Showing posts with label Only at Mansoura. Show all posts
Showing posts with label Only at Mansoura. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Selamat Hari Lahir Acu Jawahir


Bismillah.
Assalamualaikum.

In this pic Jawahir Harun, miss her so much!

Selamat hari lahir Acu semoga bahagia dan tenang hidup di dunia sehingga akhirat, keluarga mawaddah anak -anak yang menjadi penyejuk mata.

Beliau sahabat yang banyak memberi sokongan dorongan berkongsi air mata terutama ketika syahadah asliah tak sempat siap dan sama-sama tak najah :p 

Bertuahnya mempunyai teman yang baik.

‘alangkah sulitnya mencari sahabat sejati,”kata seorang teman
“tak temukan walau telah kujelajahi bumi,negeri demi negeri” 
Aku tersenyum menepuk pundaknya
“mungkin itu sebab yang kau cari adalah sahabat untuk memberi

Adapun sahabat untuk diberi bertebaran diseluruh penjuru bumi”
-Dalam Dekapan Ukhuwah/ Salim A Fillah


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
 [Surat Al-Hashr : 10]

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Lamanya tak jumpa Acu, sejak 13 Januari 2012. Berpisah di KLIA.

Gambar ini saya rakamkan pada 29 November 2011, di belakang saya ada Kak Lang Akmaizan, ketika ini kami menunggu seorang lagi sahabat (Asiah kalau tak silap) untuk pulang ke Mansurah.


291111|0915|Akhr Mahattah, Hayyu Sabi'



Thursday, October 16, 2014

PROSMA IV


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Entri ini adalah entri lama yang pernah saya post di facebook dan multiply pada tahun 2010. Saya baiki sedikit tulisan mengikut tatabahasa yang saya rasa betul.
:)






Assalamualaikum~

PROSMA IV (Projek Sumbangan Amal Palestin) kembali lagi~sebelum ini hanya tengok saja barang-barang PROSMA dikutip di Markaz 1 ataupun di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA). Tapi kali ini saya ditugaskan untuk mengutip dan mengelola sendiri barang-barang ini.

Tentunya PROSMA hanya kedengaran semasa hampirnya  Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK). Klik link PMHK. Akan tetapi kerja-kerja yang berlaku belakang tabir sebaliknya, mengiklan, mengumpul barang dan menyelesaikan barang-barang untuk di bawa ke Kaherah. Tahun sebelum ini, Mansurah mencatat jumlah tertinggi.Manakala tahun ini tidak diumumkan pula.Paling tertinggi barangkali.
:D

PROSMA atau Projek Sumbangan Amal Palestin kali ini adalah kali yang keempat. PROSMA berjaya melaksanakan misinya misi kemanusiaan dalam mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Zionis. Projek yang diletakkan di bawah seliaan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini dengan menggunakan modus operandi jualan barangan terpakai hasil kutipan daripada sumbangan ahli.

Kemeriahan kutipan barang-barang PROSMA di Mansurah pada mulanya agak biasa, namun panasnya PROSMA kian terasa apabila hari ke 2 terakhir ramai ahli Mansurah turun ke DPJA untuk menyumbangkan barang-barang mereka termasuklah koleksi tersayang.



Wednesday, October 15, 2014

Kembali Berharap KepadaNya

Bismillah
Assalamua'alaikum

Sedang menyiapkan sebuah entri, saya menerima dua keping mesej whats app dari kejauhan.


:)

Kami sentiasa berkongsi cerita walaupun jarak memisahkan.
Jazakillah khayr Ateh <3


Khas untuk Ateh;








Tuesday, October 14, 2014

Ukhuwah Islamiah

Gambar : HEWI DPMM 2008/2009


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Akhir-akhir ni saya sangat rindu dengan adik-beradik saya dalam gambar ini. Bukan sebelum  ni tak rindu, teringat. Tapi kali ini lain macam. Banyak pula throw back akhir-akhir ni. Kami dulu, kalau berselisih pendapat ke gaduh-gaduh ke ayat penyudahnya, "Nanti Kak Cik mesti rindu kat Kak Teh" ayat contoh, sebab saya sokmo ada-ada je dengan Kak Teh, mungkin sebab kami sama umur. Mungkin. Tersenyum bila teringat balik semua. Rindu!

