Bismillah.
Assalamualaikum.
Akhirnya post juga entri ini. Sudah tiba masanya...
PILIHAN YANG TIADA
Berat rasa hati
Sukar melepaskan kau pergi.
Dengan segunung kenangan seperti ini,
Tak berdaya rasanya,
Tak mungkin mampu melupakanmu sekelip mata.
Lalu aku tertanya-tanya..
Rindu ini nanti mahu ku curahkan ke mana?
Kasih yang telah berputik mahu ku serahkan pada siapa?
Atau perlukah ku punahkan begitu sahaja?
Sungguh
Tak mudah aku jatuh hati
Tak pernah murah nilai tiket di sisiku ini
Lalu saat ada yang serasi
Saat rasa itu datang
Tak mudah juga untukku buang.
Sayang!
Namun apakan daya,
Pilihan yang aku ada bernama tiada
Maka, kerana yakin ketentuan Allah,
Ku pujuk hati untuk redha
Engkau pergilah.
Tak mengapa.
Aku baik-baik saja.
#BondaNor
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Saturday, February 10, 2018
Monday, July 31, 2017
Buat Kamu
Bismillah
Assalamualaikum
Tetiba terjatuh hati dengan lagu ini.
Sangatlah tiba-tiba~
Sangatlah tiba-tiba~
Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai
Tapi kerna ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku
Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Usah bimbang sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Wednesday, December 17, 2014
Syafakillah!
Bismillah
Assalamualaikum
Lama saya tidak menulis.
Bonda saya admit wad pada 24 November lepas. Bermula di Wad Dahlia kemudian ke Wad 9. Semuanya 17 hari ma di HRPZ. Sekarang ma sudah berehat di rumah.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesembuhan buat ma dan semoga kami adik-beradik dapat menjaga ma sebagaimana ma menjaga kami sedari kecil.
Jadual harian saya totaly berubah kerana dah jadi misi kepada ma ;)
AdyanaNur
25 Safar 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Friday, November 14, 2014
Rehlah La Hot Spring
Bismillah
Assalamu'alaikum
Sempena cuti Hari Keputeraan, kami geng Usrah Nisa' Kelantan merancang satu trip rehlah ke Kolam Air Panas La atau orang Kampung Baung biasa sebut La Hot Spring. Alhamdulillah berjaya juga kami bercuti kali setelah banyak kali dah plan, sebelum ni rancang nak ke Lata Berangin, tak jadi. Destinasi seterusnya di sini. Lata Berangin next insha Allah. Seramai 14 ahli usrah menyertai rehlah kali ini.
Membaca sejarah Kisah Kolam Air Panas La / La Hot Spring. Menurut sejarah, Kolam Air Panas La, di Hulu Besut yang dikenali sebagai La Hot Spring telah dijumpai oleh Penghulu Haji Ibrahim Bin Haji Mat ketika zaman pemerintahan Inggeris dahulu. Kedudukannya di tengah-tengah hutan menyebabkan tiada orang berminat ke sana, hanya selepas penerokaan tanah oleh Felda sahaja barulah Kolam Air Panas La @ Hot Spring ini mula dikunjungi oleh orang ramai.
AdyanaNur
22 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Assalamu'alaikum
Sempena cuti Hari Keputeraan, kami geng Usrah Nisa' Kelantan merancang satu trip rehlah ke Kolam Air Panas La atau orang Kampung Baung biasa sebut La Hot Spring. Alhamdulillah berjaya juga kami bercuti kali setelah banyak kali dah plan, sebelum ni rancang nak ke Lata Berangin, tak jadi. Destinasi seterusnya di sini. Lata Berangin next insha Allah. Seramai 14 ahli usrah menyertai rehlah kali ini.
Sejarah Kolam Air Panas
Kolam Air Panas.
Subhanallah, kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia. Airnya panas, tapi berbeza panasnya air disebabkan api dan air panas bersuhukan bumi. Pada mulanya tak boleh nak bayangkan, kolam air panas, panasnya macam mana, kenapa panas. Di sinilah terjawab semuanya.
Aktiviti kami :)
Aktiviti semua bebas, memandangkan ada yang datang bersama keluarga, adik-beradik. Aktiviti wajib, bakar ayam dan kambing :)
Semoga rehlah berkonsepkan ukhuwwah ni diteruskan dan semoga pengisian seterusnya lebih bersedia :D
22 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Tuesday, November 11, 2014
Jodoh Itu Rahsia Allah
Bismillah
Assalamu'alaikum
Tinggal baki sebulan lebih sahaja lagi untuk masuk ke tahun 2015. Tahun 1436 Hijrah sudah hampir 20 hari. Cuti sekolah pun tidak lama lagi. Yang pastinya, undangan ke majlis walimah sahabat-sahabat sudah berkeping-keping, malah tarikh yang sama pun ada. Saya ni, paling kurang dua majlis sahaja sempat sampai dalam masa sehari. Kalau satu kawasan boleh la tiga majlis. Apa pun saya gembira jika diberi kesempatan untuk sama-sama meraikan hari bahagia sahabat-sahabat.
Angah Win Izyan Mazni Siti Hawa Khairul Najwa Shuhada Tajudin Amira Afifah Kak Hafsah
Soalan biasa di majlis perkahwinan bagi yang belum berkahwin ni, akan ditanya soalan yang memang tak boleh elak. Bila pula majlis diri sendiri. Senyum sengih gelak dan mengelak. Aduhai, susah nak jawab, seperti susahnya nak beritahu tarikh kematian kita, begitu jugalah soal jodoh.Jodoh, merupakan rahsia besar Allah buat hambaNya. Cepat ataupun lambat, inshaAllah jodoh itu pasti akan datang. Yang pasti kita cuba merancang yang terbaik untuk kehidupan ini, sudah pasti perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan mengatasi jangkauan ilmu yang kita miliki.
Bercinta bukanlah syarat untuk mendapat jodoh. Benar bukan? Tidak perlu pada ucapan-ucapan cinta sayang dan perbuatan yang romantis sehingga ada yang bercinta sakan sehingga semua orang tahu tentang mereka, keluar berdua, bergayut, tetapi akhirnya ke mana mereka? Bercinta bukanlah passport menjadikan kita ada jodoh dengan pasangan yang diinginkan, tetapi itu semua sekadar mengikut hawa nafsu semata.

Saya belum berkahwin sehingga tulisan ini ditulis dan saya berdoa dan berharap saya mendapat jodoh mempunyai latar belakang diri dan keluarga yang baik, soleh, mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Saya tahu, perkahwinan bukan sekadar mencari pasangan hidup, tetapi bakal ibu ayah kepada zuriat yang akan diamanahkan Allah di kemudian masa nanti. Sementara masa yang masih ada sebelum diamanahkan menjadi isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak nanti, perlengkapkanlah diri dengan akhlaq yang baik, ilmu yang berguna, hatta sehingga selepas berkahwin pun banyak lagi yang perlu dipelajari.
Dalam kitab كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر karangan Syeikh Said Hawwa. m/s 48 cetakan Darul Salam (Cetakan ketiga 1992) ada menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan.
Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian ( النظافة و الطهارة )
Qanun 2: Sistematika , Penyusunan &
Kekemasan ( التنظيم و الترتيب و حسن الههيئة )
Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan( خفض الصوت و كتمان الأسرار )
Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah ( تنظيم العلم و العبادة )
Qanun 5: Belanjawan ( الإقتصاد في الطعام و الشراب )
Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة و آداب التعامل )
Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية بالصحة و الرياضة )
Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية البيت و أهله من الشذوذ )
Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان إلى الجار و إكرام الضيف )
Qanun 10: Keluar Masuk ( مراعاة الأدب في الدخول و الخروج )
Belum lagi bab Tarbiyatul Awlad, belum lagi tentang pengurusan kewangan rumah tangga. Ambillah masa menambah ilmu daripada membuang masa mengeluh tentang jodoh yang belum tiba. Berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi selepas berkahwin kerana masa perlu dibahagi dua dan tiga.
