Monday, November 10, 2014

12000 pejuang terbaik!

Bismillah
Assalamualaikum.

Memandangkan saya tak boleh share link youtube TGH Abdul Hadi, jadi bolehlah klik di sini untuk menonton videonya.

Syarat Untuk Menang.

Fastaqima istiqomah:

Mereka yang istiqomah walaupun jumlahnya sedikit boleh mengalahkan mereka yang lebih besar jumlahnya.
Maka Nabi sebut dalam satu hadith.

Mafhum sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik bersahabat 4 orang, sebaik-baik pasukan 400, sebaik-baik tentera 4000, dan orang Islam tidak boleh dikalahkan kalau jumlah mereka 12000 dengan sebab jumlah itu.”

Apa maknanya?
Maknanya sebaik-baik bersahabat 4 orang. Kalau kita berjalan, lebih afdhal 4 orang. Kalau kita 3 orang, kita bercakap dengan seorang yang seorang lagi kita tinggal. Boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak elok. Walaupun kita nampak remeh-temeh sahaja.

Maka Nabi ajar kalau hendak musafir 4 orang. 4 orang zaman ini satu kereta sudah kira elok. Maka 4 orang boleh berbual, tidak membiarkan yang seorang lagi. Sebaik-baik musafir 4 orang.
Sebaik-baik pasukan 400.
Sebaik-baik tentera 4000.

Kalau orang Islam jumlahnya 12000, yang bekerja, yang berjuang. Kalau kalah juga bukan dengan sebab jumlah tapi dengan sebab ada kelemahan kerana tidak ikhlas.
Kerana tidak ikhlas. Ada macam-macam dalam hati. Ada perasaan tidak jujur dalam hati, perasaan tidak ikut arahan, tidak taat, ikut kepala sendiri sahaja. Bila ada yang ikut kepala sendiri sahaja tidak ikut arahan, tidak taat.

Maka Tuhan tidak beri kemenangan lagi. Mengikut adat Nabi kata kalau 12000 petugas-petugas, boleh menang dengan jumlah tersebut. Kalau kalah juga, menandakan ada sebab.
Sebabnya kerana tidak ikut adab. Tidak ikut akhlak, tidak ikut perangai. Berasa cerdik, bila banyak orang ramai yang berasa dirinya cerdik, menyebabkan jadinya banyak kepala. Banyak kepala jadi punah perjuangan.




Walaupun perjuang kita betul, perjuangan kita benar. Tetapi kalau tidak ikut arahan, tidak taat, tidak ada adab, tidak ikhlas.
Maka Tuhan akan tangguhkan kemenangan. Itu maknanya.

Ini ialah kisah yang boleh kita ambil pengajaran daripada kaum bani Israel yang Tuhan sebut dalam al-Quran. Walaupun cerita ini cerita Nabi Musa, tetapi pengajarannya sampai hari kiamat.
Wallahu’alam.



AdyanaNur
18 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa




No comments:

Post a Comment

KakiBlog