Monday, December 12, 2011

Where Are You???


Tadi saya lalu tepi Masjid Umar Makram di Tahrir lalu ternampak banner ini...ditulis Where Are You sebagai seruan SELAMATKAN RAKYAT SYRIA...saya terdiam tanpa tiada suara yang bertanya kepada saya...saya nak jawab apa?saya telah buat apa?


Di banner itu ada banyak bendera beberapa buah negara termasuklah bendera negara kita yang tercinta...apa yang kita tahu tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya di sana...Apa yang berlaku di sana sebenarnya?


Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!?


Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik seperti ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


Rejim Basyar telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.


Pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid.Dianggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.


Seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.


Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.


Apa peranan kita sebenarnya?
Semoga kita terus berdoadan berdoa...jangan lupa ceritakan kepada dunia tentang umat Islam sekarang ni...mereka saudara kita...


"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dari bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di muka bumi ini."- Wasiat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb...

No comments:

Post a Comment

KakiBlog