Friday, October 17, 2014

Usrah Nukleus Tarbiyah

Bismillah
Assalamualaikum

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah.Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.

Para pimpinan Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk dalam wasilah. Syeikh Hasan Hudhaibi pernah menyatakan:
“Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan.Jika mereka telah merealisasikan hal ini kepada diri mereka, maka benarlah mereka akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman.”

Pemikir dakwah Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa “Tarbiyah melalui sistem usrah merupakan tarbiyah yang tidak boleh ditukar ganti dengan cara lain..”. 

Manakala Ustaz Mustafa Mahsyur pernah menyatakan “Kewujudan usrah tidak ada titik akhirnya walaupun daulah Islamiyah ditegakkan.”

Jelas sekali peranan dan kedudukan tarbiyah terutama operasi usrah tidak boleh diabaikan walau apa pun posisi gerakan Islam samada berada di marhalah ta’sis, marhalah infitah atau ketika di marhalah daulah.

Petikan pendahuluan kertas kerja Usrah Nukleus Tarbiyah UPI Nisa' Kelantan.



Sudah hampir setahun saya memegang amanah sebagai Ketua Unit Pembangunan Insan Nisa'Kelantan. Rasa baru semalam segalanya bermula. Masih terasa muka blur saya semasa mula-mula dapat taklifan ini. Tanpa bantahan. Semua tiba-tiba. Persoalan bermain di benak fikiran, kenapa saya, saya culas banyak dengan program Nisa'Kelantan. Tapi semuanya rela dan redha. Saya dengan blurnya hadir meeting pertama.

Alhamdulillah Allah hadirkan saya AJK yang osem. Banyak tolong, banyak dengar idea pelik-pelik, dan banyak rajin.Saya masih belajar, bermula dengan zero insha Allah i wanna to be a hero. Biar pecah kepala memikirkan aktiviti best untuk Nisa' Circle tapi itulah keseronokan. Tiap kali memikirkan untuk Nisa' Circle pasti esoknya ada yang bermata panda. Tidak mudah mendidik manusia.Tarbiyah  bukan sekadar membawa manusia menuju kepada semakin baik tetapi menyiapkan mereka menjadi kader, penggerak atau rijal kepada gerakan Islam, Al-Marhum Syeikh Dr. Ali Abdul Halim di dalam bukunya ‘Fi Takhtit Tarbawi'.Dengan erti kata yang ringkas, tarbiyah adalah satu proses yang bersifat teras, syumul, berkesinambungan dan komprehensif. Proses membina ruh, fikrah, iman, jasad dan jihad bagi menyiapkan angkatan rijal umat. Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyah.

Imam Hasan al-Banna pernah mengungkapkan mutiara hikmah buat kita semua :

“Dakwah ini tidak akan dimenangkan kecuali ada orang yang mencurahkan segala tenaganya untuk memahami selok belok dakwah ini”



Usrah MT Nisa' Kelantan 

Usrah AJK Nisa' Kelantan

Nisa' Circle 

Proses tarbiyah saaaangat panjang. Bukan semudah mengajak ayam makan. Andainya ada yang memahami ~

Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak






Thursday, October 16, 2014

PROSMA IV


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Entri ini adalah entri lama yang pernah saya post di facebook dan multiply pada tahun 2010. Saya baiki sedikit tulisan mengikut tatabahasa yang saya rasa betul.
:)






Assalamualaikum~

PROSMA IV (Projek Sumbangan Amal Palestin) kembali lagi~sebelum ini hanya tengok saja barang-barang PROSMA dikutip di Markaz 1 ataupun di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA). Tapi kali ini saya ditugaskan untuk mengutip dan mengelola sendiri barang-barang ini.

Tentunya PROSMA hanya kedengaran semasa hampirnya  Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK). Klik link PMHK. Akan tetapi kerja-kerja yang berlaku belakang tabir sebaliknya, mengiklan, mengumpul barang dan menyelesaikan barang-barang untuk di bawa ke Kaherah. Tahun sebelum ini, Mansurah mencatat jumlah tertinggi.Manakala tahun ini tidak diumumkan pula.Paling tertinggi barangkali.
:D

PROSMA atau Projek Sumbangan Amal Palestin kali ini adalah kali yang keempat. PROSMA berjaya melaksanakan misinya misi kemanusiaan dalam mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Zionis. Projek yang diletakkan di bawah seliaan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini dengan menggunakan modus operandi jualan barangan terpakai hasil kutipan daripada sumbangan ahli.

Kemeriahan kutipan barang-barang PROSMA di Mansurah pada mulanya agak biasa, namun panasnya PROSMA kian terasa apabila hari ke 2 terakhir ramai ahli Mansurah turun ke DPJA untuk menyumbangkan barang-barang mereka termasuklah koleksi tersayang.



Wednesday, October 15, 2014

Kembali Berharap KepadaNya

Bismillah
Assalamua'alaikum

Sedang menyiapkan sebuah entri, saya menerima dua keping mesej whats app dari kejauhan.


:)

Kami sentiasa berkongsi cerita walaupun jarak memisahkan.
Jazakillah khayr Ateh <3


Khas untuk Ateh;








Ilmu Sejarah Kelengkapan Pendakwah

Kitab Thaqafah al-Da'iyyah (Ilmu pengetahuan pendakwah)
Kitab ini didiskusikan ketika saya sebagai peserta Kolokium Imuan Q
@DPJA Mansurah

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Tajuk post sengeling saya ambil tajuk artikel Solusi Isu 72 muka surat 44-45. Menarik tajuk ni, mengupas salah satu tajuk dalam buku Thaqafah al-Da'iyyah bab Thaqafah al-Tarikhiyyah karangan Dr Syeikh Yusuf al- Qaradawi. 

Dalam buku ini, Dr Syeikh Yusuf al- Qaradawi menyusun dengan kemas dan praktikal turutan dan penerangan cabang-cabang ilmu pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendakwah samada secara rasmi atau tidak sebagai pengisian menjadi pendakwah yang baik.Buku ini juga asalnya merupakan kertas  kerja yang beliau sampaikan dalam Persidangan Dakwah Antarabangsa Pertama yang diselenggarakan oleh Universiti Madinah pada bulan Safar tahun 1397 hijrah.

Dr Syeikh Yusuf al- Qaradawi berpendapat bahawa persiapan ilmu dan pengrtahuan yang harus dimiliki dan disajikan kepada pendakwah meliputi beberapa cabang sebagaimana berikut:

1. Pengetahuan ilmu agama Islam
2. Pengetahuan Sejarah
3. Pengetahuan Kesusasteraan dan Bahasa
4. Pengetahuan Sains Kemanusiaan Sosiologi
5. Pengetahuan Sains
6. Pengetahuan Semasa (Ilmu Teknologi Maklumat contoh Media Baru)

Kenapa Sejarah?

Dr Syeikh Yusuf al- Qaradawi ada menjelaskan, "Seseorang yang ingin menjadi pendakwah yang baik, haruslah memiliki pengetahuan sejarah. Sebab sejarah itu bagaikan sebuah buku catatan tentang kemanusiaan; berisi catatan peristiwa yang dialami atau dilakukan oleh orang yang merupakan kumpulan pengetahuan dan hasil budayanya dan sekali gus merupakan bukti atau saksi yang adil atas segala macam cita dan karya mereka."

Beliau menyambung lagi, "Yang dipandang penting dalam konteks perbicaraan ini ialah sejarah Islam dan umatnya secara khusus serta sejarah dunia secara umumnya. Akan tetapi tidak dimaksudkan agar setiap pendakwah itu menjadi ahli sejarah. Sebab sulit dibayangkan adanya seseorang yang mengetahui sejarah manusia di dunia ini secara keseluruhan, sungguhpun orang yang dimaksudkan merupakan ahli sejarah. Dengan demikian apa yang perlu diketahui oleh pendakwah hanyalah tonggak dan garis-garis bersarnya yang perlu sahaja.



(لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ) 
[Surah Yusuf : 111]

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. 

Sejarah menghamparkan ibrah  bagi sesiapa yang mencarinya, dan ternyata mereka yang bersifat ulul albab ialah mereka yang akan berjaya mendapatkan ibrah tersebut. Masakan Allah mencipta sejarah tidak bersebab dan tidak bertujuan.

Mahasiswa Sejarah dan Tamadun Islam

Siapa sangka saya memilih untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam. Satu-satu bidang pengajian yang paling tidak diminati dan paling minoriti di KUSZA (Baca : UDM). Juga mempunyai jam kredit paling banyak dalam Sekolah Pengajian Islam. Antara madah pengajian kami ialah Teori dan Kaedah Sejarah, Sejarah Awal Islam, Pengantar Tamadun, Sejarah Islam Bani Umayyah / Abbasiyyah, Tamadun Islam, Kelemahan / Kejatuhan Abbasiyyah, Sejarah Perkembangan Ilmu Islam, Kerajaan Kecil selepas Abbasiyyah dan semuanya kami belajar dalamn bahasa Arab kecuali TITAS. Di semester akhir kami menulis tesis (Kertas Penyelidikan), tajuk tesis  saya Ibnu Sina dan Sumbangannya dalam Tamadun Islam.

Alhamdulillah saya belajar dan bertahan sehingga berjaya mendapat Diploma Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam). Cabaran lagi buat saya, bidang pengajian saya tidak ada di Mesir peringkat ijazah, sekiranya ada pun tiada pelajar menyambung peringkat degree di sana. Maka saya memutuskan untuk mengambil shortsem selama dua bulan untuk mengambil beberapa madah pengajian Syariah untuk melayakkan saya mendapat Diploma Pengajian Islam (Syariah) dan layak menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar. Double Diploma :)




Belajar dan memahami sejarah merupakan kesukaan saya.Walaupun tidaklah saya cemerlang dalam pelajaran ketika bergelar mahasiswa Sejarah.Di Mesir, identiti saya sebagai pelajar sejarah tidak diketahui umum. Sahabat sekUSZA sahaja yang tahu. Saya lebih selesa jika hanya dikenali sebagai pelajar Syariah dan itulah yang berlaku. Sehinggalah pada satu situasi yang berlaku sedikit khilaf antara sahabat tentang fakta sejarah. Saya pun lupa tentang apa, samada tentang Kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah atau tentang Duwaylat / Kerajaan Kecil. Saya cuba merungkai kekusutan ketika itu dengan merujuk beberapa buah kitab dan ingat balik ilmu di kuliah STI. Alhamdulillah, dan ketika itulah identiti terbongkar sedikit. Mereka terkejut, "Laaaa awat tak habaq". Saya menyambung, "Ilmu tak banyak" :D

Walaupun begitu sudah lama saya meninggalkan bidang Sejarah setelah menyambung pengajian dalam bidang Syariah. Kena asah balik melalui pembacaan atau sambung belajar dalam bidang sejarah? Ehem!

Rujukan
Thaqafah Da'iyyah / Dr Syeikh Yusuf al- Qaradawi / Maktabah Wahbah
Solusi Isu 72



Tuesday, October 14, 2014

Tragedi Qibya (Palestin) The Qibya Massacre




Tragedi Qibya (Palestin)

Bulan Oktober ini (14 - 15 Okt 1953-2014) kita mengingati satu lagi pembantaian ke atas saudara-saudara kita di Palestin. 61 tahun berlalu kita tidak pernah lupa. Pada waktu malam sehingga pagi pasukan pengganas Israel (IDF -  Israel Defend Force) yang dipimpin oleh Ariel Sharon telah memasuki kampung di Barat Ramallah dan menembak sewenangnya dan membunuh 67 rakyat Palestin (3/4 wanita dan kanak-kanak). Mereka meletupkan 50 buah rumah, sebuah sekolah dan 56 buah masjid. Tragedi ini disebut pembunuhan beramai-ramai Qibya (The Qibya Massacre). 

Ariel Sharon bukan sahaja penjenayah perang yang membunuh lebih 3000 rakyat Palestin di tragedi Shabra dan Shatilla (16 Sept 1982) boleh rujuk buku Dari Beirut ke Jerusalem bahkan juga dia telah membunuh hampir 4,000 rakyat Palestin akibat Intifadah al-Aqsa yang bermula pada 28 Sept 2000.

Saya merujuk di sini.


Ukhuwah Islamiah

Gambar : HEWI DPMM 2008/2009


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Akhir-akhir ni saya sangat rindu dengan adik-beradik saya dalam gambar ini. Bukan sebelum  ni tak rindu, teringat. Tapi kali ini lain macam. Banyak pula throw back akhir-akhir ni. Kami dulu, kalau berselisih pendapat ke gaduh-gaduh ke ayat penyudahnya, "Nanti Kak Cik mesti rindu kat Kak Teh" ayat contoh, sebab saya sokmo ada-ada je dengan Kak Teh, mungkin sebab kami sama umur. Mungkin. Tersenyum bila teringat balik semua. Rindu!

Semua dah ada kehidupan masing-masing.Bekerja, berumahtangga dan ada yang sambung belajar ke peringkat sarjana. Sesekali ada juga berbual di facebook dan whats appAlhamdulillah, walaupun jauh, saya terasa dekat dengan mereka. Kami pernah re union sekali April lepas bersama Mansourian yang lain dalam satu program Ijtima' Aalimat. Seronok tak terkata. Hebatnya persaudaraan kita dengan didasari ukhuwwah Islamiah.