Semua dah ada kehidupan masing-masing.Bekerja, berumahtangga dan ada yang sambung belajar ke peringkat sarjana. Sesekali ada juga berbual di facebook dan whats app. Alhamdulillah, walaupun jauh, saya terasa dekat dengan mereka. Kami pernah re union sekali April lepas bersama Mansourian yang lain dalam satu program Ijtima' Aalimat. Seronok tak terkata. Hebatnya persaudaraan kita dengan didasari ukhuwwah Islamiah.

Kutaib Ukhuwwah Islamiah 


Dalam sebuah buku yang bertajuk Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih Ulwan, beliau telah menggariskan beberapa syarat-syarat dalam berukhuwah.

Antaranya:

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina atas dasar keikhlasan kepada Allah.
2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina atas dasar keimanan dan ketakwaan.
3. Hendaklah ukhuwah berjalan dengan mengikut syariat Islamiah.
4. Hendaklah ukhuwah terbina atas konsep nasihat menasihati.
5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dengan konsep bantu membantu di kala senang dan susah.



Sunday, October 12, 2014

Selamat kembali ke kuliah!

Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar LilBanat Mansurah. 
7 Januari 2012.

Hari ini secara rasmi Universiti Al-Azhar memulakan pengajian pada sesi ini. Saya tetiba rasa teruja, rasa nak sambung belajar membuak-buak dan ditambah lagi sekarang ni musim konvokesyen IPTA di Malaysia. Membuak-buak dan menggelegak. Fuh hiperbola. Doakan saya dapat sambung belajar :)

Alangkah rindunya zaman pengajian di Mesir. Hari-hari teringat, setiap masa setiap detik. Allahu. Alangkah lagi bernilainya sekiranya semua ilmu yang pelajari samada di Al-Azhar dan aktiviti PMRAM diaplikasi semaksimanya di Malaysia. Andai Al-Azhar itu berbentuk batang tubuh manusia, beliau pasti berbangga dan tersenyum dengan pencapaian kita di tanah air.

Saya teringat satu syair.Syair ini saya sentiasa tampal di depan ruangan study saya di Mansurah dan saya pernah buat kad ucapan sempena imtihan kepada anak usrah.Syair ini memberi maksud dan kesan yang mendalam.

Kad yang saya bawa balik ^^


من قصيدة قيمة للأمير الشعراء أحمد شوقي
Petikan daripada qasidah yang bernilai Raja Penyair, Ahmad Syawqi

قم في فم الدنيا وحى الأزهرا

وانثر على سمع الزمان الجوهرا
Bangkitlah di hadapan dunia dan bersegeralah ke Al-Azhar
Selerakkan permata berharga ke telinga zaman

يا طلاب الأزهر
Wahai penuntut-penuntut Al-Azhar

العلم في القلب الأتقى

والقلب بالحكمة يرقى
Ilmu itu di dalam hati yang taqwa
Dan hati yang berhikmah akan naik tinggi

يبرق في الدنيا برقا

من فيض أنوار الأزهر
Di dunia,ia berkilau gemilang
Daripada limpahan cahaya-cahaya Al-Azhar

يا قلعة المجد الزاهر

يا حصن قرآنى الطاهر
Wahai kubu kemuliaan yang menerangi!
Wahai benteng Al-Quran yang suci!

مستقبل الدنيا الباهر

أمسى مدينا للأزهر
Yang menghadap dunia dengan penuh cemerlang
Sentiasalah menjadi kredit kepada Al-Azhar

يا خير طلاب الدنيا

هيا بنا تسعى سعيا
Wahai penuntut terbaik di dunia!
Marilah bersama kami berusaha sedaya upaya

نحو دراسات عليا

إن نامت الدنيا نسهر
Ke arah pengajian yang lebih tinggi 
Di waktu dunia tidur, kita menyengkang mata

نستذكر العلم النافع 

وندرس الأدب الرائع
Mengulangkaji ilmu bermanfaat
Kita pelajari sastera yang hebat!

بعقل مجتهد بارع 

بالدين والتقوى يفخر 
Dengan minda cergas penuh kebijaksanaan 
Berbangga dengan agama dan taqwa

شرفكم ربى الرحمن 

بنور آيات القرآن 
Tuhanku al-Rahman memuliakan kamu 
Dengan cahaya-cahaya Al-Quran itu

لتغرسوا عطر الإيمان

في الزهر والنبت الأخضر
Supaya tertanam wangian Iman
Pada bunga (generasi lama) dan tunas kehijauan (generasi baru)

والله ربى يرعانا 

يحرسنا في دنيانا
Allah Tuhanku menjaga kita semua
Melindungi kita di alam dunia

حتى يكلل مسعانا

فكبروا : الله أكبر...! 
Sehingga ke akhir hayat yang sebenar 
Maka berserulah! Allah itu Maha Besar!

