Monday, December 14, 2015

S.A.H.A.B.A.T

Bismillah
Assalamualaikum


Semuanya tetiba. Hari ini tetiba rasa nak kumpul gambar sahabat-sahabat dari dulu sampai loni. Sahabat syurga yang sentiasa bersama susah dan senang. Actually banyak lagi gambar, tapi saya kumpul yang saya agak yang ada nilai yang tinggi, macam nak jual pulok rasa.


Rindunya kalian :)

Pilihlah sahabat yang baik, yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya, agar kita lebih dekat denganNya setiap masa.
Mereka ini biasanya tidak mahukan apa-apa daripada kita, hanya yang mereka inginkan adalah kita dan mereka, suatu hari nanti dapat bersama-sama di dalam syurga.

"Perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi daripadanya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap." (HR Bukhari & Muslim)

Sunday, December 6, 2015

Hukum Mandi Wiladah

HUKUM MANDI WILADAH.

Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?

Jawapan:
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.

Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.

Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat.

Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.

#DSO. 5/12/2015.

Video

Sumber

Wednesday, November 25, 2015

Rufaidah binti Sa’ad Pakar Perawat Muslimah Zaman Rasulullah SAW

Bismillah

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah kerana rasa tiba-tiba teringat kepada seorang rakan yang mengenalkan saya kepada tokoh serikandi Rufaidah binti Sa'ad ini. Terus saya namakan serikandi sebagai tajuk pengisahan tokoh serikandi pada Nisa' Circle kali ini. Kisah ini bersmberkan beberapa sumber dan akhirnya terhasillah ringkasan ini. Jazakillah Ateh Syima :) dan semoga bermanfaat kepada peserta Nisa' Circle bulan ini.

Terimalah, 

Rufaidah binti Sa’ad Pakar Perawat Muslimah Zaman Rasulullah SAW

MUKADIMAH 

Dunia barat tersohor dengan jururawat pertamanya yang bernama Florance Nightingale sehinggakan beliau telah diwar war kan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor . Beliau dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820. 
Dikenali sebagai “The Lady with The Lamp” kerana bekerja gigih merawat askar-askar British yang luka ketika perang dan beliau mengasaskan Pendidikan Kejururawatan di St Thomas Hospital (1860), London dan meninggal dunia pada 1910.

Setelah Rasulullah menyebarkan risalah Islam, ramai tokoh ilmuwan lahir di bidang falsafah, astronomi, matematik dan bidang kesihatan. Dalam bidang kesihatan kita diperkenalkan dengan tokoh tokoh seperti Ibn Al Qayyiam al Jauzi, Ibn Sina, Abu Bakar ibn Zakaria Ar Razi, Imam al Ghazali, Abu Raihan al Biruni dan tidak ketinggalan seorang tokoh Muslimah yang diberi nama Rufaidah binti Sa’ad


PENGENALAN 

Nama : Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al Khazraj, 
Lahir : Yathrib dan tinggal di Madinah dan berasal dari kaum Ansar
Bapa : Seorang doktor dan beliau mempelajari ilmu perawatan saat membantu ayahnya  

Menurut Prof Dr Omar Hasan Kasule, ketika membentangkan kertas kerjanya di Konferens Antarabangsa Jururawat ke 3 “Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century” di Brunei Darussalam 1-4 November 1998 :


Rufaidah adalah perawat profesional pertama dimasa sejarah Islam. Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad SAW di abad pertama Hijriah/abad ke-8 Masihi


PERIBADI

Sejarah menggambarkan beliau sebagai perawat teladan, baik dan bersifat empati. Rufaidah seorang pemimpin yang berkebolehan dan tersusun, mampu memobilisasi dan memotivasi orang lain. Memiliki kemahiran klinikal yang dapat dikongsi kepada perawat pelatih yang bekerja dengannya.

Selain bekerja secara klinikal, beliau juga turun ke lapangan masyarakat untuk merawat masalah sosial yang boleh membawa kepada penyakit. Beliau adalah Jururawat awam bekerja untuk masyarakat, yang menjadi inspirasi kepada profesion perawat dunia Islam.


SUMBANGAN

Apabila Negara Islam terbina kukuh di Madinah, Rufaidah menawarkan dirinya untuk merawat muslim yang sakit. Beliau mendirikan khemah di luar Masjid Nabi SAW
Ketika perang, beliau mengetuai kumpulan jururawat sukarela yang memasuki medan tempur dan merawat tentera yang cedera parah. Antara perang yang disertainya adalah Uhud, Badr, Khandak dan Khaibar.
Khemahnya menjadi terkenal ketika perang kerana Rasulullah mengarahkan tentera yang cedera di bawa ke khemah Rufaidah
Perang Khandaq – Rufaidah mendirikan khemah hospital di medan tempur. Rasulullah mengarahkan Sa’ad bin Ma’adh yang terluka ketika perang dipindahkan ke khemah Rufaidah
Rufaidah merawat Sa’ad, mencabut panah dari tangannya hingga keadaan Sa’ad menjadi stabil. Rasulullah SAW menziarahi Sa’ad di khemah hospital beberapa kali sehari. Sa’ad kemudiannya wafat dalam peperangan Bani Quraizhoh

KERJA MASYARAKAT DAN SUKARELAWAN

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabat perempuan sebagai jururawat di zaman Rasulullah. Ketika tentera Rasulullah bersedia untuk ke Perang Khaibar, Rufaidah dan pasukan jururawat sukarela pergi bertemu Rasulullah untuk meminta izin turut serta.
“Wahai Pesuruh Allah, kami mahu ikut kamu ke medan perang dan merawat tentera muslim yang terluka sebanyak mana yang kami mampu”
Pasukan jururawat telah melaksanakan tugas dengan baik sehingga Rasulullah membahagikan harta rampasan perang kepada beliau. Bahagian yang diperolehinya menyamai bahagian seorang tentera. Ini adalah pengiktiran di atas kerja kerasnya dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

Sumbangan Rufaidah bukan sahaja terbatas dengan merawat pesakit yang terluka. Bahkan, beliau terlibat dengan kerja kemasyarakatan dengan menolong ; orang miskin, anak yatim, dan orang kurang upaya. 

Beliau menjaga kebajikan anak-anak yatim, merawat mereka dan mengajar anak anak yang buta huruf.
PENUTUP 
Personaliti Rufaidah yang baik dan empati dapat menenangkan pesakit ditambah lagi dengan rawatan perubatan yang diberikan. Sentuhan sisi kemanusiaan merupakan aspek yang penting bagi seorang perawat dan perlu diseimbangkan dengan sisi teknologi masa kini.

Sejarah telah merakam nama nama wanita yang telah bekerja bersama Rufaidah : Umm Ammara, Aminah, Umm Aiman, Safiyat, Umm Sulaim dan Hind. Wanita muslim yang juga terkenal sebagai jururawat adalah : Ku’ayibat, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyat, Umm ‘Atiyyah al Ansariyat dan Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyat. 



Sumber Rujukan :

Al Fanjari, Ahmad Shawqi: Rufaidah, Awwal Mumaridhat fi al Islam. Dar al Qalam. Kuwait 1980CE.
Hamarneh, Sami Khalaf: Tarikh Turath al 'Uluum al Tibiyyat 'Inda al 'Arab wa al Muslimiin. Yarmouk University 1406 AH/1986 CE
'Asqalanai, al Imaam al Hafidh Ahmad bin Ali bib Hajar. Al Isabat fi tamyiiz al Sahabat. Dar al Kitab al 'Ilmiyat. Beirut 1415AH/1995CE
*   Paper Presented at the 3rd International Nursing Conference "Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century" held in Brunei Dar as Salam 1st-4th November 1998


http://www.irfi.org/articles/articles_401_450/rufaidah_bint_sa.htm


Wednesday, November 4, 2015

Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib

Bismillah 
Assalamuailakum

إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Baru sahaja tahun lepas dikejutkan berita pemergian Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan ketika sedang nnadoh kitabnya Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah.
Semalam menerima berita berita pemergian penulis kitab Risalah Ta'alim, Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib.Kitab yang ku kilik satu ketika dulu dan loni didiskusikan dalam Usrah Ameerah Pengkalan Chepa.

Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Syura dan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin mengarang kitab yang menjadi rujukan pejuang Islam seluruh dunia iaitu "Risalah Taalim".
Moga Allah menempatkan ulama' yang berjuang di kalangan nabiyyin,shuhada' dan orang-orang soleh.


Saturday, July 25, 2015

Waktu dan Kematian

[ Menyia-nyiakan Waktu Lebih Berbahaya Dari Kematian ]

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah :

إضاعة الوقت أشد من الموت ، لأن إضاعة الوقت تقطعك عن الله والدار الآخرة ، والموت يقطعك عن الدنيا وأهلها

"Menyia-nyiakan waktu lebih berbahaya dibanding kematian.

Karena menyia-nyiakan waktu akan memutusmu dari Allah dan negeri akhirat.

Adapun kematian hanya akan memutusmu dari dunia dan penghuninya."

(Al Fawaaid)

Friday, July 24, 2015

Kisah Fares dan Mawar

Bismillah
Assalamualaikum

Kali ini mahu berkongsi kisah seorang kanak-kanak Syria yang bernama Fares, saya belum terjemah dengan baik kisahnya, tapi akan datang saya akan post juga, mungkin boleh baca dulu post bahasa arab di facebook The Syrian Revolution 2011 




"Berita ini mendapat perhatian di Lubnan, terutamanya di kalangan mereka yang kerap melawat jalan utama di Hamra, Beirut. Manakan tidak,Fares, seorang kanak-kanak Syria berumur 12 tahun menjual bunga di jalan utama Hamra semata-mata untuk membantu keluarganya.

Kisah Fares adalah sama sahaja dengan kisah-kisah pelarian Syria yang lain: dia terpaksa melarikan diri ke Lubnan bersama keluarganya kerana perang dan mula menjual bunga untuk membantu keluarganya, mereka kemudian membuat keputusan kembali ke Syria. pada bulan Julai tahun ini, salah seorang saudara Fares menulis bahawa Fares telah terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh US."

Sumber

Thursday, July 2, 2015

Hukum Puasa Perempuan Mengandung & Menyusu Anak

Bismillah
Assalamualaikum

Fatwa Sayyidina Ibnu Abbas ra.
Wanita hamil yang bimbang akan keselamatan dirinya atau janinnya boleh berbuka puasa.

Ibnu Abbas mempunyai dua riwayat:

Pertama: Tak Perlu Qadha' cukup dengan bayar fidyah sahaja.

Kedua: Kena Qadha' setelah sihat kembali tidak memadai dengan bayar fidyah sahaja.
[Riwayat Ab Razzaq, Al Musannaf 4/218].

Riyawat kedua ini berittifaq dengan pandangan majoriti ulama'.

Maka pandangan yang kedua inilah yang diamalkan. 

Kerana pandangan seorang sahabat apabila berbeza dengan sahabat lain maka tidak boleh dijadikan hujjah. Apalagi dalam masalah ini pandangan beliau sendiri menyalahinya. Wallahu A'lam.

AAM, 14 Ramadhan 1436H.

Lihat penjelasan di;
*AAM; Hukum Puasa Perempuan Mengandung & Menyusu Anak.

https://youtu.be/MhmsKX7ghlU



Sunday, June 28, 2015

Anak Palestin dan Al-Quran

Bismillah 
Assalamualaikum

Sehari dua ni rasa macam agak tercabar dengan pencapaian adik-adik di Palestin berjaya menghafal Al-Quran dalam masa kurang sebulan. Oh sangat!

Eh, bahasa deme mestilah mudah nak hafal!
Ye benar, tapi umur dah masuk 3 series ni, separuh pun belum sampai. Allah. Bezanya istiqamah (Baca rajin) sahaja sebenarnya. Teringat masa zaman mengaji dulu, mengakulah, ambo sendiri payah benar nak hafal Al-Quran, sehingga beberapa teknik dan cara cuba. Sehinggalah ada satu teknik yang selesa dengan ambo. Siapa nak tahu cara ambo hafal, boleh pm :p


Adik Muhannad Farid al-Hassani 

Adik Muhannad Farid al-Hassani ni dari Utara Semenanjung ‪#‎Ghazzah‬ berjaya menghafaz Al-Quran selama 26 hari pada musim panas yang lepas. Boleh tengok gambar beliau semasa menghafal Al-Quran. Macam-macam gaya.

Ahmed Husain Haniyeh 

Selepas Adik Muhannad Al-Hasani yang telah menamatkan hafazan Al-Quran selama 26 hari, di Masjid Awdah Utara Semenanjung Ghazzah, Ahmed Husain Haniyeh yang menyempurnakan hafazan dalam tempoh kurang sebulan. Lebih kurang juga tempoh dengan adik Muhannad. Pun macam-macam gaya dalam proses menamatkan hafalan.

Teruja dan semangat tengok kedua-dua adik ni. Sekarang ni dah ada macam-macam teknik menghafal dengan mudah, seperti teknik Hafazan Al-Quran Teknik Neurofisiologi, dan buku-buku yang berkongsi tentang tips-tips menghafal Al-Quran. Nak dan tak nak je.



Ustaz Mohd Nasir bin Yaacob

Bismillah 

Assalamualaikum

Pagi hari ni, menerima berita sedih. Innalillahi Wainna Ilayhi Rojiun, Ustaz Nasir Yaacob kembali ke rahmatullah.



Semalam teringat ko ustaz Nasir...tiba-tiba teringat...mungkin sebab sokmo juga guna buku nahu ustaz sapa loni, sehingga ke Mesir buku ustaz dikilik smile emoticon Ambo meme lemoh nahu, Ustaz ajar nahu masa SMU sapa jijok kaana wa akhowatuha sampai Fa3il, Naib Fa3il..

Kali terakhir jumpa Ustaz, masa gotong-royong banjir baru ni.

Allahummaghfirlahu, warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

Saturday, June 27, 2015

Bahagia Tuh Di Sini

Bismillah 
Assalamualaikum

Setelah sebulan berlalu, Nisa' Circle kini kembali pada bulan Ramadhan di Madinah Ramadhan. Alhamdulillah dengan tenaga kudrat ajk UPI hanya tinggal 3 orang  (Fadhilah sudah berpindah ke UPK) dan pada hari kejadian dua orang sahaja menghadirkan diri Hiluani dan Islamiah, Syila masih di KBMC, tiga termasuk ambo, kami melangkah seperti biasa. Kami dibantu sahabat syurga, Asma dan Syazwani yang bertindak sebagai pengisi pada kali ini. Kami sangat menghargai pengorbanan mereka. Dan kami rindu kelibat Fadhilah di Nisa' Circle :'(




Thursday, June 18, 2015

Thursday, April 23, 2015

8 Resipi Mudah Untuk Detoks

Bismillah
Assalamualaikum

Sana-sini orang duk share tentang Detoks. Saya pun tak tahu benda apa, sehinggalah saya tengok Along beria-ia minta saya beli lemon.



1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.


Sumber

Thursday, April 16, 2015

Time is Life is TIME




Masa adalah Kehidupan
Imam Hasan al-Banna rahimahullah menyebut :
Barangsiapa mengetahui hakikat waktu, maka dia telah mengetahui hakikat kehidupan itu sendiri.
Seorang faqih, penyair dan juga sasterawan 'Umarah al-Yamani rahimahullah menyatakan di dalam qasidahnya :
"Apabila modalmu dalam kehidupan ini adalah umurmu, maka janganlah kamu hulurkan ia pada hal yang tidak perlu."

Monday, April 13, 2015

Kenapa?

Bismillah

Assalamualaikum.


Kadang-kadang akan hadir satu perasaan, iaitu sedih. Persoalan, iaitu kenapa?. Penyesalan...ampunkan hambaMu.
:(

"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik dua jari. Itupun belum pasti berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaik diri menjadi sebaik-baik hamba Allah. 

Teruslah melangkah meskipun dalam kepayahan, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah,sedangkan kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah. 

Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba.

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus menuju jalanNya"



Rijal Shodaqu

Bismillah
Assalamualaikum


(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا)

[Surat Al-Ahzab 23]



ا.د.محمد بديع " لو أعدموني ألف مرة... والله لا أنكص عن الحق ... اننا لم نكن نهذي حين قلنا أن الموت في سبيل الله 
أسمى أمانينا"

Andai aku digantung 1000 kali, demi Allah, aku tidak akan berpaling daripada kebenaran. Sesungguhnya kami tidak pernah bermain-main apabila kami berkata; Mati di jalan Allah itu cita-cita tertinggi kami..

'Dr Muhammad Badie'



Saturday, April 4, 2015

Ini Kisah Huda

Bismillah 

Assalamuaalaikum
Sudah lama saya ingin berkongsi cerita tetang sekeping gambar ini, tapi tidak ada masa untuk mengorek kisah tentang gambar ini.

Ini adalah kisah Huda dan wartawan jurugambar Osman Sagirli.


Dia bukan sedang bergaya. Dia dalam ketakutan amat. Anak kecil ini bernama Huda berusia empat tahun dari Hama Syria merupakan pelarian di Kem Pelarian Atmeh مخيم اطمه للاجئين di sempadan Turki. Dia bersama ibunya di kem pelarian setelah ayahnya meninggal dunia dalam pembunuhan beramai-ramai Hama.

Lensa kamera diangkat ke arahnya, dia terus mengangkat tangan dan tunduk. Dia menyangka lensa kamera wartawan adalah senjata seperti yang diacukan oleh tentera rejim Assad, lalu dia terus angkat tangan tanda menyerah diri.

Oh adik tidak dapat ku bayangkan betapa kamu hidup dalam keadaan ketakutan.Semoga anak-anak Syria terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan mereka walau tanpa ibu ayah di sisi. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian.
Allah akan menjaga kalian insha Allah. Dunia ini adalah perjalanan sementara. Semoga bertemu nanti di syurga.


https://www.facebook.com/hamza.alshaheed/photos/pb.175737975813435.-2207520000.1428078160./822356634484896/?type=3&theater

http://www.althaer.com/news/196153

http://www.bbc.com/news/blogs-trending-32121732



Thursday, April 2, 2015

Buku Ensiklopedia Hadits

Bismillah

Assalamualaikum.



Buku Ensiklopedia Hadits  ini sampai jua (4 jilid pertama) di Kota Bharu dengan bantuan adik saya Ahmad Fauwaz. Beliau ke Kuala Lumpur untuk menghantar kereta kepada isterinya. Macam-macam cara saya fikir bagaimana untuk bawa balik kitab ni dengan harga yang murah. Huhu. Akhirnya inilah pilihan saya. Kena bayar duit tol je lah :D

Saya sebelum memutuskan untuk membeli kitab ini, banyak agen, kedai buku online saya survey dulu harga. Pertama sekali tengok iklan di Solusi RM 1,500.00, yang ni kena buat loan. Lama-lama semangat memiliki kitab ni semakin pudar dengan harga  ribu riban ni. Akhir sekali kawan saya hantar telegram promosi kitab ni RM 999.00. Saya memang tak tidur malam memikirkan kitab ni. Nak ke tak nak. Nak ke tak nak? Sehingga ke Jakarta saya memikirkan. Konon kan boleh pegi jalan-jalan beli kitab ni. Akhirnya tidak juga. 

Sehinggalah saya terbaca di facebook, ada kenalan menunjukkan dia membeli kitab tu dengan harga RM 1,500.00! Tanpa buang masa saya terus wasap book kitab tu. Masa tu duit memang tak cukup. Kalau ada pun nak guna untuk benda lain. Huhu. 

Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka, berjaya juga saya kumpul duit tanpa pinjam. Hanya minta doa daripada ma supaya dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah :)

Kenapa saya beria benar nak memiliki kitab ni?

1 set lengkap mengandungi 8 jilid kitab hadith. Menghimpunkan Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud,Jami' at-Tirmizi
Sunan an-Nasa'ie, dan Sunan Ibnu Majah. Ensiklopdia ini mengandungi 32,000 lebih hadith juga terjemahan yang mudah difahami serta mempunyai tanda baris yang lengkap dan mudah. Best kan?

Sekarang ni ramai orang menyebarkan hadith yang palsu yang bukan bersandarkan Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jadi, inilah rujukan terbaik saya bila ada kemusykilan. Lagi-lagi dah ada terjemahan :D Sebelum ini saya ada kitab bahasa arab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Saya pernah menadah kitab Sahih Bukhari di Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM, walaupun belum tamat, saya bercita-cita mahu menamatkan juga, insha Allah.

Tuesday, March 31, 2015

PMRAM Tetap Di Hati

Bismillah 
Assalamualaikum.

Saya tidak berniat untuk menulis tentang ini. Tentang pembekuan PMRAM di Mesir. Boleh baca di sini dan di sini. Tapi rasa terpanggil untuk menukil sedikit rasa sedih di hati. Hari ini telah menjadi sejarah berulang. Semoga tangan-tangan yang jahat mendapat balasan yang setimpal.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.


Surah AsSof ayat 8 - 9


Pernah ditanya kenapa PMRAM sentiasa disebut saya, sedangkan sudah dua tahun (Kini tiga tahun) saya meninggalkan bumi Mesir itu. 


Saya jawab, PMRAM pernah menjadi sebahagian hidup saya, dan saya merasakan tempoh saya berada di Mesir adalah sebahagian masa dalam hidup saya. Terasa lama walaupun empat tahun cuma.

Sudah pasti saya amat merindui PMRAM dan Mesir yang membesarkan saya seperti hari ini. PMRAM banyak membantu kerja buat saya sehingga kini. Tema Belajar dan Beramal , Belajar dan Berbakti sangat sebati dan dekat di hati.

Saya amat merindui Mesir. Apa-apa yang hal, atau berita yang berlaku di Mesir, saya memang beria-ia untuk mengetahuinya. 

Saya berdoa semoga Allah sentiasa menjaga PMRAM dan MESIR. Ujian untuk PMRAM sangat hebat dulu hingga kini, tidak pernah sunyi. Semasa di sana, dan selepas pulang ada satu hal yang saya sangat ingat. Allah tak buat satu perkara yang sia-sia, saya yakin dengan didikan PMRAM dan Mesir akan lahir insan-insan hebat yang akan berjuang di Malaysia nanti.

Tuesday, March 24, 2015

PRK N 06 DUN Chempaka


Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah tiba juga hari yang ditunggu-tunggu, 22 Mac 2015. Kali kedua saya membuang undi. Kami bertiga berpagi-pagi lagi keluar markaz Muslimat untuk membuang undi di SMK Pengkalan Chepa 1. Lebih kurang jam 8:15 pagi sudah sampai di SMK PC 1. Pada masa yang sama, calon PAS Ustaz Fathan turut membuang undi di pusat mengundi yang sama. Kami satu UPU, UPU Baung!


Kami sudah mengundi, kanan Wan, kiri Hiluani. 
(Yang tengah tu bukan pengundi hantu..Huhu)


Kertas undi



Kempen di Bangsal Panas.
Lokasi di SK Parang Puting



Alhamdulillah.

KEPUTUSAN RASMI PENGIRAAN UNDI PRK N.06 CHEMPAKA
PAS: 10,899
KUNCI: 89
PEN: 51
BUKU: 27
GAJAH: 807
MAJORITI: 10,092

Wednesday, March 11, 2015

Penamaan Calon PRK N06 DUN Chempaka

Bismillah
Assalamualaikum

Tiba sudah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari penamaan calon dan hari bermula secara rasmi kempen PRK N06 DUN Chempaka.

