Tuesday, October 14, 2014

Ukhuwah Islamiah

Gambar : HEWI DPMM 2008/2009


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Akhir-akhir ni saya sangat rindu dengan adik-beradik saya dalam gambar ini. Bukan sebelum  ni tak rindu, teringat. Tapi kali ini lain macam. Banyak pula throw back akhir-akhir ni. Kami dulu, kalau berselisih pendapat ke gaduh-gaduh ke ayat penyudahnya, "Nanti Kak Cik mesti rindu kat Kak Teh" ayat contoh, sebab saya sokmo ada-ada je dengan Kak Teh, mungkin sebab kami sama umur. Mungkin. Tersenyum bila teringat balik semua. Rindu!

Semua dah ada kehidupan masing-masing.Bekerja, berumahtangga dan ada yang sambung belajar ke peringkat sarjana. Sesekali ada juga berbual di facebook dan whats appAlhamdulillah, walaupun jauh, saya terasa dekat dengan mereka. Kami pernah re union sekali April lepas bersama Mansourian yang lain dalam satu program Ijtima' Aalimat. Seronok tak terkata. Hebatnya persaudaraan kita dengan didasari ukhuwwah Islamiah.

Kutaib Ukhuwwah Islamiah 


Dalam sebuah buku yang bertajuk Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih Ulwan, beliau telah menggariskan beberapa syarat-syarat dalam berukhuwah.

Antaranya:

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina atas dasar keikhlasan kepada Allah.
2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina atas dasar keimanan dan ketakwaan.
3. Hendaklah ukhuwah berjalan dengan mengikut syariat Islamiah.
4. Hendaklah ukhuwah terbina atas konsep nasihat menasihati.
5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dengan konsep bantu membantu di kala senang dan susah.



Sunday, October 12, 2014

Selamat kembali ke kuliah!

Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar LilBanat Mansurah. 
7 Januari 2012.

Hari ini secara rasmi Universiti Al-Azhar memulakan pengajian pada sesi ini. Saya tetiba rasa teruja, rasa nak sambung belajar membuak-buak dan ditambah lagi sekarang ni musim konvokesyen IPTA di Malaysia. Membuak-buak dan menggelegak. Fuh hiperbola. Doakan saya dapat sambung belajar :)

Alangkah rindunya zaman pengajian di Mesir. Hari-hari teringat, setiap masa setiap detik. Allahu. Alangkah lagi bernilainya sekiranya semua ilmu yang pelajari samada di Al-Azhar dan aktiviti PMRAM diaplikasi semaksimanya di Malaysia. Andai Al-Azhar itu berbentuk batang tubuh manusia, beliau pasti berbangga dan tersenyum dengan pencapaian kita di tanah air.

Saya teringat satu syair.Syair ini saya sentiasa tampal di depan ruangan study saya di Mansurah dan saya pernah buat kad ucapan sempena imtihan kepada anak usrah.Syair ini memberi maksud dan kesan yang mendalam.

Kad yang saya bawa balik ^^


من قصيدة قيمة للأمير الشعراء أحمد شوقي
Petikan daripada qasidah yang bernilai Raja Penyair, Ahmad Syawqi

قم في فم الدنيا وحى الأزهرا

وانثر على سمع الزمان الجوهرا
Bangkitlah di hadapan dunia dan bersegeralah ke Al-Azhar
Selerakkan permata berharga ke telinga zaman

يا طلاب الأزهر
Wahai penuntut-penuntut Al-Azhar

العلم في القلب الأتقى

والقلب بالحكمة يرقى
Ilmu itu di dalam hati yang taqwa
Dan hati yang berhikmah akan naik tinggi

يبرق في الدنيا برقا

من فيض أنوار الأزهر
Di dunia,ia berkilau gemilang
Daripada limpahan cahaya-cahaya Al-Azhar

يا قلعة المجد الزاهر

يا حصن قرآنى الطاهر
Wahai kubu kemuliaan yang menerangi!
Wahai benteng Al-Quran yang suci!

مستقبل الدنيا الباهر

أمسى مدينا للأزهر
Yang menghadap dunia dengan penuh cemerlang
Sentiasalah menjadi kredit kepada Al-Azhar

يا خير طلاب الدنيا

هيا بنا تسعى سعيا
Wahai penuntut terbaik di dunia!
Marilah bersama kami berusaha sedaya upaya

نحو دراسات عليا

إن نامت الدنيا نسهر
Ke arah pengajian yang lebih tinggi 
Di waktu dunia tidur, kita menyengkang mata

نستذكر العلم النافع 

وندرس الأدب الرائع
Mengulangkaji ilmu bermanfaat
Kita pelajari sastera yang hebat!

بعقل مجتهد بارع 

بالدين والتقوى يفخر 
Dengan minda cergas penuh kebijaksanaan 
Berbangga dengan agama dan taqwa

شرفكم ربى الرحمن 

بنور آيات القرآن 
Tuhanku al-Rahman memuliakan kamu 
Dengan cahaya-cahaya Al-Quran itu

لتغرسوا عطر الإيمان

في الزهر والنبت الأخضر
Supaya tertanam wangian Iman
Pada bunga (generasi lama) dan tunas kehijauan (generasi baru)

والله ربى يرعانا 

يحرسنا في دنيانا
Allah Tuhanku menjaga kita semua
Melindungi kita di alam dunia

حتى يكلل مسعانا

فكبروا : الله أكبر...! 
Sehingga ke akhir hayat yang sebenar 
Maka berserulah! Allah itu Maha Besar!

Suka sangat dengan bait-bait syair ni. Semangat!




Yang dikatakan EMAS


Bismillah.
Assalamua'alaikum.

Alhamdulillah masuk ke pejabat hari ini setelah seminggu bercuti sempena Eid Adha dan pelbagai sempena lagi.Walaupun bercuti masuk pejabat, ada beberapa homework perlu diselesaikan segera.

Jumaat Sabtu juga dipadatkan dengan Kuliah Feqh Wanita dan jemputan kenduri kesyukuran dan juga beberapa program di hujung Sabtu, mengemas Nisa' Point dan Tautan Mahabbah Alumni Timur Tengah, tapi saya memilih untuk berasa di Nisa' Point.Petangnya jadual kami berusrah dengan naqibah kami Kak Nur.

Begitulah pengurusan diri dengan masa yang kita ada. Mudah jika kita atur dengan baik dan kita tidak bermalasan dengan masa.Bagaimana kita generasi muda memanfaatkan waktu luang kita dengan perkara yang bermanfaat, bukan sahaj untuk diri bahkan untuk ummah.


Para ilmuan Islam telah mengingatkan kita pada satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan pemuda Islam yakni waktu lapang.

Jika waktu lapang menjadi penentu kepada kegiatan dalam kehidupan, maka berhati-hatilah kerana awal maksiat, terutama kepada pemuda, bermula dari waktu lapang.

"Pemuda + Waktu Kosong = Awal Maksiat"
Amr Khaled

“Ayuh! Bangkit, bersegeralah dan berlumbalah dengan waktu, manfaatkan waktu anda.
Waktu adalah emas.
Tidak demi Allah! Waktu lebih berharga dari emas. Emas diperjual belikan.
Sedangkan waktu, jika sudah pergi tidak akan kembali lagi selamanya.
Jika waktu telah hilang, bererti usia anda juga telah hilang!’





Saturday, October 11, 2014

Usrah Muslimah Nadi Ummah

Bismillah
Assalamu'alaikum.

Ketika mencari beberapa pengisian untuk tazkirah esok, terjumpa artikel ini.Sebelum ni pernah baca tetapi tidak menghayati.Kali ini insha Allah memahami :)

Muqaddimah .

Ummah kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh Allah swt. untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al Mungkar .


كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله ./ ال عمران 110


Maksudnya : “ Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu menegakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah swt .”

Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga (Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya.

Proses Pelupusan Usrah Muslimah .

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex . Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek ugama dalam memilih pasangan hidup mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di ‘ higt light ’ kepada masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah ) hinggalah ke tangga Universiti . Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah Sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia , seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan . Begitu jua seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa .

5. Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga . Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam .

Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya .

Struktur Pembinaan Usrah Muslimah .

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh . Percubaan membina Usrah Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu percubaan yang sia - sia malah membahayakan diri . Islam telah melakarkan “ Pelan Tapak Kukuh ” untuk tujuan pembinaan tersebut .

Tapak Usrah Muslimah .


عن جابر أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن المرأة تنكح على دينها و مالها و جمالها
فعليك بذات الدين تربت يداك / رواه الترمذي و قال حسن صحيح

Maksudnya : “ Dari Jabir bahwa Nabi saw. Telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan ugamanya , hartanya dan kecantikkannya , maka selayaknya engkau memilih ugama yang pasti membahagiakan mu .”

Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin :

“ Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :

1. Berugama ( Keperibadian dan spiritual )
2. Berakhlak mulia ( Solehah )
3. Murah Mas Kahwinnya
4. Tidak mandul
5. Anak dara
6. Berbangsa ( keturunan yang baik )
7. Cantik
8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh . Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah swt. untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran .


و المؤمنون و المؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف
و ينهون عن المنكرو يقيمون الصلوة و يؤتون الزكوة
و يطيعون الله و رسوله أولئك سيرحمهم الله إن الله عزيز حكيم / التوبة 71

Maksudnya : “ Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul , mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana .”

Sabda Rasulullah saw :


إذا جاءكم من ترضون دينه و خلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض و فساد عريض

Maksudnya : “ Apabila seorang lelaki yang engkau redhoi ugama dan akhlaknya masuk meminang , maka terimalah ( Kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi ”

( Riwayat Tarmizi )

Haikal Usrah Muslimah Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti. Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah swt. kepada nabinya Muhammad saw.

Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan .[1]

Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian ( النظافة و الطهارة )
Qanun 2: Sistematika , Penyusunan &
Kekemasan ( التنظيم و الترتيب و حسن الههيئة )
Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan( خفض الصوت و كتمان الأسرار )
Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah ( تنظيم العلم و العبادة )
Qanun 5: Belanjawan ( الإقتصاد في الطعام و الشراب )
Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة و آداب التعامل )
Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية بالصحة و الرياضة )
Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية البيت و أهله من الشذوذ )
Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان إلى الجار و إكرام الضيف )
Qanun 10: Keluar Masuk ( مراعاة الأدب في الدخول و الخروج )

TIP USRAH MUSLIMAH CEMERLANG .

Firman Allah swt :


و من اياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا اليها و جعل بينكم مودة و رحمة


Maksudnya : “ Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ....”

( Ar - Ruum 21 )

Objektifnya :

1 : Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah .
2 : Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiyyah .
3 : Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah , Qiam, Jaulah, Ziarah , Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga , penyusunan perabot , pelan pembinaan rumah , halaman yang segar dan sebagainya .

4 : Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan , perbincangan dan pengamatan .

5 : Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah .
6 : Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum .
7 : Menunaikan hak - hak suami isteri seperti kepuasan seks , kerahsiaan dan seumpamanya . 8 : Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara .

9 : Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah .

10 : Melibatkan diri dalam mana - mana organisasi atau Jamaah Islam dan mengikuti perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi .

PENUTUP .

Usrah Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu Muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu , kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani .

Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut .

Yang bertanggungjawab menyediakan:
Hj. Nasrudin At - Tantawi
Syukriah binti Zakaria .

[1] Sila rujuk kitab : كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر Karangan Us. Said Hawa . M/s 48 Cetakkan Darul Salam . ( cetakkan ketiga 1992 )


Sumber

Friday, October 10, 2014

Laptop Pertama Hamba


Bismillah.
Assalamu’alaikum

 Alhamdulillah selesai servis laptop lama. Bukan servis sangat pun.Hanya remove program yang tidak berkaitan yang memenuhkan memori laptop yang hanya ada 80 GB HDD. Remove dan install Google Chrome dan Microsoft Office.

Puas hati!

