Sunday, October 12, 2014

Selamat kembali ke kuliah!

Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar LilBanat Mansurah. 
7 Januari 2012.

Hari ini secara rasmi Universiti Al-Azhar memulakan pengajian pada sesi ini. Saya tetiba rasa teruja, rasa nak sambung belajar membuak-buak dan ditambah lagi sekarang ni musim konvokesyen IPTA di Malaysia. Membuak-buak dan menggelegak. Fuh hiperbola. Doakan saya dapat sambung belajar :)

Alangkah rindunya zaman pengajian di Mesir. Hari-hari teringat, setiap masa setiap detik. Allahu. Alangkah lagi bernilainya sekiranya semua ilmu yang pelajari samada di Al-Azhar dan aktiviti PMRAM diaplikasi semaksimanya di Malaysia. Andai Al-Azhar itu berbentuk batang tubuh manusia, beliau pasti berbangga dan tersenyum dengan pencapaian kita di tanah air.

Saya teringat satu syair.Syair ini saya sentiasa tampal di depan ruangan study saya di Mansurah dan saya pernah buat kad ucapan sempena imtihan kepada anak usrah.Syair ini memberi maksud dan kesan yang mendalam.

Kad yang saya bawa balik ^^


من قصيدة قيمة للأمير الشعراء أحمد شوقي
Petikan daripada qasidah yang bernilai Raja Penyair, Ahmad Syawqi

قم في فم الدنيا وحى الأزهرا

وانثر على سمع الزمان الجوهرا
Bangkitlah di hadapan dunia dan bersegeralah ke Al-Azhar
Selerakkan permata berharga ke telinga zaman

يا طلاب الأزهر
Wahai penuntut-penuntut Al-Azhar

العلم في القلب الأتقى

والقلب بالحكمة يرقى
Ilmu itu di dalam hati yang taqwa
Dan hati yang berhikmah akan naik tinggi

يبرق في الدنيا برقا

من فيض أنوار الأزهر
Di dunia,ia berkilau gemilang
Daripada limpahan cahaya-cahaya Al-Azhar

يا قلعة المجد الزاهر

يا حصن قرآنى الطاهر
Wahai kubu kemuliaan yang menerangi!
Wahai benteng Al-Quran yang suci!

مستقبل الدنيا الباهر

أمسى مدينا للأزهر
Yang menghadap dunia dengan penuh cemerlang
Sentiasalah menjadi kredit kepada Al-Azhar

يا خير طلاب الدنيا

هيا بنا تسعى سعيا
Wahai penuntut terbaik di dunia!
Marilah bersama kami berusaha sedaya upaya

نحو دراسات عليا

إن نامت الدنيا نسهر
Ke arah pengajian yang lebih tinggi 
Di waktu dunia tidur, kita menyengkang mata

نستذكر العلم النافع 

وندرس الأدب الرائع
Mengulangkaji ilmu bermanfaat
Kita pelajari sastera yang hebat!

بعقل مجتهد بارع 

بالدين والتقوى يفخر 
Dengan minda cergas penuh kebijaksanaan 
Berbangga dengan agama dan taqwa

شرفكم ربى الرحمن 

بنور آيات القرآن 
Tuhanku al-Rahman memuliakan kamu 
Dengan cahaya-cahaya Al-Quran itu

لتغرسوا عطر الإيمان

في الزهر والنبت الأخضر
Supaya tertanam wangian Iman
Pada bunga (generasi lama) dan tunas kehijauan (generasi baru)

والله ربى يرعانا 

يحرسنا في دنيانا
Allah Tuhanku menjaga kita semua
Melindungi kita di alam dunia

حتى يكلل مسعانا

فكبروا : الله أكبر...! 
Sehingga ke akhir hayat yang sebenar 
Maka berserulah! Allah itu Maha Besar!

Suka sangat dengan bait-bait syair ni. Semangat!




No comments:

Post a Comment

KakiBlog