Thursday, December 29, 2011

Kisah diktator Tunisia yang digulingkan oleh penjual sayur

Mohamed Bouazizi dipilih The Times sebagai person of 2011

Mohamed Bouazizi adalah seorang tukang sayur, yang menjadi punca kemarahan rakyat atas sang penguasa. Dia masih muda, usianya 26 tahun. 
Lelaki itu nekad dengan membakar diri, setelah barang jualannya disita polis di bandar Sidi Bouzid pada 17 Desember 2010. Berhari-hari dirawat di hospital, Bouazizi akhirnya meninggal pada 4 Januari 2011.

Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita akibat kemiskinan. Negeri itu dilanda krisis keperluan hidup. Peluang pekerjaan yang sangat susah, dan rakyat hidup dalam politik yang sangat teruk yang tidak mendengar luahan rakyat.

Bouazizi tiada pilihan beliau merupakan harapan keluarga yang mana beliau perlu menyara ibu dan adiknya.Disebabkan itulah dia bekerja apa sahaja untuk demi sesuap nasi walaupun sebagai penjual sayur dan buah.

Tak jelas benar latar pendidikannya. Televisyen CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Merupakan siswazah tetapi akibat sukar untuk mendapatkan pekerjaan seperti graduan yang lain, beliau terpaksa menjual sayur dan buah.

Mannoubia Bouazizi, ibu Bouazizi memandang gambar anaknya di rumah mereka di Sidi Bouzid


Tapi, adiknya Samia Bouazizi membeeri maklumat yang berbeza seperti dilaporkan oleh laman Gulf News. “Abangku berusia 26 tahun, dan tak lulus sekolah menengah atas. Jadi dia hanya menjual buah dan sayur untuk menyara dirinya, dan keluarga,” ujar Samia.

Pada 17 Desember 2010, adalah hari yang malang bagi Bouazizi. Barang jualannya dirampas polis. Alasannya, dia berniaga tanpa permit. Lelaki malang itu lalu mengadu ke pejabat gabenor di Sidi Bouzid. Dia meminta keadilan. Tuntutannya sederhana dan biasa: hanya meminta barang dagangannya dikembalikan dan dibenarkan berdagang kembali.

Tapi, teriakan Bouazizi seperti hilang ditiup angin. Tak seorang do pejabat itu peduli. Bouazizi pun putus harapan. Dia lalu nekad: menyiramkan dirinya dengan minyak, lalu menyalakan api. Di depan pejabat gabenor yang angkuh itu pun tubuhnya terbakar.

Walaupun tubuhnya dijilat api,namun umurnya masih panjang.Separuh badannya cedera dan menahan pedih kesakitan berhari-hari di hospital.Tetapi akibat luka terbakar parah, Bouazizi akhirnya meninggal dunia.

Peristiwa itu menyentak seluruh warga Tunisia.Bouazizi menjadi topik utama yang sangat tragis bagi nasib mereka.Di tengah-tengah  krisis keperluan hidup, pengangguran yang teruk di Tunisia.Harga keperluan asas seperti roti, gandum, dan gula kehabisan dengan cepat.Kemarahan rakyat mula membangkit.Demontrasi meledak dan kemarahan tersebar ke seluruh negara.

Seminggu kemudian setelah Bouazizi membakar diri, Presiden Ben Ali melawat pemuda malang itu. Dia datang ke hospital pada 28 Desember 2010. Tapi Ben Ali tak peduli dengan kemarahan rakyat. Dia malah memanggil demonstran sebagai pengganas kepada demonstran yang membuat onar.
Malah Ben Ali mengerahkan pihak keselamatan mengawal keadaan, setelah itu korban mula meningkat.Kebencian terhadap Ben Ali membarah di hati rakyat.Makin menggila.Kemarahan ini tidak dapat dibendung.


Rakyat Tunisia lalu menapak di jalanan. Mereka menuntut Ben Ali turun. Akhirnya, pada 14 Januari 2011, Ben Ali yang tak lagi dipercaya rakyat itu pun diam-diam melarikan diri ke Arab Saudi bersama keluarganya. Tunisia kini dibiarkannya terombang-ambing. Tak ada pemerintahan kerajaan sementara.
Aksi Bouazizi bahkan menjadi ilham bagi negara tetangga. Selama 15-18 Januari 2011, sudah 10 orang membakar diri sebagai bentuk protes kepada pemerintah.Mereka berasal dari Mesir, Algeria dan Mauritania. 

