Thursday, November 6, 2014

Our Lovely Cats

Bismillah
Assalamu'alaikum.

Semalam makanan kucing hampir habis. Lepas balik kerja singgah kedai borong beli makanan kucing "More-more please"  dan ke pejabat pos hantar barang Faizah kemudian singgah Klinik Haiwan Mahkota beli penyodok pasir "Litter Cat", yang sedia ada hilang entah ke mana. Yang beli ni comel, sebelum ni percuma.



Makanan kucing "More-more please"

Penyodok 

Litter Cat




Menjaga kucing bukan semudah yang disangka. Saya tiada pengalaman jaga kucing. Permulaan ada kucing di rumah saya pada tahun 2005, masa tu kami sekeluarga tinggal di Rumah Seri Kenangan. Adik bongsu memang peminat kucing. Sebelum ni banyak kali percubaan dia nak pero kucing, tapi ayah tak bagi.Ayah tak suka kucing.Kisah ayah dengan kucing memang cerita tak best. Jadi tiadalah kucing di rumah.Kadang-kadang tu, adalah kucing di rumah, bertujuan untuk menghalau tikus.



Fadhil dan kucing pertamanya


Pada tahun 2005 tu adik bongsu kami, Fadhil ada seekor kucing, saya kurang pasti sangat cerita kucing beliau.Dia pero senyap-senyap, sampailah kucing tu mati ketika beliau ada pertandingan bola sepak di Perak. Sedih sangat Fadhil masa tu.


Rasanya tiada kucing selepas tu sehinggalah tahun 2011, saya pulang bercuti, ada seekor kucing namanya Keceng.Comel sangat kucingnya, tapi matanya satu. Mengikut cerita Fadhil, Keceng tu kucing daripada kawannya. Matanya luka digigit musang. Fadhil dengan penuh kasih sayangnya merawat sampai sembuh. Setakat ni, Kecenglah kucing paling manja. Keceng pernah sakit, bengkak di pangkal ekor sehingga luka, kami bawa ke klinik, bagi ubat.Ekor Keceng tidak dapat diselamatkan, sedikit-sedikit ekor makin pendek. Sehinggalah kesihatan Keceng tidak menentu, mati pada Nov 2012. Rindu sangat dengan Keceng :( 



Keceng dalam kenangan 2010-2012


Gambar penuh Keceng di sini




Tahun ni, rumah kami dah mula bertambah kucing, sekawan dengan Keceng ada beberapa ekor kucing lain. Ada yang jumpa di jalanan dan dibawa balik.Ada tidak kekal lama.Beranak dan mati.Jadi tidak bertambah dengan banyak. Sehinggalah Along membawa balik Mimi ke rumah. Mimi dan anak-anak asalnya kucing di Nisa' Point. Saya dan Faizah jenuh minta nak bawa balik.Jawapan Along, TOK LEH! Tak tahu angin mana tiup Along, tiba-tiba dia minta saya dan Faizah ambil Mimi dan anak-anak.


Anak-anak Mimi ketika di Nisa' Point
(Proses memujuk Along)


Bermulalah kehidupan Mimi di Kampung Baung. Ibu-ibu kucing yang ada di rumah sebelum ni semua bekeng. Tak boleh sentuh. Dengan Mimi kami boleh berbuat demikian. Punyalah baik Mimi ni. Kalau bagi makan, semua anaknya dibiarkan makan dulu, lepas tu baru Mimi makan. Ada bersama Mimi seekor kucing anak yatim, yang Along minta jaga juga. Kucing anak yatim ni pun menyusu dengan Mimi. Patutlah kucing ni merupakan haiwan kesayangan Rasulullah. 


Seronok jaga Mimi, kami sekeluarga teruja dengan Mimi lagi-lagi Ma. Masa jaga Mimi lah makanan mula dibeli seguni-seguni, pakai litter cat, berulang alik saya ke klinik.Asal monyok sikit, klinik, luka sikit klinik, tak lalu makan klinik. Ahli Klinik Mahkota tu dah kenal kot muka saya dan Faizah. Sebelum pergi kerja Ma akan pastikan saya jamu dulu kucing-kucing. Sebelum tidur pun sama. 

Kucing-kucing di sini hanya di luar rumah, mereka tak dibenarkan masuk. Saya mementingkan kebersihan untuk solat terutamanya. Kucing hanya di luar rumah. Jarang sekali mereka masuk rumah melainkan terlepas masuk. Pernah juga membiarkan mereka bermain dalam rumah, tapi lepas satu  kawasan kena basuh.



Mimi dan anak-anaknya termasuk anak yatim (Hitam) di Kg Baung




Mimi tak sabar nak biskut ^^


Alhamdulillah, walaupun orang kata tak sama pelihara kambing lembu berbanding dengan kucing, tapi bagi saya satu hiburan bila ada kucing di rumah. Kelucuan kucing-kucing ini boleh menghilangkan penat bekerja :) Pagi-pagi turun tangga sama-sama hantar pergi kerja lah konon :p Kami adik-beradik suka share di whats app telatah kucing-kucing ni.


AdyanaNur
13 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa

No comments:

Post a Comment

KakiBlog