Bismillah
Assalamualaikum
Kali ini mahu berkongsi kisah seorang kanak-kanak Syria yang bernama Fares, saya belum terjemah dengan baik kisahnya, tapi akan datang saya akan post juga, mungkin boleh baca dulu post bahasa arab di facebook The Syrian Revolution 2011
"Berita ini mendapat perhatian di Lubnan, terutamanya di kalangan mereka yang kerap melawat jalan utama di Hamra, Beirut. Manakan tidak,Fares, seorang kanak-kanak Syria berumur 12 tahun menjual bunga di jalan utama Hamra semata-mata untuk membantu keluarganya.
Kisah Fares adalah sama sahaja dengan kisah-kisah pelarian Syria yang lain: dia terpaksa melarikan diri ke Lubnan bersama keluarganya kerana perang dan mula menjual bunga untuk membantu keluarganya, mereka kemudian membuat keputusan kembali ke Syria. pada bulan Julai tahun ini, salah seorang saudara Fares menulis bahawa Fares telah terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh US."
Sumber
No comments:
Post a Comment