Sepanjang revolusi ramai orang membawa foto besar Bouazizi di jalan-jalan dan menjerit namanya sambil menangis.Kehilangan Bouazizi sangat berat bagi warga Tunisia.Beliau menjadi lambang unjuk rasa dari kalangan pemuda.Bahkan ada mencoret di jalan dengan nama Jalan Mohamed Bouazizi.

Coretan di tengah jalan yang berarti "Jalan Mohamed Bouazizi"

Sekarang semua akan terbela dengan kemenangan besar bagi Parti Nahdhah di Tunisia.Kerajaan yang berkebajikan dalam proses dibentuk.Tiada lagi penggangguran dan penindasan terhadap rakyat yang miskin.Semoga ada sinarnya untuk Islam.

Wednesday, December 28, 2011

Menghitung hari

Bismillah
Assalamualaikum

Saat ini, ramai yang mengira baki hari untuk imtihan tidak lama lagi...namun masih ada yang tidak mahu ambil pusing hari-hari terakhir mereka di Mesir..hanya berbaki beberapa hari sahaja...peduli tentang kiraan itu...
Sahabatku, usahlah kalian mengira yang sudah dan akan pulang berjuang...sebaiknya kiralah mereka yang hebat berjuang di sini...mereka inspirasi,kalian motivasi,doa kami iringi...semoga kejayaan menanti <3

Menghargai, memanfaatkan masa yang ada dengan itu dan ini, memuat penuhkan jadual yang bermanfaat pada masa yang berbaki ini tidak mampu mengubat hati yang bakal merindui Mesir nanti...harusnya bersedia saja untuk menabahkan diri nanti :(

Saya bersedia untuk menabahkan hati~

Gambar : Memandang wajah Mesir sejauh-jauhnya :(

Tuesday, December 27, 2011

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim

Bismillah
Assalamua'laikum



تعلم فليس المرء يولد عالما # وليس أخو علم كمن هو جاهل

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Bait syair ini saya pernah baca di Maqam Imam Syafie, masuk pintu yang nampak bahtera ,sebelah kanan ada signboard tulisan khat thuluth.Disebabkan tulisan khat thuluth menyukarkan bacaan, kami dibantu ammu yang ada di situ untuk membacanya.Seminggu kemudian saya terjumpa lagi syair ini dalam kitab Nahu Kaafi.Sebenarnya sebelum ini saya ada penanda buku PMRAM yang ada maksud penuh syair ini, cuma tidak diketahui pula syair ini, syair Imam Syafie.




Maksud penuh syair
Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu, 
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu




Monday, December 26, 2011

Impian saya!


Jika saya berpeluang untuk menulis di kereta impian Parti Kebebasan dan Keadilan. Saya akan menulis dua perkara.Yang pertama sebelum pulang ke Malaysia, saya mesti menjejakkan kaki saya ke Markaz Am Ikhwan Muslimin di Al-Muqattam dan yang kedua, saya mahu datang sini lagi!
Alhamdulillah! 

Semalam akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke bangunan 5 tingkat Markaz Ikhwanul Muslimin di Al-Muqattam.
Rasa macam tidak percaya.Pencarian memakan masa selama sejam termasuk berhenti solat isyak.Susahnya perjuangan.Saya dan sahabat saya hanya masuk di kaunter pertanyaan dan bertegur sapa dengan ustaz yang menjaga kaunter, hanya sekejap cuma yang berakhir dengan bergambar kenangan.Teruja!

Kalau ada 8 benda yang ajaib atas muka bumi ini, maka bangunan inilah salah satunya.Anda bayangkan, semasa zaman kegelapan Mesir bawah pemerintahan kejam, Ikhwan Muslimin diharamkan dan disekat dari segenap penjuru.Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh.

Selepas kejatuhan Mubarak pada 11 Februari 2011, Ikhwan Muslimin bangkit menzahirkan dirinya ke dunia luar. Ikhwan Muslimin sangat berperanan besar semasa Revolusi 25 Januari 2011.Natijahnya, sekarang IM telah memiliki bangunan sendiri yang tersergam indah di alamat No.10, Jalan Muqattam,Kaherah.





Saturday, December 24, 2011

Cintaku di sini...



Jabal Muqattam dari arah Makam Ibnu Athoillah As-Sakandari

Entri saya kali ini, ingin sangat saya bercerita tentang Jabal Muqattam.Tapi saya buntu untuk memulakan cerita.Teruja dengan kisah Jabal Muqattam saya jatuh cinta.

Jabal Muqattam ialah sebuah bukit di Kota Kaherah.Saya sempat ke sana minggu lalu semasa aktiviti jaulah maqam anjuran Unit Sambutan dan Rehlah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.Musyrif ditanya tentang nama Muqattam.Saya pun tidak pernah terfikir untuk tahu kenapa Muqattam.
Ada seorang peserta telah menerangkan kenapa Muqattam, dan saya mencari sumber-sumber lain untuk tambahan maklumat.

Asal nama Muqattam
Mengapa bukit tersebut disebut dengan Muqattam? Ada empat riwayat tentang asal usul nama Muqattam ini.

Riwayat pertama mengatakan, bahawa nama Muqattam diambil dari salah seorang keturunan Nabi Nuh yang bernama al-Muqattam bin Mashr bin Baishar bin Ham bin Nuh.
Menurut riwayat ini, al-Muqattam bin Mashr ini seorang hamba ahli ibadah. Ia menjadikan gunung tersebut sebagai tempat beribadahnya, dan kerana itu dinamakan jabal Muqattam.

Riwayat kedua mengatakan bahawa nama Muqattam ini dinisbahkan kepada seorang ahli kimia yang bernama Muqaithaam al-Hakim.
Ibrahim bin Wushaif Syah pernah mengatakan, bahawa ketika Mashrayim bin Baishar bin Ham bin Nuh menjadi raja di Mesir, para ilmuwan dan dukun-dukun istana (penasihat raja) mengkhabarkan bahawa di beberapa tempat di Mesir dan salah satunya di dalam Jabal Muqattam, terdapat barang-barang berharga dan harta karun yang tidak terhingga nilainya, mulai dari emas, berlian, batu fairuz dan lain sebagainya. Mereka juga menyarankan agar raja menggunakan cara kimia dalam menggali dan menemukan barang-barang berharga tersebut, agar lebih mudah dan tidak merosak benda-benda tersebut.

Raja Mashrayim lalu merujuk seorang ahli kimia terkenal saat itu yang bernama Muqaithaam al-Hakim. Dalam menjalankan tugasnya, Muqaithaam al Hakim menjadikan sebuah gunung yang letaknya di sebelah timur sebagai tempat meracik bahan-bahan kimia dimaksud. Dari situlah kemudian gunung tersebut dikenal dengan nama Muqattam sebagai nishbah kepada dirinya.

Riwayat ketiga, sebagaimana dikatakan oleh al-Bakry, bahawa gunung tersebut sudah sejak dulu diberi nama Muqattam dan tidak ada kaitan dengan hal-hal sebelumnya. Al-Bakry dalam hal ini berkata: “Al-Muqattam dengan dibaca dhammah huruf mimnya, dibaca fathah huruf keduanya (huruf qaf) dan ditasydid huruf tha’ nya adalah sebuah gunung yang berada di Mesir, tempat menguburkan penduduknya yang meninggal dunia”.

Riwayat keempat merupakan pendapat jumhur ulama sebagaimana ditulis oleh Dr. Suad Mahir Muhammad dalam bukunya Masjid Mashr wa Auliyaauhas Shalihun Juz 1 hal 49-mengatakan bahawa nama Muqattam ini diambil dari kata al-Qathmu yang berarti putus, gondol (al-Qath’u). Hal ini sesuai dengan keadaan gunung itu sendiri yang gondol tidak ada tanaman, pohon-pohon yang tumbuh di atasnya. Kerana tidak ada tanaman atau tumbuhan di atasnya itulah (gondol), maka kemudian gunung tersebut dikenal dengan sebutan Jabal Muqattam. Riwayat ini disampaikan di antaranya oleh Ali bin Hasan al-Hana’iy ad-Dausy sebagaimana dinukil oleh al-Maqrizi dalam al-Mawa’id nya.

Sebab gondolnya Jabal Muqattam
Jabal Muqattam yang nampak sekarang ini gondol tidak ada tanaman atau tumbuhan yang tumbuh di atasnya, dahulunya merupakan gunung yang hijau, rendang, banyak pohon-pohon dan tanaman bahkan ada beberapa sumber air di dalamnya. Hanya, setelah terjadinya dialog antara Allah dengan Nabi Musa di Gunung Thur Sina, Jabal Muqattam menjadi gondol seperti sekarang ini. Untuk lebih lengkapnya, berikut penulis sampaikan riwayat di bawah ini:

Imam Ibnu al-Kindy dalam bukunya Fadhail Mashr al-Mahrusah menuturkan sebuah riwayat:: Suatu hari Amru bin Asr bersama Muqauqis--raja Mesir saat itu--berjalan di kaki gunung Muqattam.
Amru bin Asr kemudian bertanya: “Mengapa gunung kamu ini gondol tidak ada tanaman atau tumbuhan di atasnya tidak seperti gunung-gunung yang ada di Syam, dan bagaimana kalau kita alirkan di lembahnya air dari Nil lalu kita tanami pepohonan kurma?”

Muqauqis menjawab: “Saya menemukan beberapa keterangan dalam buku-buku bahawa dahulunya gunung ini adalah gunung yang paling banyak ditumbuhi pohon-pohon tanaman dan buah-buahannya, kerana itu al-Muqattam bin Mashr bin Baishar bin Ham bin Nuh menjadikannya sebagai tempat tinggal.

Suatu malam, di mana pada malam tersebut Nabi Musa as bercakap-cakap dengan Allah, Allah berfirman: “Pada malam ini Aku baru saja bercakap-cakap dengan salah satu Nabi-Ku di atas salah satu gunung di antara kalian”.

Semua gunung saat itu tidak ada yang merendah dan mengecil, bahkan masing-masing membusungkan dan membesarkan dirinya—barangkali sebagai rasa iri mengapa bukan dia yang dijadikan tempat untuk bercakap-cakap tersebut-kecuali gunung Bait al-Muqaddas—dalam riwayat lain kecuali Jabal Tur Sina sebagaimana riwayat yang ditulis oleh Ibnu az-Ziyat dalam bukunya al-Kawakib as-Sayyarah fi Tartib az-Ziyarah hal 12. Ia mengecilkan dan merendahkan dirinya.

Allah lalu bertanya kepada gunung Baitul Muqaddas tersebut: “Mengapa kamu lakukan itu wahai gunung Baitul Muqaddas—dan Allah tentu lebih mengetahuinya?”

Gunung Baitul Muqaddas itu menjawab: “Sebagai rasa penghormatan dan pengakuan akan keagunganMu ya Allah”.

Allah kemudian memerintahkan semua gunung untuk memberikan sebagian kekayaan, seperti tanaman yang dimilikinya.

Semua gunung memberikan sebagian kekayaannya, kecuali Jabal Muqattam, ia memberikan semua yang dimilikinya, termasuk tanaman dan pepohonan yang tumbuh di atasnya sehingga tidak ada satupun tanaman, pepohonan yang tersisa sebagaimana nampak saat ini.

Ketika Allah mengetahui niat baik gunung Muqattam ini, Allah lalu berfirman: “Aku mengetahui niat dan kebaikanmu, kerana itu tanaman-tanamanmu ini akan aku gantikan dengan pohon-pohon dan tanaman-tanaman surga”.
Dalam riwayat al-Hatnaty dan lainnya sebagaimana dinukil oleh Ibnu az-Ziyat, Allah lalu berfirman: “Aku akan menggantikan apa-apa yang pernah ada di atas punggungmu itu, dan Aku akan menjadikan di kakimu itu tanaman-tanaman syurga”.

Keutamaan Jabal Muqattam
Imam Muwafiquddin bin Utsman dalam bukunya al-Mursyid mengatakan:

Maksudnya: “Apabila Anda hendak mengetahui mulianya sebuah lahan, maka lihat orang-orang yang dikuburkan di dalam lahan tersebut”.

Kemudian ia mengutip firman Allah dalam surat Thaha ayat 55 di bawah ini:
Ertinya: “Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” (QS. Thaha ayat 55).

Ungkapan Imam Muwaffiquddin di atas, hemat penulis, tidak berlebihan; di antara ciri dan tanda untuk mengetahui mulianya sebuah tempat adalah dengan melihat orang-orang yang dikuburkan di dalamnya. Baqi’ misalnya, merupakan lahan pekuburan yang mulia mengingat lebih dari 5 ribu sahabat Nabi saw dikuburkan di dalamnya. Bahkan, sebagian besar Ahlul Bait Nabi saw, seperti Fatimah az-Zahra, Imam Hasan, isteri-isteri, putera puteri Rasulullah saw, para ulama seperti Imam Malik, Imam Nafi’ dan lainnya dikuburkan di sana.
Pekuburan Uhud, pun demikian. Ia merupakan tempat dan lahan yang mulia karena lebih dari 70 sahabat Nabi saw yang gugur pada perang Uhud termasuk bapa saudara Rasulullah saw, Sayyidina Hamzah dan sepupu Rasulullah saw, Abdullah bin Jahsy, dikuburkan di sana.

Demikian juga dengan Jabal Muqattam. Lebih dari 500 orang-orang pilihan yang terdiri dari para ulama, orang-orang soleh dan sahabat Nabi saw, dikuburkan di kaki gunung Muqattam ini. Ini menunjukkan bahwa Jabal Muqattam-- termasuk lembah, kaki dan daerah sekitarnya--merupakan tempat mulia dan pilihan.


Antara makam-makam yang terdapat di Jabal Muqattam.





























Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kemulian dan keistimewaan Jabal Muqattam ini, di antaranya adalah:


1. Abul Qasim Abdurrahman bin Abdullah bin Abdul Hakam dalam bukunya Futuh Mashr wa Akhbaruha (Juz 1 hal 274) menukil sebuah riwayat: Abdullah bin Solih berkata: Laits bin Sa’ad bertutur bahwa Muqauqis--raja Mesir saat itu—meminta Amru bin Asr agar menjual kaki Jabal Muqattam ini seharga 70 ribu dinar.


Amru bin Asr kaget mendengar hal itu, lalu ia mengirim surat kepada Umar bin Khatab yang saat itu menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar as-Siddiq di Madinah menceritakan keinginan Muqauqis tersebut berikut menjelaskan keadaan kaki Gunung Muqattam yang hendak dibeli tersebut.
Umar kemudian menjawab surat Amru bin Asr tersebut: “Tanyakan kepadanya, mengapa ia berani membeli kaki Gunung tersebut dengan harga mahal padahal tidak ada tanaman sedikitpun, juga tidak ada sumber air—dalam riwayat lain disebutkan: tidak ada manfaatnya”.
Amru bin Asr lalu menanyakannya, dan Muqauqis menjawab: ‘Saya mendapatkan keterangan tentang kaki Gunung Muqattam ini dari buku-buku dahulu, bahwa di kaki Gunung tersebut terdapat tanaman-tanaman (atau taman) syurga”.
Amru bin Asr segera menyampaikan jawaban Muqauqis tersebut kepada Umar bin Khatab. Umar kembali mengkirim surat: “Kami tidak mengetahui tanaman-tanaman syurga itu melainkan bagi orang-orang mukmin. Kuburkanlah di kaki gunung tersebut setiap orang muslim yang meninggal, dan jangan kamu jual sedikitpun daripadanya”.
Amru bin Asr lalu melaksanakan perintah Umar bin Khatab tersebut. Muqauqis pun marah mendengar hal itu, lalu Amru bin Asr memberikan kepada Muqauqis secupak lahan dari kaki Jabal Muqattam ini yang ke arah Habasy (kini sekitar Fustath, Old Cairo bahagian utara), untuk dijadikan komplek pemakaman orang-orang Nashrani.
Orang yang pertama dikuburkan di kaki Jabal Muqattam ini seorang laki-laki dari suku Ma’afir—sebuah suku yang berasal dari negeri Yaman—yang bernama ‘Aamir.


2. Abu Sa’id Abdurrahman bin Ahmad bin Yunus dalam bukunya Tarikh Masr, menukil sebuah riwayat dari Harmalah bin Imran yang berkata: “'Amir bin Mudrik al-Khaulany bertutur: Sufyan bin Wahab al-Khaulany berkata: “Suatu hari ketika kami bersama Amru bin Asr di sebuah kaki Jabal Muqattam dan saat itu Muqauqis turut juga bersama kami, Amer bin Ash bertanya: “Mengapa gunung kamu ini gundul tidak ada tanaman atau pepohonan di atasnya tidak seperti gunung-gunung yang ada di Syam, dan bagaimana kalau kita alirkan di lembahnya air dari Nil lalu kita tanami pepohonan kurma?”
Muqauqis menjawab: “Saya tidak tahu. Namun Allah telah menjadikan kaya penduduknya dengan sungai Nil. Hanya saja, kami mendapati bahwa di kaki Gunung Muqattam ini terdapat sesuatu yang lebih baik dan lebih berharga dari itu.
Amru bin Asr segera bertanya: “Apa itu?”
Muqauqis menjawab: “Dikuburkan di dalamnya (di kaki Jabal Muqattam) satu kaum yang kelak akan dibangkitkan pada hari Kiamat tanpa dihisab terlebih dahulu”.
Amru bin Asr sepontan berkata: “Ya Allah, jadikan saya termasuk di antara mereka”.
Harmalah lalu berkata: “Saya melihat kuburan Amru bin Asr, Abu Bashrah al-Ghifary dan kuburan Uqbah bin Amir al-Juhany. Amru bin Asr juga memberikan sebidang kaki Gunung Muqattam kepada Muqauqis antara kuburan dan di antara mereka (tempat orang-orang Nashrani).


Imam Muwaffiquddin bin Utsman dalam bukunya al-Mursyid (Juz 1 hal 8) mengatakan bahwa: “Dalam beberapa buku disebutkan bahwa akan dibangkitkan kelak pada hari Kiamat dari kaki Gunung Muqattam ini 80 ribu pemimpin yang akan masuk ke dalam surga tanpa dihisab terlebih dahulu”.


