Thursday, February 23, 2012

Kisah Seekor Tikus

Bismillah
Assalamu'alaikum

Saya ada dengar di IKIM FM tentang kisah seekor tikus ceritanya begini.



Pada zaman dahulu, ada seekor tikus yang hidup di dalam sebuah kawasan yang tidak diketahui. Tikus tersebut hidup dalam keadaan tertekan kerana setiap hari dia sentiasa diancam oleh kucing yang hidup di sekelilingnya..Maka pada suatu hari dia pergi berjumpa ahli sihir.

"Wahai ahli sihir, bolehkah engkau menukarkan aku menjadi kucing?Aku tak tahan hidup dalam keadaan tertekan menjadi seekor tikus."

"Boleh!Mudah sahaja."

Maka tikus tersebut pun bertukar menjadi kucing selepas dijampi oleh ahli sihir. Maka gembira lah si tikus tersebut..

Namun begitu, setelah menjadi kucing dia sering dikacau oleh anjing setiap hari. Sekali lagi dia tertekan dengan kehidupannya. Maka sekali lagi dia pergi berjumpa dengan ahli sihir.

"Wahai ahli sihir yang hebat, boleh kah engkau menukarkan aku menjadi seekor anjing pula?Aku berasa tidak selamat menjadi seekor kucing kerana sering dikacau anjing."

"Oh..Boleh sahaja."

Setelah dijampi oleh ahli sihir maka kucing tadi pun bertukar menjadi anjing. Maka bahagia lah si tikus tadi kerana dia tidak lagi diganggu oleh anjing.


Walau bagaimanapun, semenjak menjadi anjing dia menjadi agak risau kerana hari-hari nya sering diancam oleh pemburu.Maka sekali lagi dia pergi berjumpa ahli sihir tadi.

Wahai ahli sihir yang bijaksana, boleh kah kamu tukar kan aku menjadi pemburu?"

"Maaf.Kali ini aku tidak dapat menolong kamu.."

"Kenapakah begitu?Bukan kah sebelum ini kamu boleh sahaja menukarkan aku menjadi apa sahaja?"

"Sebenarnya, aku boleh sahaja menukarkan engkau menjadi pemburu. Akan tetapi selagi mana hati kamu itu masih lagi hati seekor tikus, maka tidak berguna jika aku menukar engkau menjadi apa sahaja..


Moral: Hidup mestilah berjiwa besar dan berani.



No comments:

Post a Comment

KakiBlog