Assalamu'alaikum
12 Februari 2015
Hari itu telah dilalui dengan kelelahan. Saya berpagi ke Jabatan Imegresen untuk memperbaharui passport dan membeli beberapa barang kiriman ma. Sampai di rumah hampir asar. Saya terlelap akibat sakit kepala amat dan tersedar dari tidur selepas maghrib. Saya mula mengemas barang untuk bermusafir selama empat hari ke Jakarta.
Selesai mengemas, Along mengetuk pintu bilik dan memaklumkan kepada saya, Na, Tok Guru tak dok doh.
Ya Allahhhhh.
Air mata mula jatuh berderai.
Saya terus mendapatkan telefon yang berada di tingkat bawah. Ada hampir 10 panggilan yang tidak dijawab. Berita ini benar-benar saya terima. Bukan palsu sebagaimana biasa.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment