Friday, October 17, 2014

Usrah Nukleus Tarbiyah

Bismillah
Assalamualaikum

Tunggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah.Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.

Para pimpinan Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk dalam wasilah. Syeikh Hasan Hudhaibi pernah menyatakan:
“Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan.Jika mereka telah merealisasikan hal ini kepada diri mereka, maka benarlah mereka akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman.”

Pemikir dakwah Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa “Tarbiyah melalui sistem usrah merupakan tarbiyah yang tidak boleh ditukar ganti dengan cara lain..”. 

Manakala Ustaz Mustafa Mahsyur pernah menyatakan “Kewujudan usrah tidak ada titik akhirnya walaupun daulah Islamiyah ditegakkan.”

Jelas sekali peranan dan kedudukan tarbiyah terutama operasi usrah tidak boleh diabaikan walau apa pun posisi gerakan Islam samada berada di marhalah ta’sis, marhalah infitah atau ketika di marhalah daulah.

Petikan pendahuluan kertas kerja Usrah Nukleus Tarbiyah UPI Nisa' Kelantan.



Sudah hampir setahun saya memegang amanah sebagai Ketua Unit Pembangunan Insan Nisa'Kelantan. Rasa baru semalam segalanya bermula. Masih terasa muka blur saya semasa mula-mula dapat taklifan ini. Tanpa bantahan. Semua tiba-tiba. Persoalan bermain di benak fikiran, kenapa saya, saya culas banyak dengan program Nisa'Kelantan. Tapi semuanya rela dan redha. Saya dengan blurnya hadir meeting pertama.

Alhamdulillah Allah hadirkan saya AJK yang osem. Banyak tolong, banyak dengar idea pelik-pelik, dan banyak rajin.Saya masih belajar, bermula dengan zero insha Allah i wanna to be a hero. Biar pecah kepala memikirkan aktiviti best untuk Nisa' Circle tapi itulah keseronokan. Tiap kali memikirkan untuk Nisa' Circle pasti esoknya ada yang bermata panda. Tidak mudah mendidik manusia.Tarbiyah  bukan sekadar membawa manusia menuju kepada semakin baik tetapi menyiapkan mereka menjadi kader, penggerak atau rijal kepada gerakan Islam, Al-Marhum Syeikh Dr. Ali Abdul Halim di dalam bukunya ‘Fi Takhtit Tarbawi'.Dengan erti kata yang ringkas, tarbiyah adalah satu proses yang bersifat teras, syumul, berkesinambungan dan komprehensif. Proses membina ruh, fikrah, iman, jasad dan jihad bagi menyiapkan angkatan rijal umat. Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyah.

Imam Hasan al-Banna pernah mengungkapkan mutiara hikmah buat kita semua :

“Dakwah ini tidak akan dimenangkan kecuali ada orang yang mencurahkan segala tenaganya untuk memahami selok belok dakwah ini”



Usrah MT Nisa' Kelantan 

Usrah AJK Nisa' Kelantan

Nisa' Circle 

Proses tarbiyah saaaangat panjang. Bukan semudah mengajak ayam makan. Andainya ada yang memahami ~

Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak






No comments:

Post a Comment

KakiBlog