Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Nukilan orang yang sangat tepat dibaca dalam keadaan seperti ini.
Aku memandang kamu.
Maafkan aku kalau belum cukup dewasa pada usia sedewasa ini. Maafkan aku kalau selalu ada selumbar halus yang menyusup masuk diam-diam ke dalam lalu membuahkan dendam. Atau torehan kasar yang terang-terangan membuatmu parah dan berdarah. Maafkan aku kalau di fikiranmu aku masih belum cukup matang. Maaf kalau di matamu banyak lagi yang masih kurang.
Kalau engkau sudi... aku mohon engkau memahami. Beri aku sedikit ruang untuk menjelaskannya. Sedikit sahaja pun tidak mengapa. Sungguh, ada kalanya aku ditimpa kekalutan hingga hilang pertimbangan. Lalu tanpa kusedari tergelincir segala kata yang tidak mahu aku lafazkan. Lalu ia menjadi kerikil kecil yang selalu sahaja melukai. Lalu ia menjadi sesal terbesar yang selalu sahaja menghinggapi.
Saat ini.. tidak ada yang mampu kujelaskan lagi. Saat kepala tertunduk lesu dan mataku terus berdegil menakung air. Aku kira semuanya telah berakhir. Andai khilafku yang menghantar kita ke titik terakhir, cuma satu pintaku - maafkan aku.
Bismillah Assalamualaikum Rutin. Tertanya-tanya jugok sari duo ni, bilo la Kak Nik Moh nok mari kait daun pisang ggalo ni. Hari ni mari doh eh. Biasanya awal bulan beginilah pasangan suami isteri ini akan datang mengait daun pisang yang super duper banyak kegunaan ini.
Senyap-senyap dari bilikku.
"Pokok pisang ggalo ni banyok dooh, sero nak tebey separuh." Teringat demo ni oyak; Tebey la tebey, maroh ko Kak Nik Moh. Pokok pisang semua ditanam oleh arwah ma.
Bismillah Ketika entri ini ditulis kali kedua selepas facebook, saya sudah berada di Kg Kalok, Pusa. Sedang berkemas pulang ke Kota Bharu. Sayu rasa hati.
Gambar atas SMK Beladin, ada 7 semua saluran. Saya bertugas seorang diri di sini, dibantu sahabat-sahabat lain di luar sana. Perasaan pertama kali seolah perasaan seribu kali.
Flowers grow back, even After they are stepped on. So will I. resilience. #betingmaro #prnsarawak 8 Mei 2016 1:12 am Kg Kalok, Pusa
Bismillah Assalamualaikum Hidup adalah pengembaraan di padang pasir yang tandus. Kadang-kadang ada juga tersimpan air di perut bumi, air yang sebenarnya air, tetapi kita tidak tahu di mana tempatnya. Kita mesti belajar mencarinya. Hidup adalah pelayaran di laut lepas, ada masanya angin tenang, Selatan jadi, hingga bahtera bagai pucuk dilancarkan, dan kita pun tidak tahu bahawa badai besar akan datang dengan tiba-tiba. Kemungkinan-kemungkinan dalam musafir ataupun dalam belayar mesti akan terjadi. Baik atau buruknya kita kaji. Oleh sebab perjalanan itu amat sulit, seyogyanya kita menerima petunjuk (hudan) dan jangan menampik atau membangkang (kufur). Dan selalu bermohon ditunjuki dalam perjalanan itu. "Tunjukilah kami jalan yang lurus." - HAMKA (Tafsir al-Azhar, Surat An-Nur ayat 40)
Gambar: Kota Lama Siwa yang dikelilingi lautan tasik garam, 90 km dari paras laut. Rehlah Tarbawiyah Matroh Siwa HEWI PMRAM 26072009 Dicatat sebelum terbang ke Kuching Sarawak.
Semuanya tetiba. Hari ini tetiba rasa nak kumpul gambar sahabat-sahabat dari dulu sampai loni. Sahabat syurga yang sentiasa bersama susah dan senang. Actually banyak lagi gambar, tapi saya kumpul yang saya agak yang ada nilai yang tinggi, macam nak jual pulok rasa.
Rindunya kalian :)
Pilihlah sahabat yang baik, yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya, agar kita lebih dekat denganNya setiap masa.
Mereka ini biasanya tidak mahukan apa-apa daripada kita, hanya yang mereka inginkan adalah kita dan mereka, suatu hari nanti dapat bersama-sama di dalam syurga.
"Perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi daripadanya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap." (HR Bukhari & Muslim)
Kadang-kadang akan hadir satu perasaan, iaitu sedih. Persoalan, iaitu kenapa?. Penyesalan...ampunkan hambaMu.
:(
"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik dua jari. Itupun belum pasti berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaik diri menjadi sebaik-baik hamba Allah.
Teruslah melangkah meskipun dalam kepayahan, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah,sedangkan kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.
Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba.
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus menuju jalanNya"
Bismillah Assalamualaikum Firman Allah SWT di dalam surah al-Haqqah ayat 11-12: "Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran" Saya ingin mencoretkan sesuatu di sini tentang banjir yang ditempuhi selama 5 hari yang lalu, tapi biarlah gambar berbicara dahulu..
Alhamdulillah. Akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini matahari bersinar kembali setelah seminggu hujan tanpa henti dan kesejukan luar biasa, seperti sudah turun salji agaknya Pengkalan Chepa ini. Dan kesihatan diri bertambah baik dari demam sejak hari Isnin lepas. Masih bersisa batuk dan suara masih serak basah. Allahu Yashfi alhamdulillah. Akibat jarang-jarang saya demam, jadi kadang-kadang itulah saya sentiasa lupa penawar kepada sakit. Saya bukan pengamal ubat seperti panadol dan pil-pil lain. Tambahan lagi ma pun tidak sihat, jadi tiada yang mengambil peduli sakit demam saya kali ini. Berdikari, siap kena jadi tukang masak lagi sejak ma tak sihat. Selalunya kalau batuk ma pagi sesudu kicap dengan perahan limau nipis. Yang lucunya hari pertama sehingga keempat saya bertahan tanpa sebarang penawar. Hari Khamis baru saya ingat nak minum madu dengan perahan limau nipis. Allahu. Jadi pagi tadi panas dan letih badan dah terasa baik. Gembira tengok matahari. Cuma saya masih batuk-batuk. Apapun alhamdulillah, kerja saya banyak sangat menanti. AdyanaNur 29 Muharam 1436 Kampung Baung Pengkalan Chepa
Alhamdulillah hari ini rasa beban di bahu dan di kepala sudah dilepaskan dengan bahagia sekali. Yang pertama Hari TerbukaPPWK Dun Chempaka, yang kedua Mesyuarat Majlis Tertinggi Nisa' Kelantan. Baru rasa ada mood nak melihat dunia. Baru ada rasa nak membaca buku, baru ada rasa nak baca berita. Hakikatnya kerja-kerja lain banyak lagi menunggu. Iya lah "Al-Wajibaat Akthar Minal Awqot".
Tahun ini merupakan tahun pertama saya bertumbas ni PPWK Dun Chempaka. Setahun lebih. Usia PPWK Dun Chempaka baru mencapai umur 8 tahun, penubuhan di Kelantan sudah 10 tahun. PPWK Dun Chempaka sebenarnya bukan nama yang asing dalam penubuhan PPWK, ini kerana saban tahun bermula tahun 2009 PPWK Dun Chempaka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Bermula daripada pelajar sehinggalah kepada gurunya.Alhamdulillah.
Planner 2014 dan Planner 2015
Tadi, alhamdulillah selesai membentangkan laporan dan perancangan Unit Pembangunan Insan tahun 2015. Tiada yang baru, hanya meneruskan aktiviti tahun ini, cuma yang baru hanya modulnya sahaja. Modulnya itulah pecah kepala nak fikir :p Buatlah apa pun, asalkan tujuan dakwah tu sampai. Aktiviti dakwah ni bukan aktiviti one off, aktiviti dakwah kena berterusan. Dakwah itu touch and grow bukan touch and go! Allahu, rasa berat di bahu. Betullah orang kata, perempuan ni kuat dengan air mata dan doa.Huhu. Walaupun sebenarnya jauh sangat ujian halangan dan rintangan yang dihadapi berbanding dengan apa yang Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jauh, terlalu jauh.Berilah kekuatan...
Berdakwah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya. Mustahil itu! Mustahil! Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu. Jadi, para mad'u (pengikut dakwah) kita harus diri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasihati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali keluar dengannya. Agar kita memahami betul watak kader dakwah kita sebenarnya.
Pesanan Syeikhut-Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah (1953-2005) yang sangat terkesan. AdyanaNur 11 Muharam 1436 Kampung Baung Pengkalan Chepa
Air mata tumpah lagi ketika menerima sekeping gambar arwah yang tenang.... Cuba menenangkan diri, ketika itu saya di sebuah surau di sebuah restoran di Tanah Merah. Dalam perjalanan ke program Dun Gual Ipoh.
Tiba di rumah petang, saya terus membuka laptop untuk menyiapkan sekeping surat untuk email. Laptop terus memainkan lagu ni, So Soon, sudah 2 minggu saya memasang lagu ini tanpa henti. Berulang. Jika laptop tidak mengaji, lagu inilah yang bunyi.
Menangis lagi, teringatkan Ucu!
Saya cuba bertahan jika saya menceritakan tentang Ucu kepada orang lain. Tapi saya kalah bila saya sendirian.
Every time I close my eyes I see you in front of me
Tiap kali kupejamkan mata, kulihat kau di hadapanku
I still can hear your voice calling out my name
Masih terngiang suaramu yang memanggil namaku
And I remember all the stories you told me
Dan aku ingat kisah-kisah yang kau ceritakan padaku
I miss the time you were around
Kurindukan saat kau di dekatku
But I'm so grateful for every moment I spent with you
Tapi aku sangat bersyukur atas semua waktu yang kulewatkan bersamamu
'Cause I know life won't last forever
Kerana kutahu hidup tidaklah abadi
You went so soon, so soon
Kau pergi begitu cepat, begitu cepat
You left so soon, so soon
Kau pergi begitu cepat, begitu cepat
I have to move on 'cause I know it's been too long
Aku harus lanjutkan hidup kerana aku tahu sudah terlalu lama
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
Aku harus hentikan tetesan air mata, tetap percaya dan kuat
I'll try to take it all, even though it's so hard
Kan kucuba tuk menerimanya, meskipun sangat berat
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Kulihat kau di mimpiku tapi saat kuterjaga kau tiada
Gone so soon
Pergi begitu cepat
Night and day, I still feel you are close to me
Siang dan malam, aku masih merasa kau dekat denganku
And I remember you in every prayer that I make
Dan kuingat dirimu di setiap doa yang kupanjatkan
Every single day may you be shaded by His mercy
Setiap hari semoga kau dalam naungan rahmat-Nya
But life is not the same, and it will never be the same
Tapi kini hidup tak sama, dan takkan pernah sama lagi
But I'm so thankful for every memory I shared with you
Tapi aku sangat bersyukur atas tiap kenangan yang kubagi bersamamu
'Cause I know this life is not forever
Kerana kutahu hidup ini tidak abadi
There were days when I had no strength to go on
Ada hari-hari di mana aku tak punya kekuatan tuk bertahan
I felt so weak and I just couldn't help asking: "Why?"
Aku merasa begitu lemah dan aku terus bertanya: "kenapa?"
