Thursday, December 29, 2011

Kisah diktator Tunisia yang digulingkan oleh penjual sayur

Mohamed Bouazizi dipilih The Times sebagai person of 2011

Mohamed Bouazizi adalah seorang tukang sayur, yang menjadi punca kemarahan rakyat atas sang penguasa. Dia masih muda, usianya 26 tahun. 
Lelaki itu nekad dengan membakar diri, setelah barang jualannya disita polis di bandar Sidi Bouzid pada 17 Desember 2010. Berhari-hari dirawat di hospital, Bouazizi akhirnya meninggal pada 4 Januari 2011.

Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita akibat kemiskinan. Negeri itu dilanda krisis keperluan hidup. Peluang pekerjaan yang sangat susah, dan rakyat hidup dalam politik yang sangat teruk yang tidak mendengar luahan rakyat.

Bouazizi tiada pilihan beliau merupakan harapan keluarga yang mana beliau perlu menyara ibu dan adiknya.Disebabkan itulah dia bekerja apa sahaja untuk demi sesuap nasi walaupun sebagai penjual sayur dan buah.

Tak jelas benar latar pendidikannya. Televisyen CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Merupakan siswazah tetapi akibat sukar untuk mendapatkan pekerjaan seperti graduan yang lain, beliau terpaksa menjual sayur dan buah.

Mannoubia Bouazizi, ibu Bouazizi memandang gambar anaknya di rumah mereka di Sidi Bouzid


Tapi, adiknya Samia Bouazizi membeeri maklumat yang berbeza seperti dilaporkan oleh laman Gulf News. “Abangku berusia 26 tahun, dan tak lulus sekolah menengah atas. Jadi dia hanya menjual buah dan sayur untuk menyara dirinya, dan keluarga,” ujar Samia.

Pada 17 Desember 2010, adalah hari yang malang bagi Bouazizi. Barang jualannya dirampas polis. Alasannya, dia berniaga tanpa permit. Lelaki malang itu lalu mengadu ke pejabat gabenor di Sidi Bouzid. Dia meminta keadilan. Tuntutannya sederhana dan biasa: hanya meminta barang dagangannya dikembalikan dan dibenarkan berdagang kembali.

Tapi, teriakan Bouazizi seperti hilang ditiup angin. Tak seorang do pejabat itu peduli. Bouazizi pun putus harapan. Dia lalu nekad: menyiramkan dirinya dengan minyak, lalu menyalakan api. Di depan pejabat gabenor yang angkuh itu pun tubuhnya terbakar.

Walaupun tubuhnya dijilat api,namun umurnya masih panjang.Separuh badannya cedera dan menahan pedih kesakitan berhari-hari di hospital.Tetapi akibat luka terbakar parah, Bouazizi akhirnya meninggal dunia.

Peristiwa itu menyentak seluruh warga Tunisia.Bouazizi menjadi topik utama yang sangat tragis bagi nasib mereka.Di tengah-tengah  krisis keperluan hidup, pengangguran yang teruk di Tunisia.Harga keperluan asas seperti roti, gandum, dan gula kehabisan dengan cepat.Kemarahan rakyat mula membangkit.Demontrasi meledak dan kemarahan tersebar ke seluruh negara.

Seminggu kemudian setelah Bouazizi membakar diri, Presiden Ben Ali melawat pemuda malang itu. Dia datang ke hospital pada 28 Desember 2010. Tapi Ben Ali tak peduli dengan kemarahan rakyat. Dia malah memanggil demonstran sebagai pengganas kepada demonstran yang membuat onar.
Malah Ben Ali mengerahkan pihak keselamatan mengawal keadaan, setelah itu korban mula meningkat.Kebencian terhadap Ben Ali membarah di hati rakyat.Makin menggila.Kemarahan ini tidak dapat dibendung.


Rakyat Tunisia lalu menapak di jalanan. Mereka menuntut Ben Ali turun. Akhirnya, pada 14 Januari 2011, Ben Ali yang tak lagi dipercaya rakyat itu pun diam-diam melarikan diri ke Arab Saudi bersama keluarganya. Tunisia kini dibiarkannya terombang-ambing. Tak ada pemerintahan kerajaan sementara.
Aksi Bouazizi bahkan menjadi ilham bagi negara tetangga. Selama 15-18 Januari 2011, sudah 10 orang membakar diri sebagai bentuk protes kepada pemerintah.Mereka berasal dari Mesir, Algeria dan Mauritania. 

Sepanjang revolusi ramai orang membawa foto besar Bouazizi di jalan-jalan dan menjerit namanya sambil menangis.Kehilangan Bouazizi sangat berat bagi warga Tunisia.Beliau menjadi lambang unjuk rasa dari kalangan pemuda.Bahkan ada mencoret di jalan dengan nama Jalan Mohamed Bouazizi.

Coretan di tengah jalan yang berarti "Jalan Mohamed Bouazizi"

Sekarang semua akan terbela dengan kemenangan besar bagi Parti Nahdhah di Tunisia.Kerajaan yang berkebajikan dalam proses dibentuk.Tiada lagi penggangguran dan penindasan terhadap rakyat yang miskin.Semoga ada sinarnya untuk Islam.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog