Showing posts with label Tadabbur. Show all posts
Showing posts with label Tadabbur. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

6 Ramadhan 1437 H

Bismillah

Aku, al-Quran dan Ramadhan

Tadabbur Juz 6

Kisah Musa a.s dan Kaumnya

Ayat-ayat berikutnya mengisahkan Nabi Musa bersama kaumnya, Bani Israel. Musa meminta kepada mereka memasuki negeri yang  disucikan, iaitu Palestina yang telah ditetapkan dan dijanjikan Allah Taala kepada mereka.

(يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ)

(قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ)
[Surat Al-Ma'idah 21-22]

"Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang yang merugi. Mereka berkata: " Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang sangat kuat dan kejam, sesungguhnya kami sesekali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar dari sana, nescaya kami masuk"

Mereka berani menolak dan melanggar janji Allah Taala sehingga akibatnya mendapat seksa Allah swt.

(قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ)
[Surat Al-Ma'idah 26]

"Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama 40 tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (Padang Tiih) itu"


Padang / Banjaran Tiih, Semenanjung Sinai
Gambar : SEMAI 09-Ekplorasi Sejarah Menyatu Fikrah - HEWI PMRAM


Allah swt mengharamkan atas mereka memasuki negeri yang disucikan itu selama empat puluh tahun lamanya. Perintah agar memenuhi akad janji yang telah dilanggar oleh Bani Israel sehingga Allah menyempitkan lingkaran halal (kenikmatan) bagi mereka. Dari kisah tersebut berlaku kaedah umum dalam surah ini, iaitu ketika seseorang telah memenuhi janjinya, sesungguhnya Allah taala akan meluaskan nikmat atas orang itu. Sebaliknya ketika ia melanggarnya, maka Allah Taala akan menyempitkan nikmat-Nya.


Petikan
خواطر قرآنية: نظرات في أهداف سور القرآن
عمرو خالد
Khowatir Quraniyyah : Kunci Memahami Tujuan Surat-surat Al-Quran
Amru Khalid.


# Saya sempat sekali ke sini bersama HEWI PMRAM pada 2009, sungguh ke sana menjejak perjalanan dakwah nabi Musa yang menginsafkan. Mendaki sehingga puncak Jabal Musa / Thur Sina benar-benar membawa kami ke dalam atlas al-Quran. Ingin ke sana lagi, insha Allah.






Tuesday, November 4, 2014

Tadabbur Ayat 153 Surah Al-Baqarah

Bismillah
Assalamualaikum

Akhirnya, berjaya juga saya untuk memulakan sehari satu ayat untuk ditadabbur. Ye, masih semangat tahun baru lagi, semoga istiqomah!



يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين 
QS 2:153

Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat manusia untuk selalu meminta pertolongan kepada Allah swt dengan cara bersabar dan menunaikan solat dengan khusyuk.

Sabar terbahagi kepada dua, iaitu sabar ketika mendapatkan kesenangan dan sabar ketika mendapatkan kesusahan.Ketika kita menghadapi permasalahan, hendaknya kita mengembalikan semua urusan kepada Allah swt kerana Dialah Zat yang menentukan semuanya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sebagai kejutan bagi orang mukmin, Allah swt tidak akan menentukan sesuatu, kecuali Allah swt lebih tahu tentang apa yang lebih baik baginya."

Sabar mengandungi tiga perkara iaitu sabar meninggalkan sesuatu yang haram, sabar menunaikan ibadah dan kewajipan, serta sabar dalam menerima musibah daripada Allah swt.Semua musibah merupakan kehendak Allah swt telah disebutkan pula bahawa di sebalik kejadian menimpa, pasti terdapat hikmah yan sangat agung.
Al-Misbah Al-Munir fe Tahzib Tafsir Ibnu Kathir.

Dari Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw mendatangi seorang perempuan yang menangisi kematian anaknya.Beliau kemudian berkata kepadanya, " Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersabarlah".Kemudian perempuan itu menjawab, " Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku", tatkala beliau pergi, dikatakan kepada perempuan itu tahukah kamu yang baru saja berkata tadi adalah Rasulullah saw.Kemudian perempuan itu mendatangi beliau dan berkata bahawa dia tidak mengenalinya.Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya yang namanya sabar itu adalah ketika di mana kamu mula-mula ditimpa musibah"
HR Muslim, 1535.


AdyanaNur
6 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa




Thursday, July 3, 2014

Tadabbur Ayat Juz 1

Bismillah.
Assalamu’alaikum


 Masih tidak terlewat.

Juz 1 (Surah Al-Baqarah)

Tujuan utama adalah menceritakan tentang pengangkatan khalifah di bumi, pokok bahasan ini mengambil 286 ayat atau 2 juz setengah dari isi Al-Quran.

Ia terbahagi kpd:
Bahagian pertama : mengenai jenis2 manusia, kelompok manakah yg berhak memimpin dunia
Bahagian kedua : contoh kepimpinan pertama di dunia oleh Nabi Adam as
Bahagian ketiga : contoh kepimpinan yg gagal walaupun diberi tempoh masa yg sangat lama iaitu Bani Israel
Bahagian keempat : contoh kepimpinan yg sukses oleh Nabi Ibarahim as

Bahagian pertama
Ada 3 model kelompok manusia; orang bertaqwa, orang kafir dan orang munafik. Pilihlah model mana yg kita mahu tetapi hanya satu sahaja model yg dijadikan Allah swt sbg pemimpin dunia. Sifat pertama bagi kelompok orang bertaqwa adalah, beriman kpd perkara ghaib! sifat yg plg berbahaya dimiliki umat terdahulu adalah materialisme!

Bahagian kedua
Allah mengajarkan teknologi kehidupan, iaitu segala apa yg ada di bumi telah dijadikan dan diaturkan untuk khalifah tersebut.Ini sebagai peringatan buat mukminin bahawa mereka tidak dapat memimpin bumi tanpa mengetahui cara untuk mengaturnya. 

Bahagian ketiga
Allah menyebut pelbagai nikmat yg diberikan kpd Bani Israel, namun kesalahan pertama mereka adalah kerana materialisme. Kemudian mereka perbuat pelbagai siri dan bentuk kedurhakaan kpd Allah. Kisah Baqarah memperlihatkan bahawa Allah swt berkuasa ke atas segala sesuatu dan tidak semua urusan berlaku sebagaimana yg biasa kita lihat (materialisme). Kerana kesalahan Bani Israel yg amat besar, Allah swt telah melarang orang beriman untuk meniru mereka meskipun hanya dengan penggunaan istilah, kerana meniru (taqlid) itu akan membawa kpd kekufuran.

Bahagian keempat
Nabi Ibrahim as lulus pelbagai ujian dengan sangat sempurna. Inilah contoh kepimpinan yg sukses.
Dari kisah Nabi Adam as, kisah Bani Israel, sehingga ke kisah Nabi Ibrahim as, ayat-ayat pertama permulaan kisah-kisah ini dimulakan dengan ujian ketaatan kpd Allah swt.

Juz 1 berakhir dgn pesanan Nabi Yaaqub as kpd anak2nya tentang amanah kepimpinan ini yg perlu diwariskan kpd generasi selanjutnya, dengan mesej yg jelas; iaitu kita hanya menyembah Allah swt, dan kita hanya tunduk dan patuh (muslim) kpd Allah swt.

Rujukan: Khowatir Quraniyyah oleh Amru Khalid.
KakiBlog