Bismillah
Assalamualaikum.
Buku Ensiklopedia Hadits ini sampai jua (4 jilid pertama) di Kota Bharu dengan bantuan adik saya Ahmad Fauwaz. Beliau ke Kuala Lumpur untuk menghantar kereta kepada isterinya. Macam-macam cara saya fikir bagaimana untuk bawa balik kitab ni dengan harga yang murah. Huhu. Akhirnya inilah pilihan saya. Kena bayar duit tol je lah :D
Saya sebelum memutuskan untuk membeli kitab ini, banyak agen, kedai buku online saya survey dulu harga. Pertama sekali tengok iklan di Solusi RM 1,500.00, yang ni kena buat loan. Lama-lama semangat memiliki kitab ni semakin pudar dengan harga ribu riban ni. Akhir sekali kawan saya hantar telegram promosi kitab ni RM 999.00. Saya memang tak tidur malam memikirkan kitab ni. Nak ke tak nak. Nak ke tak nak? Sehingga ke Jakarta saya memikirkan. Konon kan boleh pegi jalan-jalan beli kitab ni. Akhirnya tidak juga.
Sehinggalah saya terbaca di facebook, ada kenalan menunjukkan dia membeli kitab tu dengan harga RM 1,500.00! Tanpa buang masa saya terus wasap book kitab tu. Masa tu duit memang tak cukup. Kalau ada pun nak guna untuk benda lain. Huhu.
Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka, berjaya juga saya kumpul duit tanpa pinjam. Hanya minta doa daripada ma supaya dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah :)
Kenapa saya beria benar nak memiliki kitab ni?
1 set lengkap mengandungi 8 jilid kitab hadith. Menghimpunkan Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud,Jami' at-Tirmizi
Sunan an-Nasa'ie, dan Sunan Ibnu Majah. Ensiklopdia ini mengandungi 32,000 lebih hadith juga terjemahan yang mudah difahami serta mempunyai tanda baris yang lengkap dan mudah. Best kan?
Sekarang ni ramai orang menyebarkan hadith yang palsu yang bukan bersandarkan Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jadi, inilah rujukan terbaik saya bila ada kemusykilan. Lagi-lagi dah ada terjemahan :D Sebelum ini saya ada kitab bahasa arab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Saya pernah menadah kitab Sahih Bukhari di Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM, walaupun belum tamat, saya bercita-cita mahu menamatkan juga, insha Allah.
No comments:
Post a Comment