Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Kisah Fares dan Mawar

Bismillah
Assalamualaikum

Kali ini mahu berkongsi kisah seorang kanak-kanak Syria yang bernama Fares, saya belum terjemah dengan baik kisahnya, tapi akan datang saya akan post juga, mungkin boleh baca dulu post bahasa arab di facebook The Syrian Revolution 2011 




"Berita ini mendapat perhatian di Lubnan, terutamanya di kalangan mereka yang kerap melawat jalan utama di Hamra, Beirut. Manakan tidak,Fares, seorang kanak-kanak Syria berumur 12 tahun menjual bunga di jalan utama Hamra semata-mata untuk membantu keluarganya.

Kisah Fares adalah sama sahaja dengan kisah-kisah pelarian Syria yang lain: dia terpaksa melarikan diri ke Lubnan bersama keluarganya kerana perang dan mula menjual bunga untuk membantu keluarganya, mereka kemudian membuat keputusan kembali ke Syria. pada bulan Julai tahun ini, salah seorang saudara Fares menulis bahawa Fares telah terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh US."

Sumber

Saturday, April 4, 2015

Ini Kisah Huda

Bismillah 

Assalamuaalaikum
Sudah lama saya ingin berkongsi cerita tetang sekeping gambar ini, tapi tidak ada masa untuk mengorek kisah tentang gambar ini.

Ini adalah kisah Huda dan wartawan jurugambar Osman Sagirli.


Dia bukan sedang bergaya. Dia dalam ketakutan amat. Anak kecil ini bernama Huda berusia empat tahun dari Hama Syria merupakan pelarian di Kem Pelarian Atmeh مخيم اطمه للاجئين di sempadan Turki. Dia bersama ibunya di kem pelarian setelah ayahnya meninggal dunia dalam pembunuhan beramai-ramai Hama.

Lensa kamera diangkat ke arahnya, dia terus mengangkat tangan dan tunduk. Dia menyangka lensa kamera wartawan adalah senjata seperti yang diacukan oleh tentera rejim Assad, lalu dia terus angkat tangan tanda menyerah diri.

Oh adik tidak dapat ku bayangkan betapa kamu hidup dalam keadaan ketakutan.Semoga anak-anak Syria terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan mereka walau tanpa ibu ayah di sisi. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian.
Allah akan menjaga kalian insha Allah. Dunia ini adalah perjalanan sementara. Semoga bertemu nanti di syurga.


https://www.facebook.com/hamza.alshaheed/photos/pb.175737975813435.-2207520000.1428078160./822356634484896/?type=3&theater

http://www.althaer.com/news/196153

http://www.bbc.com/news/blogs-trending-32121732



Tuesday, October 7, 2014

Sittah Oktober


Bismillah.
Assalamu’alaikum
 
Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan, berlaku dari 6 Oktober 1973 / 10 Ramadhan 1393 H hingga 22/24 Oktober 1973 antara Israel dengan pakatan Mesir dan Syria.



Friday, October 3, 2014

Speak Up 4 Syrian Children



Bismillah.
Assalamu’alaikum


Ketika mula-mula saya tengok gambar ini di sini 
saya nampak adik comel itu memegang peluru yang sudah mati. Saya like tanda adik ini BERANI.

Bilamana saya nak post di facebook saya perhatikan wajah mereka bertiga seorang demi seorang.Allahu betapa Allah sahajalah yang tahu keadaan mereka di sana.

Saya mula perasan yang disangka peluru mati tu adalah kaki palsu adik comel itu!
Ya Allah...adik ini memang BERANI menempuh hidupnya sehari-hari.Semoga dalam peliharaan Allah dik.

Monday, June 23, 2014

Teringat :)

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Subhanallah berkesempatan bertemu Sheikhul Qurra' Sheikh Muhammad Kurayyim Rajeh dan mengiringi isteri syeikh, Ummu Azhar. Alhamdulillah Allah izinkan saya bertemu ulama' besar Syria yang dalam rangka lawatan ke Kelantan pada Januari lepas.



Pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk mengiringi mereka, kerana kurang yakin boleh berbahasa arab dengan baik. Risau duk erk erkk je. Apa-pun alhamdulillah thumma alhamdulillah.




Saturday, September 14, 2013

Di antara butiran batu aku akan berada di sini


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Berderai air mata apabila melihat gambar ini tadi.
Ya Allah...Akulah manusia yang tidak bersyukur!
Ya Rabb :(

Suatu pagi, As-Syahid Hasan Al-Banna bertemu dengan Abbas as-Siisi yang matanya sembab kerana semalaman menangis.Ketika ditanya mengapa menangis, lalu ia menjawab bahawa semalam ia mendengar ada tanah kaum Muslimin yang jatuh ke tangan komunis.As-Syahid lalu mengatakan, " Bererti kamu sudah mulai menapaki jalan dakwah ini."

