Bismillah.
Assalamua'alaikum.
Alhamdulillah masuk ke pejabat hari ini setelah seminggu bercuti sempena Eid Adha dan pelbagai sempena lagi.Walaupun bercuti masuk pejabat, ada beberapa homework perlu diselesaikan segera.
Jumaat Sabtu juga dipadatkan dengan Kuliah Feqh Wanita dan jemputan kenduri kesyukuran dan juga beberapa program di hujung Sabtu, mengemas Nisa' Point dan Tautan Mahabbah Alumni Timur Tengah, tapi saya memilih untuk berasa di Nisa' Point.Petangnya jadual kami berusrah dengan naqibah kami Kak Nur.
Begitulah pengurusan diri dengan masa yang kita ada. Mudah jika kita atur dengan baik dan kita tidak bermalasan dengan masa.Bagaimana kita generasi muda memanfaatkan waktu luang kita dengan perkara yang bermanfaat, bukan sahaj untuk diri bahkan untuk ummah.
Para ilmuan Islam telah mengingatkan kita pada satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan pemuda Islam yakni waktu lapang.
Jika waktu lapang menjadi penentu kepada kegiatan dalam kehidupan, maka berhati-hatilah kerana awal maksiat, terutama kepada pemuda, bermula dari waktu lapang.
"Pemuda + Waktu Kosong = Awal Maksiat"
Amr Khaled
“Ayuh! Bangkit, bersegeralah dan berlumbalah dengan waktu, manfaatkan waktu anda.
Waktu adalah emas.
Tidak demi Allah! Waktu lebih berharga dari emas. Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi tidak akan kembali lagi selamanya.
Jika waktu telah hilang, bererti usia anda juga telah hilang!’
No comments:
Post a Comment