Kutaib Ukhuwwah Islamiah 


Dalam sebuah buku yang bertajuk Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih Ulwan, beliau telah menggariskan beberapa syarat-syarat dalam berukhuwah.

Antaranya:

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina atas dasar keikhlasan kepada Allah.
2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina atas dasar keimanan dan ketakwaan.
3. Hendaklah ukhuwah berjalan dengan mengikut syariat Islamiah.
4. Hendaklah ukhuwah terbina atas konsep nasihat menasihati.
5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dengan konsep bantu membantu di kala senang dan susah.



Sunday, October 12, 2014

Selamat kembali ke kuliah!

Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar LilBanat Mansurah. 
7 Januari 2012.

Hari ini secara rasmi Universiti Al-Azhar memulakan pengajian pada sesi ini. Saya tetiba rasa teruja, rasa nak sambung belajar membuak-buak dan ditambah lagi sekarang ni musim konvokesyen IPTA di Malaysia. Membuak-buak dan menggelegak. Fuh hiperbola. Doakan saya dapat sambung belajar :)

Alangkah rindunya zaman pengajian di Mesir. Hari-hari teringat, setiap masa setiap detik. Allahu. Alangkah lagi bernilainya sekiranya semua ilmu yang pelajari samada di Al-Azhar dan aktiviti PMRAM diaplikasi semaksimanya di Malaysia. Andai Al-Azhar itu berbentuk batang tubuh manusia, beliau pasti berbangga dan tersenyum dengan pencapaian kita di tanah air.

Saya teringat satu syair.Syair ini saya sentiasa tampal di depan ruangan study saya di Mansurah dan saya pernah buat kad ucapan sempena imtihan kepada anak usrah.Syair ini memberi maksud dan kesan yang mendalam.

Kad yang saya bawa balik ^^


من قصيدة قيمة للأمير الشعراء أحمد شوقي
Petikan daripada qasidah yang bernilai Raja Penyair, Ahmad Syawqi

قم في فم الدنيا وحى الأزهرا

وانثر على سمع الزمان الجوهرا
Bangkitlah di hadapan dunia dan bersegeralah ke Al-Azhar
Selerakkan permata berharga ke telinga zaman

يا طلاب الأزهر
Wahai penuntut-penuntut Al-Azhar

العلم في القلب الأتقى

والقلب بالحكمة يرقى
Ilmu itu di dalam hati yang taqwa
Dan hati yang berhikmah akan naik tinggi

يبرق في الدنيا برقا

من فيض أنوار الأزهر
Di dunia,ia berkilau gemilang
Daripada limpahan cahaya-cahaya Al-Azhar

يا قلعة المجد الزاهر

يا حصن قرآنى الطاهر
Wahai kubu kemuliaan yang menerangi!
Wahai benteng Al-Quran yang suci!

مستقبل الدنيا الباهر

أمسى مدينا للأزهر
Yang menghadap dunia dengan penuh cemerlang
Sentiasalah menjadi kredit kepada Al-Azhar

يا خير طلاب الدنيا

هيا بنا تسعى سعيا
Wahai penuntut terbaik di dunia!
Marilah bersama kami berusaha sedaya upaya

نحو دراسات عليا

إن نامت الدنيا نسهر
Ke arah pengajian yang lebih tinggi 
Di waktu dunia tidur, kita menyengkang mata

نستذكر العلم النافع 

وندرس الأدب الرائع
Mengulangkaji ilmu bermanfaat
Kita pelajari sastera yang hebat!

بعقل مجتهد بارع 

بالدين والتقوى يفخر 
Dengan minda cergas penuh kebijaksanaan 
Berbangga dengan agama dan taqwa

شرفكم ربى الرحمن 

بنور آيات القرآن 
Tuhanku al-Rahman memuliakan kamu 
Dengan cahaya-cahaya Al-Quran itu

لتغرسوا عطر الإيمان

في الزهر والنبت الأخضر
Supaya tertanam wangian Iman
Pada bunga (generasi lama) dan tunas kehijauan (generasi baru)

والله ربى يرعانا 

يحرسنا في دنيانا
Allah Tuhanku menjaga kita semua
Melindungi kita di alam dunia

حتى يكلل مسعانا

فكبروا : الله أكبر...! 
Sehingga ke akhir hayat yang sebenar 
Maka berserulah! Allah itu Maha Besar!

Suka sangat dengan bait-bait syair ni. Semangat!




KakiBlog