Bismillah
Assalamualaikum
Akhirnya, berjaya juga saya untuk memulakan sehari satu ayat untuk ditadabbur. Ye, masih semangat tahun baru lagi, semoga istiqomah!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
QS 2:153
Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat manusia untuk selalu meminta pertolongan kepada Allah swt dengan cara bersabar dan menunaikan solat dengan khusyuk.
Sabar terbahagi kepada dua, iaitu sabar ketika mendapatkan kesenangan dan sabar ketika mendapatkan kesusahan.Ketika kita menghadapi permasalahan, hendaknya kita mengembalikan semua urusan kepada Allah swt kerana Dialah Zat yang menentukan semuanya.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sebagai kejutan bagi orang mukmin, Allah swt tidak akan menentukan sesuatu, kecuali Allah swt lebih tahu tentang apa yang lebih baik baginya."
Sabar mengandungi tiga perkara iaitu sabar meninggalkan sesuatu yang haram, sabar menunaikan ibadah dan kewajipan, serta sabar dalam menerima musibah daripada Allah swt.Semua musibah merupakan kehendak Allah swt telah disebutkan pula bahawa di sebalik kejadian menimpa, pasti terdapat hikmah yan sangat agung.
Al-Misbah Al-Munir fe Tahzib Tafsir Ibnu Kathir.
Dari Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw mendatangi seorang perempuan yang menangisi kematian anaknya.Beliau kemudian berkata kepadanya, " Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersabarlah".Kemudian perempuan itu menjawab, " Kamu tidak peduli dengan musibah yang menimpaku", tatkala beliau pergi, dikatakan kepada perempuan itu tahukah kamu yang baru saja berkata tadi adalah Rasulullah saw.Kemudian perempuan itu mendatangi beliau dan berkata bahawa dia tidak mengenalinya.Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya yang namanya sabar itu adalah ketika di mana kamu mula-mula ditimpa musibah"
HR Muslim, 1535.
AdyanaNur
6 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
No comments:
Post a Comment