Suasana di PUTIK sebelum perarakan penamaan calon ke MRSM Pengkalan Chepa.

Perarakan penamaan calon ke MRSM Pengkalan Chepa.

Perarakan penamaan calon ke MRSM Pengkalan Chepa.

Ameerah DUN Chempaka (y)

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah 




Thursday, February 19, 2015

Musafir ke Jakarta

Bismillah 
Assalamua'alaikum.

Alhamdulillah. Saya berpeluang ke Jakarta bagi mengiringi delegasi Malaysia ke International Muslim Women Union yang diadakan di Jakarta. Bagai mimpi. 11 Februari petang saya dimaklumkan untuk ke Jakarta, 12 Februari saya buat renew passport dan 13 Februari saya berangkat ke sana. Persiapan bagaikan ribut. Alhamdulillah ala kulli hal.


Wednesday, February 18, 2015

Perginya Murobbi Ummah Tok Guru

Bismillah
Assalamu'alaikum

12 Februari 2015
Hari itu telah dilalui dengan kelelahan. Saya berpagi ke Jabatan Imegresen untuk memperbaharui passport dan membeli beberapa barang kiriman ma. Sampai di rumah hampir asar. Saya terlelap akibat sakit kepala amat dan tersedar dari tidur selepas maghrib. Saya mula mengemas barang untuk bermusafir selama empat hari ke Jakarta. 

Selesai mengemas, Along mengetuk pintu bilik dan memaklumkan kepada saya, Na, Tok Guru tak dok doh.

Ya Allahhhhh.
Air mata mula jatuh berderai.

Saya terus mendapatkan telefon yang berada di tingkat bawah. Ada  hampir 10 panggilan yang tidak dijawab. Berita ini benar-benar saya terima. Bukan palsu sebagaimana biasa.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.



Bersambung...

Friday, January 30, 2015

Syarat-syarat Menghukum Kanak-kanak Sebagai Didikan Dalam Islam

Bismillah
Assalamualaikum

Seminggu sudah viral di media sosial tentang "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah". Saya bersetuju sekiranya ayatnya seperti ini, "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah sekiranya perbuatan itu tidak terkawal" atau "Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah sekiranya sudah menghampiri penderaan?"
Ke camana?

Keratan akhbar Utusan Malaysia 24 Januari 2015

Saya terpanggil untuk mencari dengan detail beberapa rujukan tentang hukuman anak-anak untuk mendidik.

Saya suka kata-kata ini;
Luqman memberi nasihat kepada anaknya.

"Orang tua memukul anaknya,
sama seperti baja untuk tanaman."

Saya petik dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi Mendidik Anak karangan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, halaman 271.Nota kaki pada halaman ni, kata-kata Luqman ni bersumberkan Kitab Al-Iyal (1/510) karya Ibnu Abid Dunya.

Buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam karangan Dr Abdullah Naseh Ulwan yang menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam telah meletakkan beberapa syarat menghukum anak-anak antara tuntutan didikan.


Buku Tarbiyatul Awlad Fil Islam versi bahasa arab dan bahasa Inggeris cetakan Dar as-Salam

Antara syarat untuk memukul anak-anak ialah sebagaimana berikut;

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan memukul apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak memukul anak-anak semasa dalam keadaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak memukul di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

4. Tindakan memukul (baca merotan) kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu pukulan maka terus dipukul sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dipukul (baca dirotan) sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan memukul (baca merotan) seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak memukul (Baca merotan) anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah (Baca rotanlah) mereka jika tidak solat apabila berumur 10 tahun

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan menukulnya (Baca merotannya) ketika mahu ddirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.


Rujukan:

1. Dr Abdullah Naseh Ulwan, Tarbiah al-Awlad, Jilid 2, cetakan ke-5 2007, Dar as-Salam, Mesir.
Muka surat 552-554

2. Dr Abdullah Naseh Ulwan, Child Education in Islam, cetakaan ke-2 2004, Dar As-Salam, Mesir
Muka surat 273-277

AdyanaNur
9 Rabiul Akhir 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa
KakiBlog