Friday, January 30, 2015

Syarat-syarat Menghukum Kanak-kanak Sebagai Didikan Dalam Islam

Bismillah
Assalamualaikum

Seminggu sudah viral di media sosial tentang "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah". Saya bersetuju sekiranya ayatnya seperti ini, "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah sekiranya perbuatan itu tidak terkawal" atau "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah sekiranya sudah menghampiri penderaan?"
Ke camana?

Keratan akhbar Utusan Malaysia 24 Januari 2015

Saya terpanggil untuk mencari dengan detail beberapa rujukan tentang hukuman anak-anak untuk mendidik.

Saya suka kata-kata ini;
Luqman memberi nasihat kepada anaknya.

"Orang tua memukul anaknya,
sama seperti baja untuk tanaman."

Saya petik dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi Mendidik Anak karangan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, halaman 271.Nota kaki pada halaman ni, kata-kata Luqman ni bersumberkan Kitab Al-Iyal (1/510) karya Ibnu Abid Dunya.

Buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam karangan Dr Abdullah Naseh Ulwan yang menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam telah meletakkan beberapa syarat menghukum anak-anak antara tuntutan didikan.


Buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam versi bahasa arab dan bahasa Inggeris cetakan Dar as-Salam

Antara syarat untuk memukul anak-anak ialah sebagaimana berikut;

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan memukul apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak memukul anak-anak semasa dalam keadaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak memukul di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

4. Tindakan memukul (baca merotan) kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu pukulan maka terus dipukul sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dipukul (baca dirotan) sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan memukul (baca merotan) seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak memukul (Baca merotan) anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah (Baca rotanlah) mereka jika tidak solat apabila berumur 10 tahun

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan menukulnya (Baca merotannya) ketika mahu ddirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.


Rujukan:

1. Dr Abdullah Naseh Ulwan, Tarbiah al-Awlad, Jilid 2, cetakan ke-5 2007, Dar as-Salam, Mesir.
Muka surat 552-554

2. Dr Abdullah Naseh Ulwan, Child Education in Islam, cetakaan ke-2 2004, Dar As-Salam, Mesir
Muka surat 273-277

AdyanaNur
9 Rabiul Akhir 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa

No comments:

Post a Comment

KakiBlog