Friday, February 24, 2012

Thursday, February 23, 2012

Kisah Seekor Tikus

Bismillah
Assalamu'alaikum

Saya ada dengar di IKIM FM tentang kisah seekor tikus ceritanya begini.



Pada zaman dahulu, ada seekor tikus yang hidup di dalam sebuah kawasan yang tidak diketahui. Tikus tersebut hidup dalam keadaan tertekan kerana setiap hari dia sentiasa diancam oleh kucing yang hidup di sekelilingnya..Maka pada suatu hari dia pergi berjumpa ahli sihir.

"Wahai ahli sihir, bolehkah engkau menukarkan aku menjadi kucing?Aku tak tahan hidup dalam keadaan tertekan menjadi seekor tikus."

"Boleh!Mudah sahaja."

Maka tikus tersebut pun bertukar menjadi kucing selepas dijampi oleh ahli sihir. Maka gembira lah si tikus tersebut..

Namun begitu, setelah menjadi kucing dia sering dikacau oleh anjing setiap hari. Sekali lagi dia tertekan dengan kehidupannya. Maka sekali lagi dia pergi berjumpa dengan ahli sihir.

"Wahai ahli sihir yang hebat, boleh kah engkau menukarkan aku menjadi seekor anjing pula?Aku berasa tidak selamat menjadi seekor kucing kerana sering dikacau anjing."

"Oh..Boleh sahaja."

Setelah dijampi oleh ahli sihir maka kucing tadi pun bertukar menjadi anjing. Maka bahagia lah si tikus tadi kerana dia tidak lagi diganggu oleh anjing.


Walau bagaimanapun, semenjak menjadi anjing dia menjadi agak risau kerana hari-hari nya sering diancam oleh pemburu.Maka sekali lagi dia pergi berjumpa ahli sihir tadi.

Wahai ahli sihir yang bijaksana, boleh kah kamu tukar kan aku menjadi pemburu?"

"Maaf.Kali ini aku tidak dapat menolong kamu.."

"Kenapakah begitu?Bukan kah sebelum ini kamu boleh sahaja menukarkan aku menjadi apa sahaja?"

"Sebenarnya, aku boleh sahaja menukarkan engkau menjadi pemburu. Akan tetapi selagi mana hati kamu itu masih lagi hati seekor tikus, maka tidak berguna jika aku menukar engkau menjadi apa sahaja..


Moral: Hidup mestilah berjiwa besar dan berani.



Believe!!!!!!!!!!!!

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Whatever the mind can conceive and believe, it can achieve.

Wednesday, February 22, 2012

Syahadah Oh Syahadah!



Bismillah.
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah...penantian ini berakhir jua...beginilah cara syahadah asliah Al-Azhar Al-Sharif | الأزهر الشريف dihasilkan...pelbagai proses lagi perlu dilakukan selepas dapat syahadah ini...semuanya ada cerita pahit dan manisnya sendiri...Alhamdulillah semoga bermanfaat untuk ISLAM...


Terima kasih Ateh Suhaina kerana sudi menerima untuk taukil sijil dan sahabat tersayang Acu Jawahir yang sangat luar biasa sabarnya :)


Khabarkan padaku...



Bismillah.
Assalamu'alaikum

Saya tidak sempat nak baca berita hari ini. Bagi saya satu kerugian jika saya tidak membaca apa yang berlaku atas muka bumi hari ini. Saya teringin nak buat status, jika saya tidak online sudi-sudikan sahabat facebook untuk tag nama saya di post masing-masing. Post tentang berita dunia saya maksudkan.Tapi siapa mahu peduli?


Hari ini masuk hari ke 66 mogok lapar Syeikh Khader Adnan.


Pembantaian di Syria masih berterusan dan terkini Rejim Basyar telah membuka Empangan Rastan bagi meneggelamkan bandar Hamah. Bayangkan pada musim sejuk dalam keadaan rakyat Syria bakal tenggelam kesan air dari empangan yang dibuka.


