Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Showing posts with label Kelantan Negeriku. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Negeriku. Show all posts
Tuesday, June 7, 2016
Wednesday, February 18, 2015
Perginya Murobbi Ummah Tok Guru
Bismillah
Assalamu'alaikum
12 Februari 2015
Hari itu telah dilalui dengan kelelahan. Saya berpagi ke Jabatan Imegresen untuk memperbaharui passport dan membeli beberapa barang kiriman ma. Sampai di rumah hampir asar. Saya terlelap akibat sakit kepala amat dan tersedar dari tidur selepas maghrib. Saya mula mengemas barang untuk bermusafir selama empat hari ke Jakarta.
Selesai mengemas, Along mengetuk pintu bilik dan memaklumkan kepada saya, Na, Tok Guru tak dok doh.
Ya Allahhhhh.
Air mata mula jatuh berderai.
Saya terus mendapatkan telefon yang berada di tingkat bawah. Ada hampir 10 panggilan yang tidak dijawab. Berita ini benar-benar saya terima. Bukan palsu sebagaimana biasa.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.
Bersambung...

Tuesday, December 30, 2014
Hikmah Banjir 2014
Bismillah
Assalamualaikum
Firman Allah SWT di dalam surah al-Haqqah ayat 11-12:
"Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran"
Saya ingin mencoretkan sesuatu di sini tentang banjir yang ditempuhi selama 5 hari yang lalu, tapi biarlah gambar berbicara dahulu..

Sunday, December 1, 2013
Explorace Beliawanis 2013
Bismillah
Assalamualaikum
Explorace Beliawanis 2013 sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2013 yang bertemakan "Ambo Anak Klate". Tahniah buat semua peserta dan sukrelawan yang bertugas. Terima kasih kepada pihak U-BeS atas kepercayaan yang diberikan kepada NISA' KELANTAN.
"Apabila kita mengerjakan kebaikan, hingga kita berasa penat, ingatlah bahawa kepenatan itu akan hilang dan ganjaran pahala itu akan berpanjangan. Dan apabila kita berasa seronok mengerjakan maksiat, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan."(Saidina Ali r.a)
Semoga setiap perbuatan kita mendapat nilaian amal soleh, insyallah.
~Kami Anok Klate Bermaruah~
Peserta dan urusetia bergambar setelah selesai ^_^
:)
Alhamdulillah berakhir dengan senyuman walau sedikit kehujanan Explorace Beliawanis 2013. Best tidak terkata. Program pertama saya setelah memegang amanah MT Nisa' Kelantan.
Gambar-gambar lain boleh layari album ini.
Sunday, November 10, 2013
Temu Rapat Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat
Bismillah.
Assalamu'alaikum.
Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat bersama Menteri Besar Kelantan.
Dari kanan YB Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, YB Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli, YB Senator Dato Haji Muhamad Yusof bin Husin, YB Senator Dato' Dr Johari bin Mat, YAB Ustaz Dato' Ahmad bin Yakob, YB Senator Dr. Syed Husin Ali, YB Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, YB Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah dan YB Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar.
Hari ini dalam sejarah
Pertama kali saya ke pejabat seawal jam 7:30 pagi
Pertama kali menguruskan pertemuan Ahli Dewan Negara 4 negeri di JKR 10
Pertama kali berada sendirian di ruang tamu, tiba-tiba menyambut Tok Guru.Terkejut dengan kehadiran Tok Guru
Pertama kali melihat Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bantani secara dekat.Sheikh ada pertemuan dengan Tok Guru
Pertama kali juga, menyambut kunjungan hormat Menteri Besar Dato' Ahmad.Dato' MB dalam rangka pertemuan dan makan tengahari bersama Ahli Dewan Negara
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Semoga Allah merahmati semua insan-insan yang berjuang kerana ISLAM.Ameeen.
Buah tangan di Temu Rapat Ahli Dewan Negara
Saturday, October 5, 2013
Ucapan Ketua DMPNK
Bismillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengikuti Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan kali ke 40. Tahun ini diadakan pada 29 Zulkaedah 1434 H bersamaan 5 Oktober 2013 di Wisma Markaz Dewan Ulama (MADU).
Ucapan Ketua DMPNK.
tbc..huhu
Friday, March 22, 2013
Haflah Ilmu-Anak Muda Kelate
Haflah Ilmu Anak Muda Kelate
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Assalamu’alaikum
Inilah suasana tadi, Subhanallah sungguh ramai.This is Kota Bharu.Apabila hati bersatu kerana Islam yang satu.Allahu Akbar!
Saya hanya di rumah menguruskan Tayangan Perdana program ini di rumah bonda.Sepatutnya jadual saya di sana.Namun atas permintaan bonda saya di rumah akhirnya.Alhamdulillah line internet memberi kerjasama yang baik walaupun beberapa ketika tersekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)