3. Dalam sebuah riwayat disebutkan, ‘Iyas bin Abbas bertutur bahwa Ka’ab al-Ahbar pernah berkata kepada seorang laki-laki yang hendak pergi menuju Mesir: “Saya minta tolong ambilkan untuk saya sedikit tanah dari kaki Gunung Muqattam, kerana kami mendapatkan dalam buku-buku dahulu bahwasannya Allah telah mensucikan kaki gunung Muqattam tersebut yang dibatasi dari daerah Qashim sampai ke Yahmum”.
Lalu laki-laki itu membawakannya dalam sebuah tempat, dan ketika Ka’ab sedang sakaratul maut, ia meminta agar tanah tersebut ditaburkan ke dalam kuburnya terlebih dahulu sebagai upaya tabarruk (mengharap berkah) sebelum mayatnya diletakkan.


4.. DR. Su’ad Mahir Muhammad dalam bukunya Masajid Masr wa Auliyaauhas Shaalihun (juz 1 hal 50) mengatakan bahawa di antara riwayat yang dijadikan landasan sejarawan abad pertengahan sebagai alasan orang-orang Kristian memuliakan Jabal Muqattam ini dan alasan kuat mengapa Muqauqis berkeinginan kuat untuk membelinya adalah riwayat sebagaimana yang dituturkan oleh al-Qudha’iy: bahwa Nabiyullah Isa as bersama ibunya, Maryam, pernah melewati Jabal Muqattam ini.
Siti Maryam lalu berkata: “Puteraku, tadi kita telah melewati banyak gunung, akan tetapi tidak ada gunung yang lebih indah yang banyak mengeluarkan cahaya selain gunung ini”.
Nabi Isa as menjawab: “Ibu, kelak di gunung ini akan dikuburkan sekelompok ummat dari ummatnya Ahmad (maksudnya Nabi Muhammad saw). gunung ini adalah tanaman-tanaman dan taman-taman syurga”.


Senada dengan riwayat di atas al-Maqrizi juga menukil sebuah riwayat dalam bukunya al-Mawa’izh wal I’tibar: Asad bin Musa berkata: “Saya mengantar satu mayat bersama Musa bin Luhai’ah. Kami lalu duduk di sekitarnya, lalu Musa bin Luha’iah mengangkat kepalanya memandangi Gunung Muqattam sambil berkata: “Sesungguhnya Nabi Isa as bersama ibunya pernah melewati Gunung Muqattam ini dengan memakai sebuah Jubbah yang terbuat dari wol yang tengahnya diikat dengan sebuah tali.
Ibunya lalu mengalihkan pandangannya menyaksikan dengan penuh asyik Gunung Muqattam. Nabi Isa lalu berkata: “Ibu, ini adalah tempat pekuburan ummat Muhammad saw”.


5. Imam al-Maqrizi demikian juga Imam Muwaffiquddin bin Utsman menukil sebuah riwayat bahwa dikisahkan bahwasannya ketika Nabi Musa as sujud, maka seluruh pepohonan dan tanaman yang berada di Gunung Muqattam juga turut sujud bersamanya.


6. Imam Muwafiquddin dalam bukunya Mursyiduz Zuwwar pernah mengatakan bahwa sebuah riwayat yang berasal dari al-Qudha’i mengatakan dalam kitab Taurat tertulis: “Apabila mendapatkan tempat suciku, maksudnya Lembah Musa (Wadi Musa) yang berada di Jabal Muqattam tepatnya di persimpangan batu-batu, maka ketahuilah bahawasannya Musa as pernah bermunajat kepada Allah di lembah tersebut”.


Sumber : UMI'S BLOG



Sunday, December 18, 2011

As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat

Bismillah
Assalamualaikum



Suasana dalam Masjid Al-Azhar tadi selepas solat jenazah As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat,

Ribuan hadir.Ketika ini bergema dengan laungan slongan tanda marah kepada Majlis Askari,tidak kurang hebat di luar masjid penganut kristian juga turut melaungkan macam-macam kemarahan...

Alfatihah. 

Thursday, December 15, 2011

Sambutan 24 tahun HAMAS

HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba.Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan pada Fatah seperti yang pernah didakwa. 

HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta oleh Likud bagi memporak perandakan masyarakat Palestin seperti yang difitnah oleh sesetengah yang lain.

Gerakan HAMAS merujuk pada perjuangan yang panjang. HAMAS menegaskan yang perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. 

Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928.

Sempena penubuhan HAMAS tahun ke-24 sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memperincikan perangkaan misi jihad sejak tahun 1987:

AL-QASSAM telah menyumbang 1,848 anggota tenteranya yang syahid.1117 misi jihad telah dilaksanakan, 87 dari misi tersebut adalah operasi amaliat istisyhadiah.Misi jihad AL-QASSAM mengakibatkan 1356 orang warga zionis maut dan mencederakan 6411 orang zionis yang lain.

Sebanyak 11093 roket dan peluru mortar telah dilancarkan ke lokasi-lokasi sasaran kepentingan zionis.

Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza bagi saya sungguh bertenaga sekali.Yang menarik, Ismail Haniyeh digelar Al-Fateh Jadid kerana pastinya HAMAS akan membuka pintu Masjid Al-Aqsa, inshaAllah.Saya sungguh teruja!

Saya bercita-cita mahu ke sana, kita pasti akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.Insha Allah.


Ucapan Ismail Haniyeh di Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza

Monday, December 12, 2011

Where Are You???


Tadi saya lalu tepi Masjid Umar Makram di Tahrir lalu ternampak banner ini...ditulis Where Are You sebagai seruan SELAMATKAN RAKYAT SYRIA...saya terdiam tanpa tiada suara yang bertanya kepada saya...saya nak jawab apa?saya telah buat apa?


Di banner itu ada banyak bendera beberapa buah negara termasuklah bendera negara kita yang tercinta...apa yang kita tahu tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya di sana...Apa yang berlaku di sana sebenarnya?


Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!?


Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik seperti ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


Rejim Basyar telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.


Pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid.Dianggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.


Seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.


Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.


Apa peranan kita sebenarnya?
Semoga kita terus berdoadan berdoa...jangan lupa ceritakan kepada dunia tentang umat Islam sekarang ni...mereka saudara kita...


"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dari bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di muka bumi ini."- Wasiat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb...

Friday, December 9, 2011

Hari-hari terakhir bersama ahli USRAH

Bismillah
Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, dalam pada tengah menghitung hari balik Malaysia for good, sempat juga meraikan hari-hari terakhir ini bersama adik-adik usrah. Usrah di Kaherah. Sebelum ini adik-adik usrah di Mansurah. Saya dengan bidan terjun diamanahkan untuk bersama-sama usrah dengan adik-adik  AJK Hewi KPKM yang datang dari furu'. Kebanyakannya dari Iskandariah, seorang Mansurah dan seorang Kaherah. 



Semoga mereka terus thabat dan sentiasa cemerlang untuk ummah.

Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah.Ia bersedia untuk dipasang di mana sahaja, terserah kepada arkitek dan kontraktor hendak meletakkan batu bata tersebut.

انا رمى من رماية الأسلام...فارمى أين ما شئت

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
Saad bin Abi Waqqas~



Saturday, November 19, 2011

I'm officially graduated!

Bismillah
Assalamu'alaikum



Alhamdulillah <3

I'm officially graduated from PMRAM University :)


Friday, November 18, 2011

Only@mansoura

Bismillah
Assalamu'alaikum

Semasa kemas file-file untuk dihapuskan...terjumpa satu notepad yang mengumpulkan iklan-iklan yang pernah saya hantar ke seluruh pelusuk Mansurah...antaranya iklan ni...

salam alaik~13orang untuk ifthor esok 27 Ogos 2010 bkumpul di DPJA jam 5:30pm.brgsiapa nak join sila BUZZ saya| only@mansoura

Juadah ifthor di rumah arab


senyum sendiri :D

Kenangan bekerja satu team dulu-dulu dengan kalian amat membahagiakan



Saturday, September 10, 2011

Natijah sudah keluar! 2

Bismillah 
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah!!!!


Alhamdulillah, natijah dari Mansurah sudah sampai, jazakillah khoir semua...hadiah untuk ISLAM dan semua...alhamdulillah  terima kasih kepada kalian yang mendoakan...Next!





Wednesday, August 24, 2011

Kenangan Pindah Rumah

Bismillah
Assalamua'laikum

Takde modal nak post.


Kenangan pindah rumah...gara-gara nak pindah, terus jadi kena barrah...
Panas jugalah, masa tu saya Ketua Unit Perumahan HEWI yang kena barrah.
15 Nov 2007~check in Mujahidah 2
28 Nov 2008~check out Mujahidah 2 dan check in Zinnirah
30 Sept 2009-1 Dis 2009~check out Zinnirah dan check in Raudhatul Mutmainnah
1 Dis 2010~check out Raudhatul Mutmainnah Hayyu Syarq dan check in ....?
Apa pun masa saya banyak habiskan berada di Markaz 1.