But I got through all the pain when I truly accepted
Tapi kulewati semua sakit ini saat aku benar-benar menerima
That to God we all belong, and to Him we'll return, ooh
Bahwa kita semua milik Tuhan, kan kembali kepada-Nya
Bismillah Assalamu'alaikum إنا لله وإنا إليه راجعون
Al-Fatihah buat sahabat saya, Ukhti Nor Hafidzah bt Rozali, meninggal dunia seawal pagi 27 Oktober 2014 di Kuala Terengganu. Meninggal dunia akibat pendarahan dalaman / dalam perut. Beliau sedang mengandung anak kedua dan sudah hampir dengan kelahiran. Saya berpagi dengan berita ini. Tidak percaya. Sehingga saya baca lagi perbualan beberapa sahabat di telegram. Menangis, berhenti menangis, menangis lagi. Allahu. Sangat mengejutkan.
ketika mereka konvo KUSZA tahun 2007 by kamera Canonku.
Teringat sangat dia. Saya mengenali Allahyarhamah ketika sama-sama belajar di KUSZA. Allahyarhamah senior setahun saya.Terengganu asli. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan 4 tahun.Saya panggil Allahyarhamah, Ucu. Dialah sahabat dialah naqibah saya. Seorang anak dan sahabat yang baik, lembut, jaga solat jemaah, sentiasa sebut nak mati dalam perjuangan, sangat jaga ukhuwah dengan sahabat dan sangat pentingkan keluarga dengan aboh dan ummi. Sangat komited dengan jemaah. Juruh, jaga perasaan kawan.Bibir tak pernah lekang istighfar dan selawat.
Gambar keluarga yang dikirimkan melalui Telegram.
Kami berbual di telegram, Ucu ada beritahu dia akan pulang ke Terengganu (dari Johor @ Melaka, saya lupa) dan akan bersalin dan berpantang di Terengganu, Ucu sempat minta maaf kepada semua dan menyatakan perasaan takut untuk bersalin. Kami mendoakan beliau agar semuanya dipermudahkan. Sehinggalah kami mendapat berita mengejutkan ini.
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۚ إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ [Surat Yunus : 49] Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
Ucu, semoga Allah pertemukan kita di syurga nanti... semoga syahid jalanmu semoga jannah tempat istirehatmu...Pergi sudah jiwa yang tenang...
كفى بالموت واعظاً
Cukuplah mati itu sebagai peringatan
اللهم اختم لنا ياالله بحسن الخاتمة ولا تختم علينا ياالله بسوء الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan Jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.
AdyanaNur 3 Muharam 1436 Kampung Baung Pengkalan Chepa
Bismillah Assalamu'alaikum Perancangan Tahun Baru 1436 yang dikongsi dari page Mustafa Hosny yang saya gunakan sebagai salah satu pengisian Nisa' Circle semalam. Penyampaian semalam tidak sedetail maklumat di bawah, sekadar yang faham dan nampak.
Perancangan Tahun Baru 1436
1) Perbaharui Niat
Rasulullah bersabda "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan."
2) Solat Sunat & Rawatib
-Solat dhuha (Saya tambah)
-Subuh (Sebelum)
-Zohor (Sebelum & Selepas)
-Asar
-Maghrib (Selepas)
-Isyak (Selepas)
3) Baca Al-Quran
-Menambah wirid harian
-Khatam Al-Quran setiap sebulan
-Tadabbur makna ayat
4) Puasa Sunat
-Isnin dan Khamis setiap minggu
-Hari 13,14,15 setiap bulan hijrah
-Hari Asyura', 6 hari bulan Syawal, Hari Arafah
5)Tulis matlamatmu
-Rujuk balik matlamat / azam tahun lalu
-Menetapkan ikut keutamaan
6) Sebarkan Optimis
-Senyum sokmo
-Dakwah / Menyeru pada kebaikan
-Menjauhkan fikiran negatif
7) Menjauhi fitnah
-Perangi fitnah
-Jauhi penyebaran khabar angin
-Dakwah / Menyeru pada kebaikan
8) Sukarela
-Ziarah anak yatim dan warga tua
-Menyertai kerja-kerja kebajikan
9) Belajar sesuatu yang baru
Rasulullah bersabda "Barang siapa menempuh jalan (berjalan) untuk menuntut ilmu maka Allah memberinya kemudahan untuk masuk ke dalam syurga."
