sami Khalaf: Tarikh Turath al 'Uluum al Tibiyyat 'Inda al 'Arab wa al Muslimiin. Yarmouk University 1406 AH/1986 CE
'Asqalanai, al Imaam al Hafidh Ahmad bin Ali bib Hajar. Al Isabat fi tamyiiz al Sahabat. Dar al Kitab al 'Ilmiyat. Beirut 1415AH/1995CE
* Paper Presented at the 3rd International Nursing Conference "Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century" held in Brunei Dar as Salam 1st-4th November 1998
http://www.irfi.org/articles/articles_401_450/rufaidah_bint_sa.htm
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Showing posts with label Mereka Yang Telah Pergi. Show all posts
Showing posts with label Mereka Yang Telah Pergi. Show all posts
Wednesday, November 25, 2015
Sunday, June 28, 2015
Ustaz Mohd Nasir bin Yaacob
Bismillah
Assalamualaikum
Pagi hari ni, menerima berita sedih. Innalillahi Wainna Ilayhi Rojiun, Ustaz Nasir Yaacob kembali ke rahmatullah.
Semalam teringat ko ustaz Nasir...tiba-tiba teringat...mungkin sebab sokmo juga guna buku nahu ustaz sapa loni, sehingga ke Mesir buku ustaz dikilik smile emoticon Ambo meme lemoh nahu, Ustaz ajar nahu masa SMU sapa jijok kaana wa akhowatuha sampai Fa3il, Naib Fa3il..
Kali terakhir jumpa Ustaz, masa gotong-royong banjir baru ni.
Allahummaghfirlahu, warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.
Assalamualaikum
Pagi hari ni, menerima berita sedih. Innalillahi Wainna Ilayhi Rojiun, Ustaz Nasir Yaacob kembali ke rahmatullah.
Semalam teringat ko ustaz Nasir...tiba-tiba teringat...mungkin sebab sokmo juga guna buku nahu ustaz sapa loni, sehingga ke Mesir buku ustaz dikilik smile emoticon Ambo meme lemoh nahu, Ustaz ajar nahu masa SMU sapa jijok kaana wa akhowatuha sampai Fa3il, Naib Fa3il..
Kali terakhir jumpa Ustaz, masa gotong-royong banjir baru ni.
Allahummaghfirlahu, warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.
Wednesday, February 18, 2015
Perginya Murobbi Ummah Tok Guru
Bismillah
Assalamu'alaikum
12 Februari 2015
Hari itu telah dilalui dengan kelelahan. Saya berpagi ke Jabatan Imegresen untuk memperbaharui passport dan membeli beberapa barang kiriman ma. Sampai di rumah hampir asar. Saya terlelap akibat sakit kepala amat dan tersedar dari tidur selepas maghrib. Saya mula mengemas barang untuk bermusafir selama empat hari ke Jakarta.
Selesai mengemas, Along mengetuk pintu bilik dan memaklumkan kepada saya, Na, Tok Guru tak dok doh.
Ya Allahhhhh.
Air mata mula jatuh berderai.
Saya terus mendapatkan telefon yang berada di tingkat bawah. Ada hampir 10 panggilan yang tidak dijawab. Berita ini benar-benar saya terima. Bukan palsu sebagaimana biasa.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.
Bersambung...
Assalamu'alaikum
12 Februari 2015
Hari itu telah dilalui dengan kelelahan. Saya berpagi ke Jabatan Imegresen untuk memperbaharui passport dan membeli beberapa barang kiriman ma. Sampai di rumah hampir asar. Saya terlelap akibat sakit kepala amat dan tersedar dari tidur selepas maghrib. Saya mula mengemas barang untuk bermusafir selama empat hari ke Jakarta.
Selesai mengemas, Along mengetuk pintu bilik dan memaklumkan kepada saya, Na, Tok Guru tak dok doh.
Ya Allahhhhh.
Air mata mula jatuh berderai.
Saya terus mendapatkan telefon yang berada di tingkat bawah. Ada hampir 10 panggilan yang tidak dijawab. Berita ini benar-benar saya terima. Bukan palsu sebagaimana biasa.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.
Bersambung...
Monday, October 27, 2014
Perginya Seorang Sahabat
Bismillah
Assalamu'alaikum
إنا لله وإنا إليه راجعون
Al-Fatihah buat sahabat saya, Ukhti Nor Hafidzah bt Rozali, meninggal dunia seawal pagi 27 Oktober 2014 di Kuala Terengganu. Meninggal dunia akibat pendarahan dalaman / dalam perut. Beliau sedang mengandung anak kedua dan sudah hampir dengan kelahiran. Saya berpagi dengan berita ini. Tidak percaya. Sehingga saya baca lagi perbualan beberapa sahabat di telegram. Menangis, berhenti menangis, menangis lagi. Allahu. Sangat mengejutkan.
[Surat Yunus : 49]
Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
Assalamu'alaikum
إنا لله وإنا إليه راجعون
Dari kanan; Anjang Kayah, Kak Pae, Adik Syikin, UCU FID, Aishah
ketika mereka konvo KUSZA tahun 2007 by kamera Canonku.
Teringat sangat dia. Saya mengenali Allahyarhamah ketika sama-sama belajar di KUSZA. Allahyarhamah senior setahun saya.Terengganu asli. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan 4 tahun.Saya panggil Allahyarhamah, Ucu. Dialah sahabat dialah naqibah saya. Seorang anak dan sahabat yang baik, lembut, jaga solat jemaah, sentiasa sebut nak mati dalam perjuangan, sangat jaga ukhuwah dengan sahabat dan sangat pentingkan keluarga dengan aboh dan ummi. Sangat komited dengan jemaah. Juruh, jaga perasaan kawan.Bibir tak pernah lekang istighfar dan selawat.
Gambar keluarga yang dikirimkan melalui Telegram.
Kami berbual di telegram, Ucu ada beritahu dia akan pulang ke Terengganu (dari Johor @ Melaka, saya lupa) dan akan bersalin dan berpantang di Terengganu, Ucu sempat minta maaf kepada semua dan menyatakan perasaan takut untuk bersalin. Kami mendoakan beliau agar semuanya dipermudahkan. Sehinggalah kami mendapat berita mengejutkan ini.
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۚ إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ [Surat Yunus : 49]
Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
Ucu, semoga Allah pertemukan kita di syurga nanti... semoga syahid jalanmu semoga jannah tempat istirehatmu...Pergi sudah jiwa yang tenang...
كفى بالموت واعظاً
Cukuplah mati itu sebagai peringatan
اللهم اختم لنا ياالله بحسن الخاتمة ولا تختم علينا ياالله بسوء الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan Jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.
AdyanaNur
3 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
3 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Sunday, July 21, 2013
As-Syahidah Hala Mohamed Abou She'sha
Bismillah
Assalamualaikum
"Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami"
As-Syahidah Hala Mohamed Abou She'sha
ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أموات بل أحياء ولكن لا تشعرون
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.
QS 2:154
Assalamualaikum
"Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami"
As-Syahidah Hala Mohamed Abou She'sha
ولا تقولوا لمن يقتل في سبيل الله أموات بل أحياء ولكن لا تشعرون
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.
QS 2:154
Saturday, March 23, 2013
Al-Ustaz Said Ramadhan dan Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
Masih ramai yang tertukar dua tokoh ini.Mereka berdua mempunyai nama yang hampir sama, bezanya "Al-Bouti".
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Al-Ustaz Sa'id Ramadhan rahimahullah (1929-1995M = 1345-1416H)
Al-Ustaz Sai'd Ramadhan (Abu Aiman) rahimahullah merupakan seorang ahli pidato dan pendakwah yg berasal dari Tanta, Mesir. Beliau ialah menantu kepada as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah.
Beliau antara individu paling rapat dengan as-Syahid. Beliau juga merupakan pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai jasa yg besar dalam perjuangan umat Islam di Palestin. Beliau ialah Setiausaha Peribadi kepada as-Syahid.
Beliau diusir dari Mesir oleh regim Gamal Nasser cdan berpindah ke Arab Saudi dan mengasaskan Liga Islam Sedunia dan kemudian ke Geneva, Switzerland sebelum menghabiskan disertasi di University of Cologne pada tahun 1959. Di sana beliau menubuhkan Pusat Islam di Geneva. Kini anaknya Hani Ramadan menguruskan pusat Islam berkenaan. Seorang lagi anak beliau ialah Tariq Ramadan, tokoh Islam antarabangsa.
Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 1995. Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi' di Madinah tetapi hasratnya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Beliau akhirnya dikebumikan di tanah airnya, Mesir yg tidak dimasuki sejak 1954. Al-Fatihah.
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti (1929-2013
Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
Beliau merupakan tokoh Islam yang disegani yang dipilih oleh Anugerah Al Qur’an Antarabangsa Dubai sebagai “personality dunia Islam” pada tahun 2004.
dan telah menulis tidak kurang dari 60 buku dalam bidang fiqh, usulfiqh,kesusasteraan, falsafah, sosiologi. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti sebelum ini dikatakan cenderung kepada rejim Basyar, namun sejak akhir-akhir ini beliau banyak mendoakan agar tentera Basyar bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Dilaporkan juga sebelum beliau dibunuh, beliau telah merancang untuk keluar daripada Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar yang tidak membenarkan syaikh keluar daripada Syria.Beliau sebenarnya sudah merancang untuk memumumkan pendirian beliau bersama perjuangan rakyat dan untuk menentang rejim pada hari Jumaat keesokannya. Tetapi rejim Basyar telah membunuhnya pada hari Khamis sehari sebelum Syaikh mengumumkan pendirian beliau.
