Thursday, March 3, 2016

Hidup Adalah Pengembaraan

Bismillah
Assalamualaikum

Hidup adalah pengembaraan di padang pasir yang tandus. Kadang-kadang ada juga tersimpan air di perut bumi, air yang sebenarnya air, tetapi kita tidak tahu di mana tempatnya. Kita mesti belajar mencarinya.

Hidup adalah pelayaran di laut lepas, ada masanya angin tenang, Selatan jadi, hingga bahtera bagai pucuk dilancarkan, dan kita pun tidak tahu bahawa badai besar akan datang dengan tiba-tiba.

Kemungkinan-kemungkinan dalam musafir ataupun dalam belayar mesti akan terjadi. Baik atau buruknya kita kaji. 

Oleh sebab perjalanan itu amat sulit, seyogyanya kita menerima petunjuk (hudan) dan jangan menampik atau membangkang (kufur). Dan selalu bermohon ditunjuki dalam perjalanan itu.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus."
- HAMKA 
(Tafsir al-Azhar, Surat An-Nur ayat 40)




Gambar:
Kota Lama Siwa yang dikelilingi lautan tasik garam, 90 km dari paras laut.

Rehlah Tarbawiyah Matroh Siwa
HEWI PMRAM 
26072009

Dicatat sebelum terbang ke Kuching Sarawak.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog