Monday, December 26, 2011

Impian saya!


Jika saya berpeluang untuk menulis di kereta impian Parti Kebebasan dan Keadilan. Saya akan menulis dua perkara.Yang pertama sebelum pulang ke Malaysia, saya mesti menjejakkan kaki saya ke Markaz Am Ikhwan Muslimin di Al-Muqattam dan yang kedua, saya mahu datang sini lagi!
Alhamdulillah! 

Semalam akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke bangunan 5 tingkat Markaz Ikhwanul Muslimin di Al-Muqattam.
Rasa macam tidak percaya.Pencarian memakan masa selama sejam termasuk berhenti solat isyak.Susahnya perjuangan.Saya dan sahabat saya hanya masuk di kaunter pertanyaan dan bertegur sapa dengan ustaz yang menjaga kaunter, hanya sekejap cuma yang berakhir dengan bergambar kenangan.Teruja!

Kalau ada 8 benda yang ajaib atas muka bumi ini, maka bangunan inilah salah satunya.Anda bayangkan, semasa zaman kegelapan Mesir bawah pemerintahan kejam, Ikhwan Muslimin diharamkan dan disekat dari segenap penjuru.Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh.

Selepas kejatuhan Mubarak pada 11 Februari 2011, Ikhwan Muslimin bangkit menzahirkan dirinya ke dunia luar. Ikhwan Muslimin sangat berperanan besar semasa Revolusi 25 Januari 2011.Natijahnya, sekarang IM telah memiliki bangunan sendiri yang tersergam indah di alamat No.10, Jalan Muqattam,Kaherah.





No comments:

Post a Comment

KakiBlog