Friday, March 22, 2013
Ibnul Khattab-Lelaki Yang Sangat Merindukan Syurga
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
Membuatmu tidak berdaya melakukan apapun
Kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana'
Maka pilihlah yang paling mulia untuk kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka
Puisi Ibnul Khattab pada akhir hidupnya
-Samir Saleh Abdullah al-Suwailim-
-Ibnul Khattab-
Syahid pada 19 Mac 2002 kerana racun
Syahid sebelum berusia 33 tahun
~Perjalanan Meminang Bidadari~
Tuesday, March 19, 2013
Selamat Jalan Ibu Para Syuhada Ummu Nidhal @ Maryam Farhat aka Khansa' Palestin
Ummu Nidhal dan tiga anaknya yang syahid
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Ahad, 17 Mac 2013 Ummu Nidhal telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah sakit Asy-Syifa - Gaza pada umur 64 tahun setelah berjuang melawan penyakit sirosis hati, radang usus yang dideritanya. Selama itu beliau telah menjalani proses perubatan dan berulang-alik Gaza-Mesir-Syria.
Ratusan warga Palestin, kader, pendukung dan anggota Hamas pagi ini mengunjungi RS As-Syifa untuk melepas kepergian Ummu Nidhal dan mendoakan almarhumah. Rombongan ini dipimpin Perdana Menteri Ismail Haniyeh, Wakil Ketua Dewan Legislatif, Ahmed Bahar, seorang anggotas atasan Hamas, Mahmoud al-Zahar, dan lain-lain. Hari ini Palestin berduka dengan pemergian mujahidah ini.
Siapakah Ummu Nidhal?
Beliau lahir dari keluarga sederhana di Gaza pada tanggal 24 Desember 1949, memiliki 10 saudara laki-laki dan 5 saudara perempuan. Beliau adalah pelajar berprestasi di sekolahnya. Ketika masih bangku pertama SMA beliau berkahwin dengan Fathi Farhat (Abu Nidhal), beliau menjalani musim ujian sekolah menengah dalam keadaan hamil putra pertamanya.
Semenjak menjadi ibu, Ummu Nidhal mendidik dan mendorong putra-putrinya menjadi pejuang melawan zionis. Beliau memiliki 6 putra dan 4 putri, semuanya didorong untuk bergabung dengan Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap militer Hamas. Tiga orang putranya, Nidhal, Mohammed dan Rawad telah syahid.
Ummu Nidhal telah menawan hati rakyat Palestin apabila beliau muncul di dalam video pada permulaan tahun 2002 ketika beliau mengucapkan selamat jalan kepada puteranya, Muhammad, seorang mujahid al-Qassam untuk melaksanakan operasi menyerang musuh. Di dalam operasi itu Muhammad telah berjaya membunuh dan mencederakan beberapa orang tentera Zionis. Dengan itu Ummu Nidahl merupakan ibu pertama yang mengucapkan selamat jalan secara rasmi kepada puteranya yang pergi ke medan juang melaksanakan misi istisyhad.
Berita syahid anak-anaknya tidak membuat Ummu Nidhal sedih dan gentar. Justru semakin meningkatkan keikhlasannya. Ketika ditanya soal kesyahidan anaknya, beliau menjawab dengan kebesaran jiwa, tak ada duka dan penyesalan:
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Siapa yang menyayangi anak-anaknya hendaklah memberikan sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anaknya. Dan yang paling berharga itu ialah syurga".
Baginilah ungkapan-ungkapan kebesaran jiwa dan keikhlasan ibu para syuhada ini:
"Ketika anakku yang sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat memasuki usia enam tahun, saya katakan kepadanya; Ibu ingin kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
"Tiada kabar yang paling mengembirakan saya, kecuali saat puteraku menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung dengan Briged Al Qassam dan sedang mempersiapkan diri menyongsong syahadah di medan perang. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."
Saat perpisahannya dengan putera sulungnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak, Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkan hatimu, istiqomahlah sampai engkau bertemu Allah Taala."
Ummu Nidhal adalah ibu spiritual bagi para mujahidin. Beliau sering mengunjungi para "murabithin" yang berjaga-jaga di wilayah Gaza dan memberikan nasihat dan semangat untuk mereka. Adapun aktiviti harian beliau adalah sebagai anggota Dewan Legislatif Palestina dari fraksi Reformasi.
Hari ini Ummu Nidhal telah menemui Rabbnya, melepas rindu dengan suami dan 3 puteranya dan menunggu putera-puterinya yang akan menyusul.Majlis pengebumiannya di bumi Gaza dilakukan sebagai panglima dan negarawan terbilang. Kerana akhlak dan amalannya yang mulia membesarkan anak-anaknya dan menyerahkan anak-anak yang dipinjamkan oleh Allah untuk berjuang menantang kezaliman zionis sehingga menjadi Syuhada'. Semoga Allah merahmatimu Ummu Nidhal, Khansa’ abad ini. Semoga akan banyak lagi “Khansa’-Khansa’ yang lain akan mengikutimu.
Ummu Nidhal ketika melepas putranya Muhammad Fathi Farhat ke medan jihad
Ummu Nidhal saat melepas kesyahidan anaknya
Tentera berarak mengiring jenazah Ummu Nidhal
Saturday, November 3, 2012
Maryam Jameelah : Hilangnya Serikandi Ummah
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Penulis Maryam Jameelah meninggal dunia di Lahore Pakistan pada umur 78 akibat kegagalan jantung dan sakit berpanjangan pada malam Rabu. Beliau yang tidak asing namanya bagi saya, namun saya jarang mengikuti perkembangan beliau. Saya sempat membaca karya beliau, "Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab" beberapa tahun yang lepas melalui ebook.
Sumber:
Sunday, September 30, 2012
Si Syahid Kecil: Muhammad Durrah
Masih kalian ingat kisah Muhammad Durrah?
Pada 30 September 2000, adik Muhammad al-Durrah dan bapanya, Jamal sedang berjalan di sebatang jalan di tebing Gaza, Palestin
Tiba-tiba mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran antara tentera Israel dan pihak berkuasa Palestin
Walaupun menjerit, merayu dan merintih agar dia dan anaknya tidak diapa-apakan, namun askar Israel tidak ambil peduli sebaliknya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mereka anak beranak.
Keduanya-duanya syahid di situ juga.
Pada hari tersebut 4 syahid dan 100 yang lain cedera di Nablus, dan juga 167 orang cedera di kawasan Masjid Aqsa membantah Ariel Sharon masuk ke masjid.
Tidak lama kemudian Israel dengan angkuh mengeluarkan kenyataan…LELAKI ITU MENGGUNAKAN ANAK SEBAGAI PERISAINYA!
Setem ini dikeluarkan bagi memperingati peristiwa tersebut yang mana telah dikeluarkan oleh 7 buah negara Islam, Iran, Iraq, Jordan, Saudi, Tunisia, Yaman dan Maghribi.
Kisah as-Syahid Muhammad Durrah diabadikan dalam video ini.Sebuah cerita yang perlu dikisahkan kepada kanak-kanak dan shabab sekarang.
Muhammad Durrah (1988–2000)
Sunday, September 16, 2012
Singa Pemimpin Mujahidin | Lion of the Desert
Bismillah.
Assalamu'alaikum
Haji Karim Oei salah satu yang menyambut seruan memboikot produk Itali dengan cara membakar kereta Fiat miliknya.Bayangkan kereta Fiat pada tahun 1931, betapa besar harganya untuk seseorang yang hidup di tengah penjajahan.Bahkan Indonesia belum menjadi sebuah negara.
16 September 1931, ketika itu Umar Mukhtar digantung setelah ditangkap oleh penjajah Itali.
“Aku boleh Mati, tapi perjuangan untuk meraih kemerdekaan dan kebebasan melawan ketidakadilan dan keserakahan kaum imperialis, tidak boleh berhenti dan harus diteruskan!”
Umar Mukhtar, Libya.
Perjalanan Meminang Bidadari.
Wednesday, April 18, 2012
Rantisi
Bismillah.
Assalamu'alaikum
Agar Allah memasukkanku ke dalam syurga.Itulah keinginanku yang paling tinggi~As-Syahid Abdel Aziz Rantissi
Wednesday, February 15, 2012
As-Sayyidah Al-Fadhilah Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimin yang pertama
Bismillah.
Assalamu'alaikum
Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.
Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.
Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.
Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.
Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun
Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.
Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.
Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.
Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.
Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.
Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.
Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah
Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.
Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta.
Sunday, December 18, 2011
As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat
Bismillah
Assalamualaikum
Suasana dalam Masjid Al-Azhar tadi selepas solat jenazah As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat,
Ribuan hadir.Ketika ini bergema dengan laungan slongan tanda marah kepada Majlis Askari,tidak kurang hebat di luar masjid penganut kristian juga turut melaungkan macam-macam kemarahan...
Alfatihah.
Assalamualaikum
Suasana dalam Masjid Al-Azhar tadi selepas solat jenazah As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat,
Ribuan hadir.Ketika ini bergema dengan laungan slongan tanda marah kepada Majlis Askari,tidak kurang hebat di luar masjid penganut kristian juga turut melaungkan macam-macam kemarahan...
Alfatihah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















