Bismillah
Assalamualaikum
Suasana dalam Masjid Al-Azhar tadi selepas solat jenazah As-syahid Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat,
Ribuan hadir.Ketika ini bergema dengan laungan slongan tanda marah kepada Majlis Askari,tidak kurang hebat di luar masjid penganut kristian juga turut melaungkan macam-macam kemarahan...
Alfatihah.
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Sunday, December 18, 2011
Thursday, December 15, 2011
Sambutan 24 tahun HAMAS
HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba.Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan pada Fatah seperti yang pernah didakwa.
HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta oleh Likud bagi memporak perandakan masyarakat Palestin seperti yang difitnah oleh sesetengah yang lain.
Gerakan HAMAS merujuk pada perjuangan yang panjang. HAMAS menegaskan yang perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936.
Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928.
Sempena penubuhan HAMAS tahun ke-24 sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memperincikan perangkaan misi jihad sejak tahun 1987:
AL-QASSAM telah menyumbang 1,848 anggota tenteranya yang syahid.1117 misi jihad telah dilaksanakan, 87 dari misi tersebut adalah operasi amaliat istisyhadiah.Misi jihad AL-QASSAM mengakibatkan 1356 orang warga zionis maut dan mencederakan 6411 orang zionis yang lain.
Sebanyak 11093 roket dan peluru mortar telah dilancarkan ke lokasi-lokasi sasaran kepentingan zionis.
Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza bagi saya sungguh bertenaga sekali.Yang menarik, Ismail Haniyeh digelar Al-Fateh Jadid kerana pastinya HAMAS akan membuka pintu Masjid Al-Aqsa, inshaAllah.Saya sungguh teruja!
Saya bercita-cita mahu ke sana, kita pasti akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.Insha Allah.
Ucapan Ismail Haniyeh di Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza
Monday, December 12, 2011
Where Are You???
Tadi saya lalu tepi Masjid Umar Makram di Tahrir lalu ternampak banner ini...ditulis Where Are You sebagai seruan SELAMATKAN RAKYAT SYRIA...saya terdiam tanpa tiada suara yang bertanya kepada saya...saya nak jawab apa?saya telah buat apa?
Di banner itu ada banyak bendera beberapa buah negara termasuklah bendera negara kita yang tercinta...apa yang kita tahu tidak seperti apa yang berlaku sebenarnya di sana...Apa yang berlaku di sana sebenarnya?
Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!?
Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik seperti ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Rejim Basyar telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid.Dianggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Apa peranan kita sebenarnya?
Semoga kita terus berdoadan berdoa...jangan lupa ceritakan kepada dunia tentang umat Islam sekarang ni...mereka saudara kita...
"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dari bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di muka bumi ini."- Wasiat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb...
Friday, December 9, 2011
Hari-hari terakhir bersama ahli USRAH
Bismillah
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, dalam pada tengah menghitung hari balik Malaysia for good, sempat juga meraikan hari-hari terakhir ini bersama adik-adik usrah. Usrah di Kaherah. Sebelum ini adik-adik usrah di Mansurah. Saya dengan bidan terjun diamanahkan untuk bersama-sama usrah dengan adik-adik AJK Hewi KPKM yang datang dari furu'. Kebanyakannya dari Iskandariah, seorang Mansurah dan seorang Kaherah.
Semoga mereka terus thabat dan sentiasa cemerlang untuk ummah.
Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah.Ia bersedia untuk dipasang di mana sahaja, terserah kepada arkitek dan kontraktor hendak meletakkan batu bata tersebut.
انا رمى من رماية الأسلام...فارمى أين ما شئت
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
Saad bin Abi Waqqas~
Saturday, November 19, 2011
Friday, November 18, 2011
Only@mansoura
Bismillah
Assalamu'alaikum
Semasa kemas file-file untuk dihapuskan...terjumpa satu notepad yang mengumpulkan iklan-iklan yang pernah saya hantar ke seluruh pelusuk Mansurah...antaranya iklan ni...
salam alaik~13orang untuk ifthor esok 27 Ogos 2010 bkumpul di DPJA jam 5:30pm.brgsiapa nak join sila BUZZ saya| only@mansoura
senyum sendiri :D
Kenangan bekerja satu team dulu-dulu dengan kalian amat membahagiakan
Assalamu'alaikum
Semasa kemas file-file untuk dihapuskan...terjumpa satu notepad yang mengumpulkan iklan-iklan yang pernah saya hantar ke seluruh pelusuk Mansurah...antaranya iklan ni...
salam alaik~13orang untuk ifthor esok 27 Ogos 2010 bkumpul di DPJA jam 5:30pm.brgsiapa nak join sila BUZZ saya| only@mansoura
Juadah ifthor di rumah arab
senyum sendiri :D
Kenangan bekerja satu team dulu-dulu dengan kalian amat membahagiakan
Saturday, September 10, 2011
Natijah sudah keluar! 2
Bismillah
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah!!!!
Alhamdulillah, natijah dari Mansurah sudah sampai, jazakillah khoir semua...hadiah untuk ISLAM dan semua...alhamdulillah terima kasih kepada kalian yang mendoakan...Next!
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