Menjadi orang nomad di Mansurah sebenarnya sesuatu yang meletihkan, tetapi saya seronok ada ramai adik-beradik...



Thursday, August 18, 2011

Belajar Dari Dua Umar

Bismillah
Assalamu'laikum

Alhamdulillah memiliki juga buku ni, tapi belum habis baca. Kirim melalui Achik Asiah. Saya pernah baca sedikit petikan daripada buku ini dari web Tranungkite.



“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya. 
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”


Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad,gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.

Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?
Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.

Wajah Khalifah Umar berubah menjadi merah petanda marah. Maka, utusan yang datang itu diminta pulang ke negeri mereka dengan membawa kembali habish tersebut. Kepada gabenor, Saidina Umar menulis;

“………makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu."

Kisah ini terkandung dalam kitab Manaqih Amirul Mukminin yang dikarang oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah. Hasan Al-Basri, seorang ulama zuhud .


Islam : Kenyangkan Perut Rakyat

Umno : Kenyangkan Perut Kroni" 


Sumber



Thursday, August 11, 2011

Fanus yang bercahaya itu...





Lampu Fanus menjadi ciri khas masyarakat Mesir dalam menyambut Ramadhan, sehingga ada yang sampai berkongsi untuk membeli dan memasang Fanus di jalan-jalan. Saat Ramadhan tiba, orang tua, dewasa di Mesir juga membelikan anak-anak mereka lampu fanus kecil. Lampu fanus itu menjadi mainan yang sangat menyeronokkan bagi mereka.

Masyarakat Mesir sendiri mulai mengenal Fanus pada tahun 358 hijrah iaitu pada hari ke 5 di bulan Ramadhan, seorang ahli seni kraf lampu Fanus Al-hajj Abduh Sayyid mengatakan, awal digunakannya lampu Fanus ini ketika masyarakat Mesir menyambut kedatangan seorang gabenor pada masa Fatimiyah yaitu Muiz Li Diinillah yang memasuki Kaherah pada waktu malam, maka para penduduk Kaherah menyambutnya beramai-ramai dengan menyalakan lampu-lampu lentera (Fanus) untuk menerangi jalan-jalan dan juga teriakan (yel-yel) selamat datang khas masyarakat Mesir.

Diceritakan, peristiwa itu terjadi malam di bulan Ramadhan. Dan sampai sekarang sejarah menyalakan dan menghias lampu itu menjadi semacam tradisi yang masih berlangsung sampai sekarang.

Pada masa Fatimiyah lampu Fanus berubah dari fungsi aslinya untuk menerangi jalan pada waktu malam hari menjadi sebuah hiasan, di mana waktu itu anak-anak kecil berkeliling kampung sambil membawa lampu Fanus untuk menarik perhatian orang-orang sambil meminta hadiah, sampai pada akhirnya lampu Fanus ini menjadi ciri khas dan digunakan untuk menyambut datangnya bulan suci Ramadhan di Mesir.

Menurut salah satu sumber, Fanus ini mengandung falsafahnya yang tersendiri. Selain sebagai ungkapan kegembiraan menyambut Ramadhan, Fanus juga sebagai menjadi lambang bahawa lampu pada hakikatnya adalah sumber cahaya. Begitu juga dengan Ramadhan, kehadirannya diibaratkan sebagai lampu penerang dalam kehidupan kita. Setelah sekian waktu bergelut dengan kesibukan yang kadang mengaburkan pandangan kita. Kemudian datanglah "lampu Ramadhan" yang bakal mengawal langkah kita menuju jalan yang lebih terang, dalam bahasa Al-Qur’an disebut dengan nama "Taqwa."

Sunday, July 31, 2011

Hadiah hari lahir

Tiada kata untuk saya ucapkan kali ini melainkan Alhamdulillah,
semoga benar-benar menjadi kenyataan,
saya mohon dengan sangat kepada Allah,
terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan saya,
Ya Robb...
indahnya perasaan ini...
saya perlu meneruskan kerja-kerja saya...
semoga Allah tabahkan saya dan sentiasa lorongkan saya ke jalan istiqamah...
semua ini hanya untuk ISLAM...

Tuesday, July 26, 2011

Hari bahagia Kak Halimah dan Nurul Huda~


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir .
QS 30:21

Tahniah kepada kakak dan adik saya yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 17 Julai dan 23 Julai 2011.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Kak Halimah dengan suami

Huda dengan suami

Lagu ini khas untuk kalian.Saya tahu kalian tidak tahu tentang entri saya untuk kalian.Mungkin setelah setahun dua baru tahu kot ;)



KakiBlog