Assalamu'alaikum.
Akhirnya berhasil juga pencarian saya mencari entri ini di blog Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Jadi saya repost balik di sini. Kenangan, ya kenangan. Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 17 adalah MAT pertama saya sebagai HEWI DPMM. Memegang amanah selama setahun sebagai Ketua Unit Perumahan HEWI DPMM memberi satu pengalaman baru. Pengalaman orang-orang lama banyak membantu, paling saya ingat Akad DPJA, Markaz 1 dan 2, belajar guna PA System dan yellow pages :)
Mengimbau kembali saat-saat nak turun ni, pelbagai suka-duka yang tetiba hadir. Saya tahun akhir ketika ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa untuk natijah imtihan. Saya sudah plan untuk di sini setahun lagi, tapi bukan sebagai AJK Hewi. Saya juga mengharapkan natijah keluar selepas MAT.
Punyalah harapan saya ketika itu.
Perancangan Allah mengatasi segalanya. Kami (Hewi yang tahun akhir) meminta sahabat kami tengok natijah di Maktab Tansiq. Saya hanya mengetahui keputusan natijah dengan jawapan yang memilukan, " Kak Cik ada peluang lagi untuk berbakti sebagai Hewi DPMM"
Allahu. Dipendekkan cerita, saya dicalonkan sekali lagi untuk bertanding sebagai calon AJK Hewi. Bertanding dan menang. Alhamdulillah ala kulli haal.
Sebuah amanah.
181 angka keramat itu saya berkongsi dengan Ateh Suhaina.
Akhirnya : Makluman Jawatan & Maklumat Komunikasi Penasihat, Pengerusi, AJKT dan AJKH DPMM Sesi 2009/2010
Oleh : Arbaiyah Saron | Foto : Saiful Islam
Utubis Jadid, 1 Ogos – Hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI DPMM 08/09 bagi kali yang ke-17. Program tahunan ini telah diadakan di Dewan Persada Jazirah al-Ward dan telah dibuka pendaftarannya seawal 7.15 pagi. Slot perasmian telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustazah Farah Jaafar, pelajar tahun 2 Qiraat. Seterusnya ucapan aluan pengerusi majlis disampaikan oleh Ustazah Muslihah, diikuti ucapan Timbalan Pengarah II MAT, Ustazah Syarifah Kamilah Syed Ahmad. Aturcara diteruskan lagi dengan ucapan Naib Pengerusi I HEWI DPMM, Ustazah Ansoriah Abu Bakar dan ucapan dari wakil HEWI PMRAM, Ustazah Siti Anisah Ahmad selaku Naib Pengerusi HEWI PMRAM.
Program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Amin Taufiq Bin Rifain selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2008/2009. Selepas rehat, agenda MAT dimulakan dengan perlantikan setiausaha sidang dan pengira undi oleh ahli sidang mesyuarat. Seterusnya Setiausaha Hewi DPMM membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat MAT kali ke-16 yang dikendalikan oleh pengerusi MAT HEWI, Ustazah Ansoriah Abu Bakar. Kemudian, agenda diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti HEWI sesi 2008/2009. Bagi mengisi masa yang ada, diselitkan acara kuiz oleh HEWI untuk ahli sidang. Program berhenti rehat untuk solat zohor.
Sementara menunggu ahli sidang memenuhi dewan, qasidah dialunkan bagi menceriakan suasana. Agenda diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan penyata kewangan HEWI sesi 2008/2009 oleh Bendahari HEWI DPMM. Kemudian sesi cadangan dan komentar umum dibuka untuk ahli sidang. Alhamdulillah respon yang diberikan oleh sahabat-sahabat amat baik. Suasana masing-masing menjadi sayu dan hiba apabila semua HEWI DPMM 08/09 memberikan ucapan terakhir mereka, tidak kurang juga respon dari ahli-ahli yang memberikan kata-kata semangat pada HEWI yang mana sebelum ini HEWI banyak dipersalahkan dan “dikondem” oleh segelintir ahli.
Sejurus selepas itu, slot penangguhan dimulakan dengan ucapan wakil HEWI PMRAM, Ustazah Syahidatul Akma disusuli dengan bacaan doa rabithah. Menariknya pada MAT HEWI kali ini diadakan penyampaian hadiah untuk Bait Mithali yang dimenangi oleh Bait Darul Marjan dan juga penyampaian sijil kepada unit-unit khas DPMM, antaranya ialah unit Nadi UKKAZ, UKBA dan MANHAL . Sebelum sidang bersurai, ahli sidang solat asar berjemaah di dewan DPJA.
Pautan
No comments:
Post a Comment