Sentiasa berpesan pada diri, masa yang ada inilah ibu-bapalah yang pertama dan Allah dan Rasul yang utama.
رب لا تذرني فردا وأنت خٌيُرْالوارثين
21:89
Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha :)
AdyanaNur
18 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Monday, October 27, 2014
Keep Calm and Write Something
Bismillah
Assalamu'alaikum
Akhirnya hampir berjaya saya menulis satu hari satu entri. Cuba-cuba jah sebenarnya, di samping memindahkan post facebook ke sini. Blog ini tak serius, sekadar berkongsi pengalaman dan bacaan. Itu sebab saya tidak menyebar luaskan blog ni.
So Keep Calm and Write Something.
"Manusia itu seperti pensil. Setiap saat ia dimakan oleh rautan umur agar dapat menulis dengan ketajaman hikmah. Hingga tiba saatnya pensil itu habis, dan hanya tersisa tulisan amalnya yang ada."
AdyanaNur
3 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
Thursday, October 23, 2014
Pedang Damascus | Victorinox
Bismillah
Assalamua'alaikum
Pada hari-hari persiapan adik saya ketiga (anak keenam daripada tujuh beradik) untuk ke ipta, UiTM Puncak Alam. Beliau mencari pisau kesayangan, pisau Victorinox. Mencari dengan bising. Akhirnya tak jumpa. Pergilah UiTM tanpa pisau itu. Pisau itu dimiliki kerana beliau mahasiswa bidang Perkhidmatan Makanan (Food Service).
Walaupun begitu, usaha mencari diteruskan. Cari sambil-sambil buat kerja di dapur. Saya tetiba rasa, saya pengguna terakhir pisau tu :D Tapi saya benar-benar lupa di mana selepas itu. Memang pisau tu tajam dan tajamlah pisau tu. Nak sebut nama pun, VICTORINOX. Dipendekkan cerita, pisau itu dijumpai oleh Ma di tingkat bawah rumah, di luar rumah, agaknya terjatuh melalui tingkap. Ma pun dengan excited kisahkan bagaimana boleh jumpa. Alhamdulillah selesai.
Pada Eid Adha yang lepas, terbaca status di facebook. Status tersebut; lebih kurang bermaksud;
"Pisau victorinox ni buatan Switzerland. Orang barat kaji logam itu antara yang menjadi senjata perang yang diguna pakai oleh tentera Islam dalam peperangan salib."
Saya teringatkan Faizah, jadi saya hanya share status tersebut di group facebook family. Beliau teruja mahu beli banyak lagi pisau mahal tu.
Info yang baru dapat dari status itu membuat saya sentiasa berfikir dan berfikirlah. Kenapalah selama ni, takde jumpa fakta tentang senjata / besi yang digunakan semasa perang Salib itu merupakan satu faktor kemenangan dan barat mengkaji tentang logam itu. Sebab kurang membaca! Okey.
Saya cuba mencari lagi maklumat tentang besi pisau ini, rujuk buku Atlas Perang Salib, tak jumpa. Cuba google guna perkataan Victorinox, Army, Crusades, Sword, Pedang, Pisau, Iron. Beberapa laman yang saya jumpa yang membantu pencarian saya.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan pisau yang kini tersebar di pelbagai muzium di seluruh dunia.
Baru saya tahu. Kita lebih mengagungkan peralatan, produk buatan barat. Sedangkan umat Islam sebagai pelopor. Lalu apa yang kita manfaatkan sumbangan generasi terdahulu? Menangisi atau menginsafi tak cukup. Bukan nak minta buat pedang pun. Zaman sekarang, barat pun tidak menyerang kita (Situasi di Malaysia) dengan pedang. Mereka menyerang kita secara halus.
“Musuh-musuh Islam sentiasa mencari dan mengintai peluang, jika ada
kesempatan dan ruang untuk merosakkan umat Islam…”
-Syeikh Dr Yusuf Qaradawi, Kewajipan Pemuda Muslim Hari Ini
Saya menutup entri ini dengan ucapan Raja Louis ke 9 di hadapan tentera Salibiyah selepas dibebaskan dari penjara Dar Ibnu Luqman, Mansurah Mesir, katanya:
إذا أردتم أن تهزموا المسلمين فلا تقاتلوهم بالسلاح وحدة فقد هزمتم في معركة السلاح ولكن حاربوهم في عقيدتهم
Maksudnya: Jika kamu ingin menewaskan orang-orang Islam maka jangan perangi mereka dengan senjata semata-mata, telah terbukti kamu tewas, akan tetapi tumpukanlah serangan kamu terhadap aqidah mereka.
Sumber Sejarah Victorinox Swiss Army , Sejarah Pedang Paling Tajam Di Muka Bumi dan SERIUS : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di Dunia
#Just sharing!
#Entri yang tertangguh seminggu lebih.

Pisau Victorinox Faizah

Atlas Perang Salib | Merungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan
Saya cuba mencari lagi maklumat tentang besi pisau ini, rujuk buku Atlas Perang Salib, tak jumpa. Cuba google guna perkataan Victorinox, Army, Crusades, Sword, Pedang, Pisau, Iron. Beberapa laman yang saya jumpa yang membantu pencarian saya.
Rupa-rupanya, pedang yang digunakan semasa Perang Salib namanya Pedang Damascus. Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ke-3 sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem daripada cengkaman puak salib selama hampir seratus tahun lamanya. Salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah dan menembus baju besi crusader dengan sekali libasan, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya iaitu Pedang Damascus. Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Subhanallah hebat!
Pedang Damascus
Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari University Teknikal Dresden, Jerman telah menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam Perang Salib. Menurutnya , kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak pada teknik pembuatanya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratus unsur karbon yang memberikan sifat rapuh. Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan pisau yang kini tersebar di pelbagai muzium di seluruh dunia.
Baru saya tahu. Kita lebih mengagungkan peralatan, produk buatan barat. Sedangkan umat Islam sebagai pelopor. Lalu apa yang kita manfaatkan sumbangan generasi terdahulu? Menangisi atau menginsafi tak cukup. Bukan nak minta buat pedang pun. Zaman sekarang, barat pun tidak menyerang kita (Situasi di Malaysia) dengan pedang. Mereka menyerang kita secara halus.
“Musuh-musuh Islam sentiasa mencari dan mengintai peluang, jika ada
kesempatan dan ruang untuk merosakkan umat Islam…”
-Syeikh Dr Yusuf Qaradawi, Kewajipan Pemuda Muslim Hari Ini
Saya menutup entri ini dengan ucapan Raja Louis ke 9 di hadapan tentera Salibiyah selepas dibebaskan dari penjara Dar Ibnu Luqman, Mansurah Mesir, katanya:
إذا أردتم أن تهزموا المسلمين فلا تقاتلوهم بالسلاح وحدة فقد هزمتم في معركة السلاح ولكن حاربوهم في عقيدتهم
Maksudnya: Jika kamu ingin menewaskan orang-orang Islam maka jangan perangi mereka dengan senjata semata-mata, telah terbukti kamu tewas, akan tetapi tumpukanlah serangan kamu terhadap aqidah mereka.
Sumber Sejarah Victorinox Swiss Army , Sejarah Pedang Paling Tajam Di Muka Bumi dan SERIUS : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di Dunia
#Just sharing!
#Entri yang tertangguh seminggu lebih.
Tuesday, October 21, 2014
Program I Want To Touch a Dog.