10) Menguruskan waktu
-Letakkan perancangan mingguan
-Rujuk tugas harian
Alhamdulillah dapat share dalam group whats app Nisa' Circle.Semoga Allah sentiasa membimbing kita dalam kerja buat kita. Sebenarnya bukan itu sahaja yang perlu ambil perhatian.Banyak lagi. Itulah, Al-Wajibaat Akthar Minal Awqot.
Bismillah. Assalamualaikum. In this pic Jawahir Harun, miss her so much!
Selamat hari lahir Acu semoga bahagia dan tenang hidup di dunia sehingga akhirat, keluarga mawaddah anak -anak yang menjadi penyejuk mata. Beliau sahabat yang banyak memberi sokongan dorongan berkongsi air mata terutama ketika syahadah asliah tak sempat siap dan sama-sama tak najah :p Bertuahnya mempunyai teman yang baik. ‘alangkah sulitnya mencari sahabat sejati,”kata seorang teman “tak temukan walau telah kujelajahi bumi,negeri demi negeri” Aku tersenyum menepuk pundaknya “mungkin itu sebab yang kau cari adalah sahabat untuk memberi
Adapun sahabat untuk diberi bertebaran diseluruh penjuru bumi” -Dalam Dekapan Ukhuwah/ Salim A Fillah رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ [Surat Al-Hashr : 10] "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". Lamanya tak jumpa Acu, sejak 13 Januari 2012. Berpisah di KLIA. Gambar ini saya rakamkan pada 29 November 2011, di belakang saya ada Kak Lang Akmaizan, ketika ini kami menunggu seorang lagi sahabat (Asiah kalau tak silap) untuk pulang ke Mansurah.
Bismillah Assalamualaikum Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah.Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai. Para pimpinan Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk dalam wasilah. Syeikh Hasan Hudhaibi pernah menyatakan: “Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan.Jika mereka telah merealisasikan hal ini kepada diri mereka, maka benarlah mereka akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman.” Pemikir dakwah Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa “Tarbiyah melalui sistem usrah merupakan tarbiyah yang tidak boleh ditukar ganti dengan cara lain..”. Manakala Ustaz Mustafa Mahsyur pernah menyatakan “Kewujudan usrah tidak ada titik akhirnya walaupun daulah Islamiyah ditegakkan.” Jelas sekali peranan dan kedudukan tarbiyah terutama operasi usrah tidak boleh diabaikan walau apa pun posisi gerakan Islam samada berada di marhalah ta’sis, marhalah infitah atau ketika di marhalah daulah. Petikan pendahuluan kertas kerja Usrah Nukleus Tarbiyah UPI Nisa' Kelantan.
