Bismillah
Assalamu'alaikum
Sudah menjadi rutin Sabtu keempat setiap bulan, saya dan team UPI Nisa' Kelantan akan mengaturkan satu pertemuan dengan ahli Nisa' untuk sharing moment. Tahun ini sudah lapan kali, termasuk hari ini. Alhamdulillah, sebagaimana sudah maklum, saya mempunyai team work yang saaangat osem.
Tema Nisa' Circle kali ini, Nisa' Circle Hijrah, sempena 1 Muharam 1436 hari ini. Kehadiran hari ini sebenarnya kurang memberangsangkan. Tapi Allah hadirkan saya mereka yang hadir hari ini insan-insan yang solehah dan osem. Kali ni saya rasa agak jijok untuk sampaikan pengisian. Boleh eye contact seorang demi seorang. Sebelum ni, 30 orang peserta Nisa' Circle tak dapat lah.
Okey, untuk NC ni, buat pertama kalinya, saya melaksanakan konsep taakhi seperti yang dilakukan Rasulullah saw selepas penghijrahan Rasulullah ke Yathrib (Madinah). Sebenarnya sudah lama saya nak buat konsep ini, sebelum NC pertama dulu lagi. Tapi entah macam mana saya lupa. Dan Allah ilhamkan balik kepada saya, ketika saya study balik sirah hijrah Rasulullah untuk pengisian hari ini. Tetiba teringat adik-adik yang dah ramai hadir NC sebelum ini, mereka belum ditaakhikan.
TBC
AdyanaNur
2 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
No comments:
Post a Comment