Sunday, August 26, 2012

...tiada kata untuk Syria...

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Doakan saudara-saudara kita di Syria wahai teman.Air mata saya mengalir lagi.Saya seperti biasa, saya sanggup bersengkang mata membaca berita tentang Syria yang rata-ratanya berbahasa arab, saya jarang menangis kerana membaca mungkin saya hanya berteka-teka untuk memahaminya dengan hati nurani, namun cukuplah gambar berbicara mengkhabarkan segalanya.

Apabila saya scroll down satu persatu gambar saya lihat, hari ini saya menangis.Sebelum ini bukan tak pernah tengok gambar, saya tengok tapi saya menyumpah kepada Bashar laknatullah, namun hari ini berbeza.

Tiada kata-kata, doakan mereka teman-teman, doakan mereka.

Mudahnya Menjemput Rezeki

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, “Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha.”
Kita juga pernah mendengar kata-kata, “Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan.”


Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul?
Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikannya nombor dua pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua. 

Contohnya apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba, maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan di hujung-hujung waktu. Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat yang pertama itu.



Jangan biarkan aku tanpaMu

Bismillah.
Assalamu'alaikum

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،
وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)



Friday, August 24, 2012

Pelangi untuk Syria

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Pelangi untuk Syria :)
Saya tak tahu apa tajuk terbaik untuk saya kongsi cerita tentang Syria.Saya tidak tahu banyak tentang Syria, dan saya pun tiada kawan yang belajar di Syria setelah saya scan kawan-kawan saya.Saya mengenali Syria kerana Syria adalah bumi anbiya dan sahabiah dan saya lebih mengenali Syria lebih dekat selepas setahun yang lalu.Arab Spring, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan Syria.Tetapi Syria masih berpanjangan isunya.

tbc



Wednesday, August 22, 2012

Jom puasa enam!

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Jadi, buat isnin dan khamis pun ok.
Esok 5 Syawal, 9 Syawal, 12 Syawal, 16 Syawal, 19 Syawal, 23 Syawal cukup :) 
Sila sambung ke seterusnya.


Hebat matematik Allah ♥
Puasa 6 hari di bulan Syawal seperti berpuasa sepanjang tahun.




Memperingati 21 Ogos 1969 Masjid Al Aqsa dibakar.

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Peristiwa Bersejarah Pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa. (Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Pada 21 Ogos 2006 Bersamaan 27 Rejab 1427H.

21 Ogos 1969: Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis

Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untuk meneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terus marak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpet dan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil Mimbar Solahuddin yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa.


Saturday, August 18, 2012

Semua yang terakhir Ramadhan ini

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Syawal ertinya "meningkat", bukan Zawal yang bermakna "menghilang"

4 Falsafah Syawal adalah Lebaran, Luberan, Leburan, & Laburan.

Lebaran; lebar bermakna usai dengan sempurna. Khatam sudah mujahadah Ramadhan, apakah kita sudah menjadi insan yang bertaqwa?

Luberan; luber ertinya berlimpah hingga tumpah-ruah. Zakat yang dibayarkan, sedekah yang dihulurkan, menjadi wujud kesyukuran.

Leburan; lebur ertinya luluh tanpa sisa. Termuhasabah sudahkah kita "ghufira lahu ma taqaddama min dzanbih" & dimaafkan sesama?

Laburan; labur ertinya kapur, terguna menjernih air & memutihkan dinding pagar. Apakah lahir & batin kita terhias akhlaq mulia?

Semoga Syawal ini, bakda Lebaran, Luberan, Leburan, Laburan; kita tak terbuai oleh yang ke-5; Liburan. 
Tiada libur dalam berketaatan:)


(Versi Indonesia semuanya)



Monday, August 13, 2012

Malam 27 Ramadhan 1432

Bismillah.
Assalamu'alaikum














27 Ramadhan 1432 - Alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang waktu bersama adik-adik seusrah dan bersama ribuan jemaah menunaikan tarawih di Masjid 'Amru al-'As di Fustat.

 Masjid 'Amru al-'As  , masjid tertua di Mesir dan Afrika.
 Masjid 'Amru al-'As , dibina pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah, bersamaan tahun 642M sempena penaklukan negara Mesir yang diketuai oleh Sayyidina 'Amru al-'As  bersama 60 sahabat ketika itu.

Masjid Amru adalah masjid Jamek (masjid besar) yang keempat dibina dalam sejarah Islam selepas Masjid Nabi, Basrah dan Kufah.

Antara sahabat Nabi yang menyertai Amru ialah Abu Zar al-Ghiffari, Zubair al-Awwam, Miqdad al-Aswad, Ubadah bin Somit, Abu Darda’ Uqbah bin Amir dan lain-lain.

Kami bertolak selepas zohor.Manusia berpusu-pusu masuk, sukar dibayangkan kesesakan yang teramat sangat. Terlalu sempit dan berhimpit.Berniat mahu solat dalam masjid, tapi seawal-awal kami, ada lagi yang lebih awal.Maka kami hanya solat di luar masjid, tapi masih dalam pagar masjid! Subhanallah ramai sungguh orang.Saya dapat info jemaah mencecah ratusan ribu. Benarlah ustaz saya pernah beritahu, sehinggakan ada yang solat atas kereta! Dengan cuaca yang sangat panas dan berdebu kami bersabar, menahan segalanya tanpa boleh meninggalkan tempat duduk. sesak!

Menjadi rutin tahunan, solat tarawih malam 27 Ramadhan sempena lailatul qadr diimamkan oleh qari terkenal, Syeikh Jibreel.Solat yang lama dengan qunut yang sangat panjang.Qunut berjalan selama 1 jam 10 minit. Doa-doa meminta keampunan dan pujian kepada Allah dipanjatkan. Sekali lagi suara esakan dan tangisan kedengaran.
Ia semakin kuat dan jelas kedengaran.

Solat berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Puas. Tapi kepulangan ke rumah sangat menyeksakan. Sekali lagi ribuan jemaah bersesak untuk keluar. Lebih sesak daripada ketibaan tadi.
Apapun kami selamat tiba di rumah hampir jam 2 pagi.Beberapa ketika kemudian kedengaran musahhirati mengetuk gegendang telinga kami sebagai alarm untuk bangun sahur.



Sunday, August 5, 2012

2 tahun lalu

Bismillah.
Assalamu'alaikum

MAT HEWI DPMM kali ke 18

Alhamdulillah.

Sudah 2 tahun berlalu MAT DPMM kali ke 18.Hari ini berlangsungnya MAT DPMM kali ke 20 dan buat pertama kalinya MAT DPMM digabungkan HEWI dan DPMM.

Tahniah dan takziah buat pimpinan baru DPMM sesi 2012/2013.
MAT DPMM kali ke 20



KakiBlog