Thursday, April 23, 2015

8 Resipi Mudah Untuk Detoks

Bismillah
Assalamualaikum

Sana-sini orang duk share tentang Detoks. Saya pun tak tahu benda apa, sehinggalah saya tengok Along beria-ia minta saya beli lemon.



1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.


Sumber

Thursday, April 16, 2015

Time is Life is TIME




Masa adalah Kehidupan
Imam Hasan al-Banna rahimahullah menyebut :
Barangsiapa mengetahui hakikat waktu, maka dia telah mengetahui hakikat kehidupan itu sendiri.
Seorang faqih, penyair dan juga sasterawan 'Umarah al-Yamani rahimahullah menyatakan di dalam qasidahnya :
"Apabila modalmu dalam kehidupan ini adalah umurmu, maka janganlah kamu hulurkan ia pada hal yang tidak perlu."

Monday, April 13, 2015

Kenapa?

Bismillah

Assalamualaikum.


Kadang-kadang akan hadir satu perasaan, iaitu sedih. Persoalan, iaitu kenapa?. Penyesalan...ampunkan hambaMu.
:(

"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik dua jari. Itupun belum pasti berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaik diri menjadi sebaik-baik hamba Allah. 

Teruslah melangkah meskipun dalam kepayahan, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah,sedangkan kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah. 

Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba.

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus menuju jalanNya"



Rijal Shodaqu

Bismillah
Assalamualaikum


(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا)

[Surat Al-Ahzab 23]



ا.د.محمد بديع " لو أعدموني ألف مرة... والله لا أنكص عن الحق ... اننا لم نكن نهذي حين قلنا أن الموت في سبيل الله 
أسمى أمانينا"

Andai aku digantung 1000 kali, demi Allah, aku tidak akan berpaling daripada kebenaran. Sesungguhnya kami tidak pernah bermain-main apabila kami berkata; Mati di jalan Allah itu cita-cita tertinggi kami..

'Dr Muhammad Badie'



Saturday, April 4, 2015

Ini Kisah Huda

Bismillah 

Assalamuaalaikum
Sudah lama saya ingin berkongsi cerita tetang sekeping gambar ini, tapi tidak ada masa untuk mengorek kisah tentang gambar ini.

Ini adalah kisah Huda dan wartawan jurugambar Osman Sagirli.


Dia bukan sedang bergaya. Dia dalam ketakutan amat. Anak kecil ini bernama Huda berusia empat tahun dari Hama Syria merupakan pelarian di Kem Pelarian Atmeh مخيم اطمه للاجئين di sempadan Turki. Dia bersama ibunya di kem pelarian setelah ayahnya meninggal dunia dalam pembunuhan beramai-ramai Hama.

Lensa kamera diangkat ke arahnya, dia terus mengangkat tangan dan tunduk. Dia menyangka lensa kamera wartawan adalah senjata seperti yang diacukan oleh tentera rejim Assad, lalu dia terus angkat tangan tanda menyerah diri.

Oh adik tidak dapat ku bayangkan betapa kamu hidup dalam keadaan ketakutan.Semoga anak-anak Syria terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan mereka walau tanpa ibu ayah di sisi. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian.
Allah akan menjaga kalian insha Allah. Dunia ini adalah perjalanan sementara. Semoga bertemu nanti di syurga.


https://www.facebook.com/hamza.alshaheed/photos/pb.175737975813435.-2207520000.1428078160./822356634484896/?type=3&theater

http://www.althaer.com/news/196153

http://www.bbc.com/news/blogs-trending-32121732



Thursday, April 2, 2015

Buku Ensiklopedia Hadits

Bismillah

Assalamualaikum.



Buku Ensiklopedia Hadits  ini sampai jua (4 jilid pertama) di Kota Bharu dengan bantuan adik saya Ahmad Fauwaz. Beliau ke Kuala Lumpur untuk menghantar kereta kepada isterinya. Macam-macam cara saya fikir bagaimana untuk bawa balik kitab ni dengan harga yang murah. Huhu. Akhirnya inilah pilihan saya. Kena bayar duit tol je lah :D

Saya sebelum memutuskan untuk membeli kitab ini, banyak agen, kedai buku online saya survey dulu harga. Pertama sekali tengok iklan di Solusi RM 1,500.00, yang ni kena buat loan. Lama-lama semangat memiliki kitab ni semakin pudar dengan harga  ribu riban ni. Akhir sekali kawan saya hantar telegram promosi kitab ni RM 999.00. Saya memang tak tidur malam memikirkan kitab ni. Nak ke tak nak. Nak ke tak nak? Sehingga ke Jakarta saya memikirkan. Konon kan boleh pegi jalan-jalan beli kitab ni. Akhirnya tidak juga. 

Sehinggalah saya terbaca di facebook, ada kenalan menunjukkan dia membeli kitab tu dengan harga RM 1,500.00! Tanpa buang masa saya terus wasap book kitab tu. Masa tu duit memang tak cukup. Kalau ada pun nak guna untuk benda lain. Huhu. 

Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka, berjaya juga saya kumpul duit tanpa pinjam. Hanya minta doa daripada ma supaya dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah :)

Kenapa saya beria benar nak memiliki kitab ni?

1 set lengkap mengandungi 8 jilid kitab hadith. Menghimpunkan Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud,Jami' at-Tirmizi
Sunan an-Nasa'ie, dan Sunan Ibnu Majah. Ensiklopdia ini mengandungi 32,000 lebih hadith juga terjemahan yang mudah difahami serta mempunyai tanda baris yang lengkap dan mudah. Best kan?

Sekarang ni ramai orang menyebarkan hadith yang palsu yang bukan bersandarkan Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Jadi, inilah rujukan terbaik saya bila ada kemusykilan. Lagi-lagi dah ada terjemahan :D Sebelum ini saya ada kitab bahasa arab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Saya pernah menadah kitab Sahih Bukhari di Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM, walaupun belum tamat, saya bercita-cita mahu menamatkan juga, insha Allah.

KakiBlog