Suka sangat dengan bait-bait syair ni. Semangat!




Friday, January 31, 2014

Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak!

Bismillah
Assalamu'alaikum


Hewi DPMM 2008/2009


Hewi DPMM 2009/2010


"Pemimpin dan kepimpinan bukan dicetak. Pemimpin tak lahir dalam bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat." 
-Pak Natsir 

[Jangan takut untuk sibukkan diri dalam saf pejuangan Islam ini. 
Kita bukan pencetus dan bukanlah pengakhiran, 
tetapi kita adalah untaian rantai-rantai perjuangan.
Masa kita memang tidak sama dengan orang lain.
Tetapi apabila kita telah disenaraikan dalam saf perjuangan
maka tabiat generasi ini mestilah dibezakan 
daripada tabiat generasi umum
sahsiah mestilah ditingkatkan
fikrah mestilah jelas
daya fikir mestilah matang
ucapan dan kata-kata biarlah berharga
pandangan mestilah bernas
kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi
tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh
perkara mabda',aham dan sampingan hendaklah tahu dibezakan
sumbangan mestilah bertambah
dan muhasabah diri sendiri janganlah dialpakan
semoga dengan disiplin diri ini mampu memberi manfaat
bukan sahaja pada kelangsungan perjuangan
tapi demi kebaikan diri sendiri.]




Monday, November 18, 2013

Rindu Mansurah!


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Tak terkata, sangat rindu Mansurah!
:'(

Thursday, November 14, 2013

Jam Emas


Setelah 2 tahun jam ini berhenti berkhidmat pada jam 4 pagi tadi :'(

Kenangan MAT DPM Mansurah 2011.
Anugerah Emas HEWI DPMM

Tuesday, October 16, 2012

Tulisan : Laporan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19


Bismillah
Assalamu'alaikum.

Entri ini adalah Laporan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19.
~~~

Assalamu'alaikum W.B.T 

Tarikh : 11 Ramadhan 1432 H bersamaan 11 Ogos 2011 
Hari : Khamis 
Masa : 7:00 pagi - 5:30 petang 
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid 
Kehadiran : 143 orang 
Dif Jemputan : Naib Presiden I PMRAM (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan), Ketua Badan Ekonomi PMRAM, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 

Mansurah,11 Ogos - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-19 telah diadakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) dengan jayanya. Seramai 143 orang perwakilan dan pemerhati telah menghadiri persidangan mesyuarat agung ini. 


Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Saudara Syed Muhammad Syamim bin Syed Abdul Aziz), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Saudara Ahmad Sahli Mahzuz bin Ismail. Seterusnya ucapan Pengarah MAT (Saudara Md Nuzul Haqimi bin Ibrahim) dan ucapan Pemangku Pengerusi DPMM (Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi). 

Pada jam 8:38 pagi MAT DPMM telah dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali selaku Naib Presiden I (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan), dalam ucapannya beliau menyebut tentang isu hak mahasiswa, perlu bangkit dan jangan takut untuk mempertahankannya serta menjiwai perasaan sahabat-sahabat yang dinafikan haknya.Beliau menambah lagi agar kita banyak bekerja dan kurang bercakap. Majlis perasmian disempurnakan dengan mengetuk ais sebagai gimik perasmian. 

Pada jam 9.27 pagi, perarakan masuk barisan AJKT dan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-19. Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Pemangku Pengerusi DPMM, dimulai dengan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan 3 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit DPMM, bermula dengan Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan sehingga Pengerusi DPMM. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan memberangsangkan. Pembentangan laporan aktiviti semua unit berakhir pada jam 12:12 tengah hari .Seterusnya persidangan berhenti rehat seketika.Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda perbentangan laporan kewangan DPMM sepanjang sesi ini untuk disahkan. Alhamdulillah, pengesahan laporan kewangan tidak mengambil masa yang lama untuk disahkan dan persidangan diteruskan dengan sesi soal jawab mengenai laporan kewangan. Sebelum pengesahan laporan kewangan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya melantik ahli sidang perwakilan sebagai pemerhati kiraan undi bagi pilihanraya kali ini.Sejurus selepas pengesahan penyata kewangan dan pembentangan anggaran belanjawan 2011/2012 majlis persidangan diteruskan dengan perlantikan juru audit.Juruaudit sesi 2011/2012 yang telah dilantik ialah Saudari Nurul Farhana binti Hamdan dan Saudara Muhamad Badruldin bin Ismail. 

MAT pada kali ini telah menerima satu usul untuk dibahaskan iaitu usul bertajuk "Memperkasa Unit Hisbah" daripada saudara Mohd Ihsan bin Md Halid yang telah diperbahaskan pelbagai hujjah dan pencerahan. Walaupun terdapat pro dan kontra bagi usul yang dibawa akhirnya seluruh para perwakilan tidak menerima usul tersebut untuk dibawa bagi sesi 2011/2012 kerana usul tersebut berkait dan berulang dengan usul yang dibawa pada MAT kali ke-18.Agenda seterusnya yang dinanti-nantikan oleh ahli sidang mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan perjalanan gerak kerja bagi kepimpinan sesi akan datang berjalan dengan lancar. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha memperbaiki segala kekekurangan yang timbul, insyaAllah. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih. Agenda ini berakhir pada jam 3:35 petang.Sidang mesyuarat berehat untuk solat asar. 

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa DPMM diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan wakil penasihat DPMM Saudara Mohd Zuhdi bin Yahaya dan juga penutup oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin. 
Sebelum berakhirnya agenda mesyuarat agung, majlis diteruskan lagi dengan pembubaran kepimpinan sesi ini dan SPR telah mengumumkan keputusan pertanding bagi borang A iaitu borang Pengerusi DPMM. Keputusan dengan 108 undi jatuh kepada Saudara Muhammad Aliffudin bin Ramlee sebagai Pengerusi sesi 2011/2012. Manakala untuk AJKT dan AJKH semua calon menang tanpa bertanding.Seterusnya ucapan penangguhan oleh Pengerusi DPMM sesi 2011/2012.Beliau mengharapkan seluruh ahli DPMM khususnya dapat memberi sepenuh kepercayaan di samping membantu pimpinan akan datang dalam sama-sama menggerakkan DPMM yang didokongi secara bersama. 



Agenda terakhir yang menutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas dan ajk di bawah unit-unit DPMM yang melibatkan siswa dan disampaikan oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah, Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali dan Saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman . Unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, AKAR dan SKEMA, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok, Nadi Ukkaz dan Unit Penyelarasan Beras. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang. 

Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19 ini, maka berakhirlah kepimpinan DPMM untuk sesi 2010/2011.Persidangan telah berakhir sekitar jam 5:30 petang. 

Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah mengganjari kalian. 

Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah. 


" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH " 


Disediakan oleh, 
Nur Adyana binti Mohamed 
Setiausaha Utama 
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19 
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011

Pautan




Tulisan : Laporan Mesyuarat Agung Tahunan HEWI DPMM kali ke 19


Entri ini adalah Laporan Mesyuarat Agung Tahunan HEWI DPMM kali ke 19 yang dikarang dengan lintang-pukangnya oleh saya. Saya pada asalnya adalah Timbalan Setiausaha Utama dan saya menerimanya dengan berat hati kerana ketika ini saya tinggal dan bekerja di Kaherah, tetapi saya terus dilantik sebagai Setiausaha Utama terus, nampaknya saya memulakan tampuk Ketua Setiausaha Akhowat. (Perasan)

Sayang kepada Mansurah akan ku balas jasanya. Saya berulang alik dari Kaherah Mansurah dua hari sekali. Ahlibayt Syaqah 4 Rumah Kelantan Baru dengan nada bergurau, "Kak Yana buat Kaherah Mansurah supo Peringat Melor". Tergelak saya. Sampai hari ini saya ingat kata-kata dia. Pada masa yang lebih kurang saya terlibat dengan SPR KPKM.

Klik Laporan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19


Assalamu'alaikum W.B.T 

Tarikh : 09 Ramadhan 1432 H bersamaan 09 Ogos 2011 
Hari : Selasa 
Masa : 7:00 pagi - 4:44 petang 
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid 
Kehadiran : 89 orang 
Dif Jemputan : Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala atas izin dan inayahNya, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI PMRAM Cawangan Mansurah bagi sesi kepimpinan 201/2011 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan lancar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Walaupun berlangsung di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan memerlukan mujahadah yang tinggi, namun ia bukanlah suatu yang menjadi penghalang bagi mahasiswi untuk menghadirkan diri bagi melontarkan persoalan, memberikan komentar, cadangan, dan idea bagi memperbaiki kelemahan yang ada. 

Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Saudari Siti Norafidah binti Ghulam Rasul), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Saudari Nurul Ain Asmah binti Wahit. Seterusnya ucapan Timbalan Pengarah II MAT (Saudari Wan Liza binti Mohd Rethuan), ucapan Naib Pengerusi I HEWI (Saudari Noor Zailin binti Maat) dan seterusnya ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011, Saudari Nurain binti Yaacob. 




Majlis ini dirasmikan oleh Pemangku Pengerusi PMRAM Cawangan Mansurah iaitu Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi.Dalam ucapannya, beliau ada mengatakan bahawa kewujudan DPMM selama 19 tahun ini merupakan usia muda yang memerlukan sokongan daripada ahli untuk mengerakkan DPMM mengikut posisi masing-masing dan menjadikan MAT sebagai medan terbaik untuk berbincang dan melontarkan idea yang bernas demi memastikan kelangsungan PMRAM dan DPMM pada masa akan datang.Beliau juga ada menyebut tentang usaha PMRAM untuk dana syaqah iaitu Saham Waqaf PMRAM. 

Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi dan ditangguhkan pada jam 9.09 pagi dan berhenti rehat selama 15 minit.Pada jam 9.27 pagi, perarakan masuk barisan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan HEWI. Mesyuarat yang dikendalikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi I HEWI, dimulai dengan pembentangan etika persidangan mesyuarat agung oleh Setiausaha HEWI dan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan 2 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit HEWI, bermula dengan Unit Pendidikan HEWI sehingga Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat.Sesi pembentangan laporan gerak kerja diselangi dengan cabutan nombor bertuah daripada AJKH kepada mahasiswi yang hadir.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.06 tengahari bagi memberi laluan kepada solat Zuhur.Selepas perarakan keluar AJK HEWI dari dewan, perwakilan dihidangkan dengan tayangan video. 


Mesyuarat disambung kembali pada jam 12.50 tengahari. Pengerusi mesyuarat membuka persoalan dan pertanyaan bagi Bendahari HEWI sehingga Naib Pengerusi 1 HEWI. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan memberangsangkan. Pembentangan laporan aktiviti semua unit HEWI berakhir pada jam 2.12 petang. Persidangan direhatkan sebentar dengan alunan qasidah. 

Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda pembentangan laporan kewangan HEWI sepanjang sesi ini untuk disahkan. Alhamdulillah,pengesahan laporan kewangan tidak mengambil masa yang lama untuk disahkan.Dan persidangan diteruskan dengan sesi soal jawab mengenai laporan kewangan. 



Agenda akhir yang dinanti-nantikan oleh ahli mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan kelicinan dan kelancaran untuk kepimpinan sesi akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi segala kekekurangan yang timbul, insyaAllah. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih. Agenda ini berakhir pada jam 3:28 petang. 

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa HEWI diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan penutup oleh ketiga-tiga wakil HEWI PMRAM yang turun bersama dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin. 

Agenda terakhir penutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan HEWI pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas dan ajk dibawah unit DPMM yang melibatkan siswi dan disampaikan oleh Naib Pengerusi I HEWI . Unit-unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, Mansoura Multimedia Centre, HEMAT, AKAR dan SKEMA, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok dan Nadi Ukkaz. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang. 
Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan HEWI ini, maka berakhirlah kepimpinan HEWI untuk sesi 2010/2011. Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah mengganjari kalian. 

Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Semoga bertemu semula pada MAT DPMM akan datang. 


" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH " 


Disediakan oleh, 
Nur Adyana binti Mohamed 
Setiausaha Utama 
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19 
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011

Pautan



Sunday, October 14, 2012

Kenangan : Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 17

Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPMM) kali ke 17.

Oleh : Arbaiyah Saron | Foto : Saiful Islam

Utubis Jadid, 3 Ogos – Dewan Persada Jazirah al-Ward sekali lagi telah menjadi saksi dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPMM) kali ke-17. Program tahunan ini, telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, al-Fadhil Ustaz Abdul Mu’izz bin Muhammad. Turut hadir mengiringi beliau ialah al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazimie.

Program dimulakan kira-kira jam 8.00 pagi dengan majlis perasmian. Selepas berehat seketika, persidangan Mesyuarat Agung Tahunan bermula dengan lantikan setiausaha sidang dan pengira undi. Kemudian diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat kali ke-16 oleh Setiausaha Agung DPMM 08/09 sebagai penilaian ahli. Seterusnya telah membuka ruangan untuk perkara-perkara berbangkit. Kemudian agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti unit DPMM bagi sesi 08/09 dan disambung semula selepas makan tengah hari dan solat zohor. Kemudian diikuti dengan pembentangan dan pengesahan laporan kewangan DPMM 08/09 oleh Bendahari Agung DPMM 08/09 dan kemudiannya membentangkan belanjawan DPMM 09/10. Keadaan menjadi gamat dan panas seketika, lantaran sebilangan ahli memberi perhatian berkaitan akaun DPMM serta soalan bertubi-tubi semasa Bendahari Agung membentangkan laporan kewangan DPMM. Ternyata kehadiran dan soalan-soalan yang ditimbulkan mencergaskan dan membuka mata dan minda sahabat-sahabat yang lain di dalam mengemukakan soalan dan pandangan.

Agenda diteruskan lagi dengan perbahasan usul. Apa yang menariknya, adalah MAT pada kali ini, terdapar dua usul daripada ahli DPMM sendiri. Salah satunya adalah usul bertulis yang dibahaskan oleh al-Fadhil Ustaz Saiful Bahri. Usul beliau bertajuk “ Larangan Supaya Tidak Boleh Di adakan Program Ketika Waktu Kuliah Majoriti Ahli DPMM” dan satu lagi usul tergempar dibahaskan oleh salah seorang penasihat DPMM 08/09 sendiri, iaitu al-Fadhil Ustaz Abdul Kadir, dengan tajuk usulnya “ Memegakan Muzakarah Berkelompok(M.B) dan Mewajibkan Kepada Semua Pihak “.