Semalam Al-Aqsa dirempuh dan Dr Yusuf Qardhawi menyeru dunia Arab melindungi Al-Aqsa.


Bantahan esok solidariti rakyat Malaysia pasal kapal Israel.


Tentera AS membakar Al-Quran di Afghanistan menyebabkan mogok di sana.


Rakyat Yaman keluar mengundi hari ini bagi memilih Presiden baru negara itu selepas pengunduran rejim Ali Abdullah Saleh yang mempersetujui cadangan Majlis Negara Teluk. 


Berlaku pembunuhan ibu oleh anak di Sungai Petani Kedah akibat dadah.


Dan yang paling terkini, saya baru tahu Jalan Pengkalan Chepa telah ditukar kepada Jalan Tok Guru pada Julai tahun lepas...sangat kesian yang ini :D



Tuesday, February 21, 2012

Syria..Mereka Luka..Kita Lupa

Bismillah.
Assalamu'alaikum





Belum bernoktah di bumi Palestin,
Bumi Syria dicincang binasa,
Mereka mengguris luka,
Zalim..mereka bermata buta,
dan mereka bukan berhati manusia.


Teman
Aku sebak menyaksikan adik kecil disana,
Redup matanya dan comel rupanya
Melimpah kasih ibu dan bapa,
Namun diratah daging-daging mereka
Terburai usus perutnya
hancur segenap sendinya
lumpuh segala pancainderanya
Ditanah gersang dia di mamah durjana..


Basah mata si bapa
Harapan jadi khayalan
Hatinya hancur selumat debu
Meratap wajah anak tersayang itu
Perginya anak yang satu
Bagaikan hilang anak seribu.


Saudara,
Mereka sengsara..Mereka derita,
Minum mereka,
Basahan si air mata,
Makan mereka,
Cebisan jasad bertabur rata
Tatkala mata menuju hala,
Bergelimpangan mayat kaum keluarga,
Deretan lembah berubah menjadi pusara,


Teman,
Ku lihat saudaraku jauh disana,
Patahnya kaki,mereka bertongkat siku,
Patahnya siku,mereka bertongkat kuku,
Patahnya kuku,mereka bertongkat dagu,
Patahku dagu, maut datang bertamu..


Saudara,
Dalam kita kenyang mereka dahaga,
Dalam kita nyenyak, mereka jaga,
Dalam kita tawa, mereka berair mata,
Dalam kita suka,mereka sebak berduka,
Dan sedang kita doa, mereka diragut nyawa


Teman,
Dimana nilai hati kita,
Dimana rasa prihatin kita,
Apakah kerana mereka bukan sebapa,
Dalam doa..mereka kita alpa,
Dalam mewah, mereka kita lupa,
Ternyata..
Islam...kita sekadar bicara.


Teman,
Masih ramai saudara luar di sana,
Mereka tidak tahu,,tiada cakna..
Terus memekakkan telinga..
Dimana usaha kita..
Dimana cinta kita..
Dimana semangat bersama...


Sengsara..sama kira rasa
Luka..kita sama rasa
Senang..kita rasa bersama.


16 Feb 2012, 12.20 am



Sumber 



Saturday, February 18, 2012

Perjalanan Meminang Bidadari


Bismillah.
Assalamu'alaikum

Hidup adalah perjuangan. Perjuangan paling mulia adalah di jalan Allah.Jangan kau mati kerana dunia-Ibnul Khattab

Perjalanan Meminang Bidadari
Kisah Luar Biasa 10 tokoh Syahid Moden
Mereka ialah Omar Mukhtar,Hasan Al-Banna,Sayyid Qutb,Yahya Ayyash, Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz Rantisi, Abdullah Yusuf Azzam, Dzokhar Musayevich Dudayev, Ibnul Khattab dan Abdullah Syamil Salmanovich Basayev.

Buku yang menggugah dan membangkitkan semangat seorang Muslim...

Akhirnya saya jumpa juga buku ni di rak-rak buku tu...senyum sampai ke telinga...



KakiBlog