Sudah hampir setahun saya memegang amanah sebagai Ketua Unit Pembangunan Insan Nisa'Kelantan. Rasa baru semalam segalanya bermula. Masih terasa muka blur saya semasa mula-mula dapat taklifan ini. Tanpa bantahan. Semua tiba-tiba. Persoalan bermain di benak fikiran, kenapa saya, saya culas banyak dengan program Nisa'Kelantan. Tapi semuanya rela dan redha. Saya dengan blurnya hadir meeting pertama. Alhamdulillah Allah hadirkan saya AJK yang osem. Banyak tolong, banyak dengar idea pelik-pelik, dan banyak rajin.Saya masih belajar, bermula dengan zero insha Allah i wanna to be a hero. Biar pecah kepala memikirkan aktiviti best untuk Nisa' Circle tapi itulah keseronokan. Tiap kali memikirkan untuk Nisa' Circle pasti esoknya ada yang bermata panda. Tidak mudah mendidik manusia.Tarbiyah bukan sekadar membawa manusia menuju kepada semakin baik tetapi menyiapkan mereka menjadi kader, penggerak atau rijal kepada gerakan Islam, Al-Marhum Syeikh Dr. Ali Abdul Halim di dalam bukunya ‘Fi Takhtit Tarbawi'.Dengan erti kata yang ringkas, tarbiyah adalah satu proses yang bersifat teras, syumul, berkesinambungan dan komprehensif. Proses membina ruh, fikrah, iman, jasad dan jihad bagi menyiapkan angkatan rijal umat. Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyah. Imam Hasan al-Banna pernah mengungkapkan mutiara hikmah buat kita semua : “Dakwah ini tidak akan dimenangkan kecuali ada orang yang mencurahkan segala tenaganya untuk memahami selok belok dakwah ini”
Usrah MT Nisa' Kelantan
Usrah AJK Nisa' Kelantan
Nisa' Circle
Proses tarbiyah saaaangat panjang. Bukan semudah mengajak ayam makan. Andainya ada yang memahami ~ Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak
Bismillah. Assalamua'alaikum. Alhamdulillah masuk ke pejabat hari ini setelah seminggu bercuti sempena Eid Adha dan pelbagai sempena lagi.Walaupun bercuti masuk pejabat, ada beberapa homework perlu diselesaikan segera. Jumaat Sabtu juga dipadatkan dengan Kuliah Feqh Wanita dan jemputan kenduri kesyukuran dan juga beberapa program di hujung Sabtu, mengemas Nisa' Point dan Tautan Mahabbah Alumni Timur Tengah, tapi saya memilih untuk berasa di Nisa' Point.Petangnya jadual kami berusrah dengan naqibah kami Kak Nur. Begitulah pengurusan diri dengan masa yang kita ada. Mudah jika kita atur dengan baik dan kita tidak bermalasan dengan masa.Bagaimana kita generasi muda memanfaatkan waktu luang kita dengan perkara yang bermanfaat, bukan sahaj untuk diri bahkan untuk ummah.
Para ilmuan Islam telah mengingatkan kita pada satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan pemuda Islam yakni waktu lapang. Jika waktu lapang menjadi penentu kepada kegiatan dalam kehidupan, maka berhati-hatilah kerana awal maksiat, terutama kepada pemuda, bermula dari waktu lapang. "Pemuda + Waktu Kosong = Awal Maksiat" Amr Khaled “Ayuh! Bangkit, bersegeralah dan berlumbalah dengan waktu, manfaatkan waktu anda. Waktu adalah emas. Tidak demi Allah! Waktu lebih berharga dari emas. Emas diperjual belikan. Sedangkan waktu, jika sudah pergi tidak akan kembali lagi selamanya. Jika waktu telah hilang, bererti usia anda juga telah hilang!’
Bismillah. Assalamu’alaikum Jadual individu muslim setiap hari; 1.Solatlah 5 solat fardhu pada waktunya 2.Bacalah dua muka surat dari al quran 3.Berzikirlah pada waktu pagi dan petang (ma'thurat) dari hisnul muslim 4.Bacalah 3 hadith dari Riyadhus Salihin 5.Bersedekahlah RM 1 setiap hari untuk setiap ahli keluarga 6.Hindarkanlah mengumpat dan berbohong 7.Berjalan kaki 1/2 jam setiap hari 8.Bersungguh-sungguhlah dalam bekerja atau tugasan 9. Berpuasalah 3 hari sebulan, solat dhuha waktu pagi, berwitir sebelum tidur 10. Memaafkan semua orang Islam dan memohon ampun bagi mereka setiap hari