Agenda MAT DPMM berehat untuk seketika untuk memberi laluan solat Asar dan diteruskan semula dengan sesi bahas usul kedua oleh Ustaz Abdul Kadir. Berakhir perbahasan usul, masa yang dinanti-nantikan oleh semua ahli DPMM iaitu majlis penyampaian hadiah, penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden PMRAM, Pengerusi DPMM, Pengarah MAT kali ke 17 serta Timbalan Pengarah I dengan jayanya. Selesai sudah penyampaian hadiah, agenda MAT DPMM diteruskan dengan membuka sesi cadangan dan komentar umum daripada ahli-ahli. Kira-kira satu jam selepas itu, agenda berhenti seketika untuk laluan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai, agenda diteruskan dengan perlantikan juru audit bagi sesi 2009/10. Sebulat suara telah memutuskan bahawa juru audit bagi sesi 09/10 adalah ustaz Saiful Azlam dan Ustaz Nasir Ahmad. Sejurus selepas itu, ucapan pergulungan oleh Pengerusi DPMM sesi 08/09 iaitu al-Fadhil ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain dan sedikit ucapan penutup oleh semua AJKT DPMM sesi 08/09 dan seterusnya perletakan jawatan kepimpinan bagi sesi 08/09.

Sejurus selepas itu, agenda yang dinanti-nantikan dan mendebarkan iaitu, pengisytiharan kepimpinan DPMM sesi 09/10 oleh Pengarah SPR, al-Fadhil Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohd Ardzi dan diikuti dengan sesi taaruf AJKT dan juga AJK HEWI DPMM sesi 09/10 dan ucapan penangguhan oleh Pengerusi DPMM sesi 09/10 iaitu Ustaz Muhamad Amirul bin Hasim. Agenda MAT sesi 08/09 berakhir dengan solat Isya’ berjemaah dan bacaan doa Rabithah. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.
Pihak DPMM mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen sepanjang program sesi ini. Semoga kepimpinan baru sesi 2009/2010 akan dapat meneruskan survival DPMM demi melihat suasana Islam terus subur di Ardhul Kinanah ini.

Firman Allah S.W.T :
“"Kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu." (Muhammaad :7)”


Pautan

Kenangan : Mesyuarat Agung Tahunan HEWI DPMM kali ke 17

Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Akhirnya berhasil juga pencarian saya mencari entri ini di blog Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Jadi saya repost balik di sini. Kenangan, ya kenangan. Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 17 adalah MAT pertama saya sebagai HEWI DPMM. Memegang amanah selama setahun sebagai Ketua Unit Perumahan HEWI DPMM memberi satu pengalaman baru. Pengalaman orang-orang lama banyak membantu, paling saya ingat Akad DPJA, Markaz 1 dan 2, belajar guna PA System dan yellow pages :)

Mengimbau kembali saat-saat nak turun ni, pelbagai suka-duka yang tetiba hadir. Saya tahun akhir ketika ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa untuk natijah imtihan. Saya sudah plan untuk di sini setahun lagi, tapi bukan sebagai AJK Hewi. Saya juga mengharapkan natijah keluar selepas MAT.
Punyalah harapan saya ketika itu.

Perancangan Allah mengatasi segalanya. Kami (Hewi yang tahun akhir) meminta sahabat kami tengok natijah di Maktab Tansiq. Saya hanya mengetahui keputusan natijah dengan jawapan yang memilukan, " Kak Cik ada peluang lagi untuk berbakti sebagai Hewi DPMM"
Allahu. Dipendekkan cerita, saya dicalonkan sekali lagi untuk bertanding sebagai calon AJK Hewi. Bertanding dan menang. Alhamdulillah ala kulli haal.

Sebuah amanah.

181 angka keramat itu saya berkongsi dengan Ateh Suhaina.

Akhirnya : Makluman Jawatan & Maklumat Komunikasi Penasihat, Pengerusi, AJKT dan AJKH DPMM Sesi 2009/2010


Oleh : Arbaiyah Saron | Foto : Saiful Islam

Utubis Jadid, 1 Ogos – Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI DPMM 08/09 bagi kali yang ke-17. Program tahunan ini telah diadakan di Dewan Persada Jazirah al-Ward dan telah dibuka pendaftarannya seawal 7.15 pagi. Slot perasmian telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Farah Jaafar, pelajar tahun 2 Qiraat. Seterusnya ucapan aluan pengerusi majlis disampaikan oleh Ustazah Muslihah, diikuti ucapan Timbalan Pengarah II MAT, Ustazah Syarifah Kamilah Syed Ahmad. Aturcara diteruskan lagi dengan ucapan Naib Pengerusi I HEWI DPMM, Ustazah Ansoriah Abu Bakar dan ucapan dari wakil HEWI PMRAM, Ustazah Siti Anisah Ahmad selaku Naib Pengerusi HEWI PMRAM.

Program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Amin Taufiq Bin Rifain selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2008/2009. Selepas rehat, agenda MAT dimulakan dengan perlantikan setiausaha sidang dan pengira undi oleh ahli sidang mesyuarat. Seterusnya Setiausaha Hewi DPMM membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat MAT kali ke-16 yang dikendalikan oleh pengerusi MAT HEWI, Ustazah Ansoriah Abu Bakar. Kemudian, agenda diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti HEWI sesi 2008/2009. Bagi mengisi masa yang ada, diselitkan acara kuiz oleh HEWI untuk ahli sidang. Program berhenti rehat untuk solat zohor.