😄
Andai soalan karangan UPSR ada pilihan tajuk karangan tentang autobiografi saya pasti memilih tajuk ini dan mengarang tentang laptop pertama saya ini. Zaman UPSR saya dulu hanya menulis tentang basikal, pen, buku. Mungkin budak-budak sekarang lain sikit. Handphone, Ipad? Entahlah.

Bercerita tentang laptop pertama saya ni, saya beli di Mesir, tapi saya lupa nama tempat tu. Yang pasti lepas beli laptop ni saya tidak pernah ke sana melainkan pernah sesat naik bas sekali.Dengan harga LE 3500 saya pun belilah dengan bantuan kawan kepada ahlibayt saya pada April 2008. Kurang setahun saya berada di sana.

Tujuan beli untuk menggunakan internet dan menyimpan file dan dokumen berbentuk soft copy.Tapi tahun pertama saya bertukar tujuan kepada menggunakan untuk tugas-tugas sebagai AJK Hewi DPMM 2008-2010.Mewakafkan sementara untuk kegunaan HEWI di Markaz HEWI.Pernah format sebanyak dua kali.

Tidak pernah sakit teruk.Sedia berkhidmat.Sehinggalah pada hari saya nak berangkat pulang ke Malaysia 12 Jan 2012.Saya naik tramco dan entah macam mana, beg laptop saya terjatuh dan saya tidak mengesyaki apa-apa.Sampai di KLIA online seperti biasa. Sampai di Pengkalan Chepa, sehari kemudian saya on skrin seperti tv yang tiada chanel.Gulp!
Kadang ok kadang dok.
Kenaling 😓 

Saya terpaksa tekan-tekan permukaan laptop (Belakang skrin) banyak kali buat begitu, macam ok.Lama-lama prap! Skrin pecah.Huhu.
Sah memang pecah dan lama kelamaan jadi hitam. Macam-macam saya fikir nak buat apa dengan laptop ni.No idea!

Akhirnya adik saya cadang guna monitor pc.Dengan kebijakkan yang dia miliki, dia buatkan. Jadilah seperti dalam gambar dan alhamdulillah boleh guna seperti biasa cuma tidak boleh angkut ke sana ke mari. Alhamdulillah.Sesiapa ada masalah yang sama boleh cuba.

Sehingga sekarang, sudah enam tahun lebih laptop ini berkhidmat kepada saya di rumah.Di mini library saya. Walaupun ada sedikit kecatatan tapi boleh berfungsi sebagaimana biasa dengan
touch pad tak boleh guna, guna mouse, sound pun kena guna speaker (Rosak di bawah jagaan adik bongsu, hehe) Keyboard masih ok. Skrin lama-lama makin hitam dan tak nampak langsung.

Begitulah kita sebagai manusia biasa yang masih mempunyai kudrat walaupun sekecil cuma, tetapi masih boleh menyumbang untuk Islam.Semoga itu melorongkan kita jalan ke syurga.Aminnn~

 

Thursday, October 9, 2014

Jadual Harian Muslim


Bismillah.
Assalamu’alaikum 


Jadual individu muslim setiap hari;

1.Solatlah 5 solat fardhu pada waktunya
2.Bacalah dua muka surat dari al quran
3.
Berzikirlah pada waktu pagi dan petang (ma'thurat) dari hisnul muslim
4.
Bacalah 3 hadith dari Riyadhus Salihin
5.
Bersedekahlah RM 1 setiap hari untuk setiap ahli keluarga
6.Hindarkanlah mengumpat dan berbohong
7.
Berjalan kaki 1/2 jam setiap hari
8.
Bersungguh-sungguhlah dalam bekerja atau tugasan
9. Berpuasalah 3 hari sebulan, solat dhuha waktu pagi, berwitir sebelum tidur
10. Memaafkan semua orang Islam dan memohon ampun bagi mereka setiap hari


Wednesday, October 8, 2014

Nakhoda Hebat

Bismillah.
Assalamu’alaikum


 Laut yang tenang tidak akan melahirkan kapten/nakhoda yang mahir, ambillah kesempatan dengan halangan itu untuk meningkatkan kemahiranmu. 


KakiBlog