Bismillah
Assalamu'alaikum
Isu pegang anjing yang menjadi viral di facebook dan heboh di internet sehari dua ini bukan sekadar dibincangkan dari sudut hukum fiqh sahaja, tetapi lebih dari itu terutama yang menjadi masalah dengan adat dan tradisi orang melayu. Kalau di Mesir mazhab melonggarkan, tapi lain pula kita di Malaysia yang majoriti Melayu Islam yang agak canggung dengan anjing. Tulisan di bawah ini saya terima dari whats app, tak tahu siapa penulisnya.
KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'
I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.
Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.
Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:
Hukum menyentuh anjing
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab Syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam Nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab Syafie (yakni mazhab Hanbali, Maliki, Hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab Syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab Syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. Untuk menjaga tanaman
iii. Untuk menjaga ternakan
iv. Sebagai anjing untuk memburu
v. Menjaga keselamatan keluarga
"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]
"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.
Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)
Copy Paste dari group Whats App.

Sumber gambar : FB Ikim.Fm

Sunday, October 12, 2014
Yang dikatakan EMAS
Bismillah.
Assalamua'alaikum.
Alhamdulillah masuk ke pejabat hari ini setelah seminggu bercuti sempena Eid Adha dan pelbagai sempena lagi.Walaupun bercuti masuk pejabat, ada beberapa homework perlu diselesaikan segera.
Jumaat Sabtu juga dipadatkan dengan Kuliah Feqh Wanita dan jemputan kenduri kesyukuran dan juga beberapa program di hujung Sabtu, mengemas Nisa' Point dan Tautan Mahabbah Alumni Timur Tengah, tapi saya memilih untuk berasa di Nisa' Point.Petangnya jadual kami berusrah dengan naqibah kami Kak Nur.
Begitulah pengurusan diri dengan masa yang kita ada. Mudah jika kita atur dengan baik dan kita tidak bermalasan dengan masa.Bagaimana kita generasi muda memanfaatkan waktu luang kita dengan perkara yang bermanfaat, bukan sahaj untuk diri bahkan untuk ummah.
Para ilmuan Islam telah mengingatkan kita pada satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan pemuda Islam yakni waktu lapang.
Jika waktu lapang menjadi penentu kepada kegiatan dalam kehidupan, maka berhati-hatilah kerana awal maksiat, terutama kepada pemuda, bermula dari waktu lapang.
"Pemuda + Waktu Kosong = Awal Maksiat"
Amr Khaled
“Ayuh! Bangkit, bersegeralah dan berlumbalah dengan waktu, manfaatkan waktu anda.
Waktu adalah emas.
Tidak demi Allah! Waktu lebih berharga dari emas. Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi tidak akan kembali lagi selamanya.
Jika waktu telah hilang, bererti usia anda juga telah hilang!’
Friday, October 10, 2014
Laptop Pertama Hamba
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah selesai servis laptop lama. Bukan servis sangat pun.Hanya remove program yang tidak berkaitan yang memenuhkan memori laptop yang hanya ada 80 GB HDD. Remove dan install Google Chrome dan Microsoft Office.
Puas hati!
Puas hati!
Andai soalan karangan UPSR ada pilihan tajuk karangan tentang autobiografi saya pasti memilih tajuk ini dan mengarang tentang laptop pertama saya ini. Zaman UPSR saya dulu hanya menulis tentang basikal, pen, buku. Mungkin budak-budak sekarang lain sikit. Handphone, Ipad? Entahlah.
Bercerita tentang laptop pertama saya ni, saya beli di Mesir, tapi saya lupa nama tempat tu. Yang pasti lepas beli laptop ni saya tidak pernah ke sana melainkan pernah sesat naik bas sekali.Dengan harga LE 3500 saya pun belilah dengan bantuan kawan kepada ahlibayt saya pada April 2008. Kurang setahun saya berada di sana.
Tujuan beli untuk menggunakan internet dan menyimpan file dan dokumen berbentuk soft copy.Tapi tahun pertama saya bertukar tujuan kepada menggunakan untuk tugas-tugas sebagai AJK Hewi DPMM 2008-2010.Mewakafkan sementara untuk kegunaan HEWI di Markaz HEWI.Pernah format sebanyak dua kali.
Tidak pernah sakit teruk.Sedia berkhidmat.Sehinggalah pada hari saya nak berangkat pulang ke Malaysia 12 Jan 2012.Saya naik tramco dan entah macam mana, beg laptop saya terjatuh dan saya tidak mengesyaki apa-apa.Sampai di KLIA online seperti biasa. Sampai di Pengkalan Chepa, sehari kemudian saya on skrin seperti tv yang tiada chanel.Gulp!
Kadang ok kadang dok.
Kenaling 😓
Saya terpaksa tekan-tekan permukaan laptop (Belakang skrin) banyak kali buat begitu, macam ok.Lama-lama prap! Skrin pecah.Huhu.
Sah memang pecah dan lama kelamaan jadi hitam. Macam-macam saya fikir nak buat apa dengan laptop ni.No idea!
Akhirnya adik saya cadang guna monitor pc.Dengan kebijakkan yang dia miliki, dia buatkan. Jadilah seperti dalam gambar dan alhamdulillah boleh guna seperti biasa cuma tidak boleh angkut ke sana ke mari. Alhamdulillah.Sesiapa ada masalah yang sama boleh cuba.
Sehingga sekarang, sudah enam tahun lebih laptop ini berkhidmat kepada saya di rumah.Di mini library saya. Walaupun ada sedikit kecatatan tapi boleh berfungsi sebagaimana biasa dengan touch pad tak boleh guna, guna mouse, sound pun kena guna speaker (Rosak di bawah jagaan adik bongsu, hehe) Keyboard masih ok. Skrin lama-lama makin hitam dan tak nampak langsung.

Begitulah kita sebagai manusia biasa yang masih mempunyai kudrat walaupun sekecil cuma, tetapi masih boleh menyumbang untuk Islam.Semoga itu melorongkan kita jalan ke syurga.Aminnn~
Saturday, October 4, 2014
Eid Adha Mubarak 1435 H
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Sudah menjadi tradisi orang yang mencintai Allah, perjalanan hidup mereka penuh dengan pengorbanan. Para pencinta Allah dalam kalangan rasul, nabi-nabi, para sahabat dan salafussoleh umumnya telah mengorbankan harta, masa, tenaga dan nyawa untuk mendapat cinta Allah.Pengorbanan ialah penghantar kepada cinta Allah.
Cinta itu BERKORBAN <3
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1435 H
كل عام وانتم بخير تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
PAStinya setiap kali hari raya sentiasa merindui takbir versi masyarakat Mesir
Monday, September 29, 2014
PRK N 01 Pengkalan Kubor
Jadual kami padat dengan aktiviti
Bermula pagi hingga tenggelam matahari
MUSLIMAT HEBAT TEGUH PERIBADI
Demi Islam yang amat disayangi
♥
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah selesai sudah PRK N01 Pengkalan Kubor. PRK ini merupakan PRK kedua saya terlibat sebagai pentumas.Sebelum ini di Sungai Limau.
Walaupun PAS belum menang di sini, namun usaha untuk memenangkan sangat dihargai.Lihat sahajalah jentera muslimat semua tidak pernah jemu bekerja samada sebelum PRK sehinggalah ke hari ini.
Satu perkara yang saya rasa perlu disemai di sini ialah, didiklah TARBIAH ISLAM (Usrah, kuliah agama, kelas fardhu ain) kepada masyarakat di sini. PASti ISLAM akan dipilih nanti
Bakti Siswa Mesir 2014
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Tentang gambar : Kami saling mengenali pada 2006 atas nama senior dan junior MMP.
Kami satu batch ke Mesir.
Program pertama KPKM kami bekerja satu team ketika SPEKTRUM 2008.
Kali ini buat pertama kali selepas 6 tahun kami bekerja sekali lagi untuk BAKTI 14.
Menariknya gambar kami di kad urusetia adalah gambar jubah konvo :)
Semoga kami istiqomah.
Alhamdulillah.Selesai sudah BAKTI SISWA 2014. Program yang telah dirancang lebih kurang sebulan dengan beberapa tarikh cadangan, akhirnya 10-14 September 2014 menjadi pilihan. Memandangkan Pengkalan Kubor menghadapi PRK, banyak slot BAKTI 14 dihazafkan.Namun begitu tidak mematahkan semangat urusetia BAKTI untuk meneruskan gerak kerja dengan jayanya.
Tak sangka.Saya tak sangka saya boleh fulltime di BAKTI 14, fulltime dengan tidak full commitment.Ada lebih dan ada kurang BAKTI 2014 dengan PBSM 13. Keduanya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri.Pastinya meninggalkan kenangan yang paling indah di sini kerana dua minggu lebih saya berada di sini.
Terima kasih kepada semua urusetia BAKTI 14 kerana memberi peluang kepada saya untuk 'menyibuk' di BAKTI 14.Tidak lupa kepada urusetia akhowat yang tidak pernah tutup telinga setia mendengar bebelan saya :p
Saya paling lucu bila ada urusetia akhowat yang asalnya tidak mengenali saya, mereka menyangka saya ni bekeng mengalahkan harimau lapar.Kesiannya. Sehinggakan ada yang mengusik mereka dengan mengatakan saya itu ini bla bla dan bla.
Apa pun saya seronok dan enjoy dengan BAKTI 14.
Boleh singgah page FB BAKTI
Tuesday, September 2, 2014
Pamplet
Bismillah
Assalamu'alaikum
Belajar buat pamplet ketika di MMP.Hebat staro mana pun komputer, tetap lari lipatan pamplet (Melainkan guna software adobe dan sewaktu dengannya)
Yang mudah, buat, print, gunting, tepek dan fotostat.
Pagi ni terjumpa koleksi ini dalam buku catatan ketika menjadi sebahagian daripada keluarga Hewi DPMM
Pernah ditanya, bakpo rajin simpan pamplet ni?
Kerana ambo tahu betapa 'menderitanya' nak buat pamplet dengan kalam ucapan (Menunggu dua tiga hari), pengenalan,sejarah, ejaan nama urusetia.

Pamplet yang dikumpul di Mesir, baru separuh ni :)
Pagi ni terjumpa koleksi ini dalam buku catatan ketika menjadi sebahagian daripada keluarga Hewi DPMM
Pernah ditanya, bakpo rajin simpan pamplet ni?
Kerana ambo tahu betapa 'menderitanya' nak buat pamplet dengan kalam ucapan (Menunggu dua tiga hari), pengenalan,sejarah, ejaan nama urusetia.
Sunday, August 31, 2014
Di sini lahirnya sebuah CINTA
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Kemerdekaan yang hakiki;
Assalamu’alaikum
Kemerdekaan yang hakiki;
Rubie' bin Amir, utusan Saad bin Abi Waqqas panglima tentera Islam semasa bertemu dengan Panglima Rustam panglima angkatan bersenjata Parsi ketika ditanya misi kedatangannya,Rubie' bin Amir menjawab;
“Kami dibangkitkan untuk mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya untuk Allah, daripada kekejaman agama-agama (iaitu sistem) kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”
Monday, June 23, 2014
Teringat :)
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Subhanallah berkesempatan bertemu Sheikhul Qurra' Sheikh Muhammad Kurayyim Rajeh dan mengiringi isteri syeikh, Ummu Azhar. Alhamdulillah Allah izinkan saya bertemu ulama' besar Syria yang dalam rangka lawatan ke Kelantan pada Januari lepas.
Pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk mengiringi mereka, kerana kurang yakin boleh berbahasa arab dengan baik. Risau duk erk erkk je. Apa-pun alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Monday, June 9, 2014
Tadabbur Alam
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
15-17 Mei 2014
Tadabbur Alam di Pulau Perhentian.
Subhanallah indahnya alam ciptaan Tuhan.
Manusia memilih untuk bersyukur atau untuk kufur.
Manusia memilih untuk memelihara atau merosakkan.
Maha Suci Allah Pemelihara segenap alam.
Tuesday, April 15, 2014
Kembara Ilmu ke PPAS
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Kembara Ilmu PPAS bersama team Nisa' Kelantan :)
Sudut febret ;)
Jika anda mempunyai sebuah taman dan sebuah perpustakaan anda memiliki semua yang anda perlukan.
-Cicero
Tuesday, December 24, 2013
Malam Solidariti Palestin Bersama Shoutul Harokah dan Hilwan
Bismillah wal Hamdulillah, Sabtu 20 Disember 2013 saya berkesempatan ke Malam Solidariti Palestin bersama Shoutul Harokah dan Hilwan, anjuran Cakna Palestin dan ShouHar EM.
^_^
Teruja.Pertama kali saya rasa, saya live tengok persembahan Shoutul Harokah, walaupun telah mengenali mereka pada 2005 dan mula mendengar dengan penuh minat pada 2006 (Setahun sebelum ke Mesir).
:)
Satu ketika di Mesir, lagu yang sering saya dengar Gelombang Keadilan, hari-hari pasang, setiap masa.Bangun pagi-pagi pasang kuat-kuat lagu Gelombang Keadilan, Merah Saga dan Bingkai Kehidupan.Ubat tak tidur pagi agar pergi kuliah awal
:D
Mengarungi samudra kehidupan
Kita ibarat pada pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Tang ayat " Tiada masa tuk berpangku tangan" memang power!
Kenangan sungguh tiga lagu ini.Benar-benar mengingatkan saat ditarbiyah bersama-sama sahabat di bumi Mesir.
Menunggu lagu Merah Saga dan Gelombang Keadilan.Antara lagu yang terakhir.Sampai ke depan tunggu lagu Gelombang Keadilan :p
Apapun terkesan dengan lagu "Hadapilah"
Apapun terkesan dengan lagu "Hadapilah"
Walau hujan badai kan terus melanda
Walau amuk gelombang tak henti menerjang
Walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
Jangan letih menapaki kehidupan
Ujian bagaikan terik sinar sang surya
Hadir kedunia bersama berjuta karunia
Janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
Janganlah bersimpuh dihadapan duka
Hadapilah segala tantangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan

Filastin Wajibat Al-Ummah
Palestina adalah negeri yang tidak boleh hilang dari benak dan fikiran kita dan tidak layak untuk diabaikan meskipun kesibukan dan aktiviti kita sangat padat.
-Dr Raghib As Sirjani
Sunday, December 1, 2013
Explorace Beliawanis 2013
Bismillah
Assalamualaikum
Explorace Beliawanis 2013 sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2013 yang bertemakan "Ambo Anak Klate". Tahniah buat semua peserta dan sukrelawan yang bertugas. Terima kasih kepada pihak U-BeS atas kepercayaan yang diberikan kepada NISA' KELANTAN.
"Apabila kita mengerjakan kebaikan, hingga kita berasa penat, ingatlah bahawa kepenatan itu akan hilang dan ganjaran pahala itu akan berpanjangan. Dan apabila kita berasa seronok mengerjakan maksiat, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan."(Saidina Ali r.a)
Semoga setiap perbuatan kita mendapat nilaian amal soleh, insyallah.
~Kami Anok Klate Bermaruah~
Peserta dan urusetia bergambar setelah selesai ^_^
:)
Alhamdulillah berakhir dengan senyuman walau sedikit kehujanan Explorace Beliawanis 2013. Best tidak terkata. Program pertama saya setelah memegang amanah MT Nisa' Kelantan.
Gambar-gambar lain boleh layari album ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)