Sementara menunggu ahli sidang memenuhi dewan, qasidah dialunkan bagi menceriakan suasana. Agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan penyata kewangan HEWI sesi 2008/2009 oleh Bendahari HEWI DPMM. Kemudian sesi cadangan dan komentar umum dibuka untuk ahli sidang. Alhamdulillah respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat amat baik. Suasana masing-masing menjadi sayu dan hiba apabila semua HEWI DPMM 08/09 memberikan ucapan terakhir mereka, tidak kurang juga respon dari ahli-ahli yang memberikan kata-kata semangat pada HEWI yang mana sebelum ini HEWI banyak dipersalahkan dan “dikondem” oleh segelintir ahli.

Sejurus selepas itu, slot penangguhan dimulakan dengan ucapan wakil HEWI PMRAM, Ustazah Syahidatul Akma disusuli dengan bacaan doa rabithah. Menariknya pada MAT HEWI kali ini diadakan penyampaian hadiah untuk Bait Mithali yang dimenangi oleh Bait Darul Marjan dan juga penyampaian sijil kepada unit-unit khas DPMM, antaranya ialah unit Nadi UKKAZ, UKBA dan MANHAL . Sebelum sidang bersurai, ahli sidang solat asar berjemaah di dewan DPJA.


Pautan



Friday, October 5, 2012

Trip to Mansoura



Imej di atas adalah iklan tambang tramco ke Mansurah.Salah satu Kempen Jelajah DPM.Mengimbau kembali zaman-zaman saya berulang alik dari Kaherah ke Mansurah dengan bas, tramco, peugeot, dan keretapi.Perjalanan yang sangat seronok, sekiranya saya aman dengan tidur atau menikmati alam ciptaan Ilahi, tapi menjadi teruk sekiranya bas rosak tepi jalan, ammu tramco bergaduh pasal harga atau kesesakan jalan yang sangat melampau.Hu hu.

Apabila saya tengok iklan ini,saya teruja,wah...untungnya orang Mansurah!!!

Tambang ke mana-mana murah je....Tambang dari Kelantan ke Mansurah berapa ye?
:D

Paling penting untuk travel ke Mansurah anda kena kenal sungai kanan dan sungai kiri.Perjalanan dari Ramses sehingga jambatan  sungai Nil yang sepanjangnya ada rel keretapi dan kebun-kebun akan mengambil masa sejam, sepanjang sungai kanan sejam, sepanjang sungai kiri lebih kurang 25 minit ;)

Anda nak tahu unik sungai kanan dan sungai kiri?
Rasai sendiri!

Perjalanan ke Mansurah sangat best saya kira, tak kira samada dari Mansurah ke Kaherah, kerana saya suka rehat dalam perjalanan.Buktinya saya mudah terlelap walaupun hanya dari Utubis Jadid ke Tir3ah contohnya.Bahaya  tidur dalam teksi, tapi disebabkan saya berteman saya selesa terlena dalam keadaan zahmah sekalipun.Best la tu bila boleh terlelap walaupun zahmah!

Satu perkara lagi tentang perjalanan ke Kaherah, saya suka letak status yahoo messenger semasa Nil berada di kiri saya, "Menyusuri Nil".Zaman budak-budak status pun tak matang kot.

Pada tahun saya menggalas amanah dalam 3 tahun lebih kurang saya sering berulang alik, tiap-tiap bulan mesti ke Kaherah.Samada urusan minhah, mesyuarat, program PMRAM, kelas dan lain-lain.Mengisi perjalanan ketika itu saya suka sangat mendengar halwa telinga.Lagu Open Your Eyes menjadi pilihan!



Waduh! Saya tidak boleh dengar ini, pasti teringatkan saya tengah dalam bas Delta tengah tengok Nil kanan!

Saya bercakap kosong memang tiada penutup :D
Kali terakhir saya ke Mansurah pada 11 Januari lalu, sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air.Bersama sahabat tersayang ,Acu Jawahir saya yang memaksa beliau teman saya balik ke Mansurah ketika itu.Waktu yang sangat dhoyik saya kira kerana esoknya saya pulang ke Malaysia.


Saya jumpa teman-teman dan adik-adik saya di Mansurah dan ada juga yang saya tidak sempat untuk berjumpa.Saat-saat terakhir semuanya.Dan hari itu zahmah yang sangat teruk sehingga malam sampai di Kaherah.

Stop!

Saya rindu Mansurah!

Friday, November 18, 2011

Only@mansoura

Bismillah
Assalamu'alaikum

Semasa kemas file-file untuk dihapuskan...terjumpa satu notepad yang mengumpulkan iklan-iklan yang pernah saya hantar ke seluruh pelusuk Mansurah...antaranya iklan ni...

salam alaik~13orang untuk ifthor esok 27 Ogos 2010 bkumpul di DPJA jam 5:30pm.brgsiapa nak join sila BUZZ saya| only@mansoura

Juadah ifthor di rumah arab


senyum sendiri :D

Kenangan bekerja satu team dulu-dulu dengan kalian amat membahagiakan



Saturday, September 10, 2011

Natijah sudah keluar! 2

Bismillah 
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah!!!!


Alhamdulillah, natijah dari Mansurah sudah sampai, jazakillah khoir semua...hadiah untuk ISLAM dan semua...alhamdulillah  terima kasih kepada kalian yang mendoakan...Next!





Wednesday, August 24, 2011

Kenangan Pindah Rumah

Bismillah
Assalamua'laikum

Takde modal nak post.


Kenangan pindah rumah...gara-gara nak pindah, terus jadi kena barrah...
Panas jugalah, masa tu saya Ketua Unit Perumahan HEWI yang kena barrah.
15 Nov 2007~check in Mujahidah 2
28 Nov 2008~check out Mujahidah 2 dan check in Zinnirah
30 Sept 2009-1 Dis 2009~check out Zinnirah dan check in Raudhatul Mutmainnah
1 Dis 2010~check out Raudhatul Mutmainnah Hayyu Syarq dan check in ....?
Apa pun masa saya banyak habiskan berada di Markaz 1.

Menjadi orang nomad di Mansurah sebenarnya sesuatu yang meletihkan, tetapi saya seronok ada ramai adik-beradik...



KakiBlog