Bismillah.
Assalamu'alaikum
27 Ramadhan 1432 - Alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang waktu bersama adik-adik seusrah dan bersama ribuan jemaah menunaikan tarawih di Masjid 'Amru al-'As di Fustat.
Masjid 'Amru al-'As , masjid tertua di Mesir dan Afrika.
Masjid 'Amru al-'As , dibina pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah, bersamaan tahun 642M sempena penaklukan negara Mesir yang diketuai oleh Sayyidina 'Amru al-'As bersama 60 sahabat ketika itu.
Masjid Amru adalah masjid Jamek (masjid besar) yang keempat dibina dalam sejarah Islam selepas Masjid Nabi, Basrah dan Kufah.
Antara sahabat Nabi yang menyertai Amru ialah Abu Zar al-Ghiffari, Zubair al-Awwam, Miqdad al-Aswad, Ubadah bin Somit, Abu Darda’ Uqbah bin Amir dan lain-lain.
Kami bertolak selepas zohor.Manusia berpusu-pusu masuk, sukar dibayangkan kesesakan yang teramat sangat. Terlalu sempit dan berhimpit.Berniat mahu solat dalam masjid, tapi seawal-awal kami, ada lagi yang lebih awal.Maka kami hanya solat di luar masjid, tapi masih dalam pagar masjid! Subhanallah ramai sungguh orang.Saya dapat info jemaah mencecah ratusan ribu. Benarlah ustaz saya pernah beritahu, sehinggakan ada yang solat atas kereta! Dengan cuaca yang sangat panas dan berdebu kami bersabar, menahan segalanya tanpa boleh meninggalkan tempat duduk. sesak!
Menjadi rutin tahunan, solat tarawih malam 27 Ramadhan sempena lailatul qadr diimamkan oleh qari terkenal, Syeikh Jibreel.Solat yang lama dengan qunut yang sangat panjang.Qunut berjalan selama 1 jam 10 minit. Doa-doa meminta keampunan dan pujian kepada Allah dipanjatkan. Sekali lagi suara esakan dan tangisan kedengaran.
Ia semakin kuat dan jelas kedengaran.
Solat berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Puas. Tapi kepulangan ke rumah sangat menyeksakan. Sekali lagi ribuan jemaah bersesak untuk keluar. Lebih sesak daripada ketibaan tadi.
Apapun kami selamat tiba di rumah hampir jam 2 pagi.Beberapa ketika kemudian kedengaran musahhirati mengetuk gegendang telinga kami sebagai alarm untuk bangun sahur.
No comments:
Post a Comment