Baru mulai? Benar.Rasa peduli dan simpati itu baru permulaan.Sedar ada masalah.Simpati sahaja tidak cukup.Perlu ada bukti.Merasakan apa yang mereka rasakan.Kita tidak boleh mebiarkan umat terus terlelap dalam gemerlap cahaya.Kita punya al-Quran di rumah kita dan ada hadith nabi yang boleh di simpan dalam hard disk.Sedarlah, kita mesti belajar untuk bersyukur, menggunakan semua kemudahan yang telah dirintis oleh ilmuan untuk membangun peradaban. Get the spirit untuk bangkit dan bergerak pantas.

Petikan New Quantum Tarbiyah



Friday, August 2, 2013

Himpunan Aman Wanita

Bismillah
Assalamualaikum

Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan untuk Islam. Perhimpunan kali ini adalah tanda solidariti wanita Kelantan menentang keganasan dan ketidakadilan terutama terhadap wanita dan kanak-kanak diseluruh dunia khasnya di Syria, Mesir dan Gaza.

Solidariti!


:)

Saturday, March 23, 2013

Al-Ustaz Said Ramadhan dan Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti

Masih ramai yang tertukar dua tokoh ini.Mereka berdua mempunyai nama yang hampir sama, bezanya "Al-Bouti".

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Al-Ustaz Sa'id Ramadhan rahimahullah (1929-1995M = 1345-1416H)
Al-Ustaz Sai'd Ramadhan (Abu Aiman) rahimahullah merupakan seorang ahli pidato dan pendakwah yg berasal dari Tanta, Mesir. Beliau ialah menantu kepada as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah.

Beliau antara individu paling rapat dengan as-Syahid. Beliau juga merupakan pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai jasa yg besar dalam perjuangan umat Islam di Palestin. Beliau ialah Setiausaha Peribadi kepada as-Syahid. 

Beliau diusir dari Mesir oleh regim Gamal Nasser cdan berpindah ke Arab Saudi dan mengasaskan Liga Islam Sedunia dan kemudian ke Geneva, Switzerland sebelum menghabiskan disertasi di University of Cologne pada tahun 1959. Di sana beliau menubuhkan Pusat Islam di Geneva. Kini anaknya Hani Ramadan menguruskan pusat Islam berkenaan. Seorang lagi anak beliau ialah Tariq Ramadan, tokoh Islam antarabangsa.

Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 1995. Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi' di Madinah tetapi hasratnya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Beliau akhirnya dikebumikan di tanah airnya, Mesir yg tidak dimasuki sejak 1954. Al-Fatihah.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti (1929-2013
Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan tokoh Islam yang disegani yang dipilih oleh Anugerah Al Qur’an Antarabangsa Dubai sebagai “personality dunia Islam” pada tahun 2004.
dan telah menulis tidak kurang dari 60 buku dalam bidang fiqh, usulfiqh,kesusasteraan, falsafah, sosiologi. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti sebelum ini dikatakan cenderung kepada rejim Basyar, namun sejak akhir-akhir ini beliau banyak mendoakan agar tentera Basyar bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Dilaporkan juga sebelum beliau dibunuh, beliau telah merancang untuk keluar daripada Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar yang tidak membenarkan syaikh keluar daripada Syria.Beliau sebenarnya sudah merancang untuk memumumkan pendirian beliau bersama perjuangan rakyat dan untuk menentang rejim pada hari Jumaat keesokannya. Tetapi rejim Basyar telah membunuhnya pada hari Khamis sehari sebelum Syaikh mengumumkan pendirian beliau.






Saturday, December 22, 2012

Senyum dan Tabah


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Saya bahagia tengok gambar ini. Mereka masih mengukir senyuman! Semoga Allah memelihara kalian.
Senyum dan tabah :)

Mohon sangat penderitaan mereka akan tamat tak lama lagi.Teruskan berdoa!

Sunday, August 26, 2012

...tiada kata untuk Syria...

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Doakan saudara-saudara kita di Syria wahai teman.Air mata saya mengalir lagi.Saya seperti biasa, saya sanggup bersengkang mata membaca berita tentang Syria yang rata-ratanya berbahasa arab, saya jarang menangis kerana membaca mungkin saya hanya berteka-teka untuk memahaminya dengan hati nurani, namun cukuplah gambar berbicara mengkhabarkan segalanya.

Apabila saya scroll down satu persatu gambar saya lihat, hari ini saya menangis.Sebelum ini bukan tak pernah tengok gambar, saya tengok tapi saya menyumpah kepada Bashar laknatullah, namun hari ini berbeza.

Tiada kata-kata, doakan mereka teman-teman, doakan mereka.

Friday, August 24, 2012

Pelangi untuk Syria

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Pelangi untuk Syria :)
Saya tak tahu apa tajuk terbaik untuk saya kongsi cerita tentang Syria.Saya tidak tahu banyak tentang Syria, dan saya pun tiada kawan yang belajar di Syria setelah saya scan kawan-kawan saya.Saya mengenali Syria kerana Syria adalah bumi anbiya dan sahabiah dan saya lebih mengenali Syria lebih dekat selepas setahun yang lalu.Arab Spring, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan Syria.Tetapi Syria masih berpanjangan isunya.

tbc



KakiBlog