Tuesday, January 31, 2012

Si Syahid yang senyum


Bismillah.
Assalamu'alaikum

Pada tarikh 28 Januari 2012 genap setahun tragedi Jumaat Kemarahan yang mana pada Jumaat itu ramai yang terkorban pada tangan-tangan yang kejam.Peristiwa ini telah merobek jutaan perasaan kerana ramai jiwa yang terkorban pada hari itu di Tahrir, kita tidak akan lupa peristiwa yang berlaku atas Qasr an-Nil di mana ramai yang solat di atas jambatan itu dan pihak berkuasa telah menyembur air kepada jemaah.

Antara yang terkorban pada hari itu ialah  Mostafa El Sawy, saya sangat terkesan dengan kesyahidan beliau.


Sunday, January 22, 2012

Konvensyen DPM IV ::


Bismillah.
Assalamu'alaikum

Kehangatan Konvensyen DPM kali keempat kian terasa. Kali pertama pada 1995 yang dibatalkan pada saat-saat akhir hingga peristiwa itu digelar Dumu' Mansurah (Air Mata Mansurah) , kali kedua pada pada 1998 yang diadakan sebagai menebus pembatalan Konvensyen DPM kali pertama juga di Mansurah.Konvensyen kali ketiga atau SEJAK  pada 4 dan 5 Ogos 2007, dan sekarang yang kita tunggu-tunggu konvensyen DPM kali keempat yang akan diadakan pada bulan Februari nanti.


Apabila kita soroti kronologi ketiga-tiga konvensyen ini, semuanya mempunyai latar belakang yang tersendiri.Sudah tentu kita tidak pernah lupa tentang Air Mata Mansurah 1995 walaupun kita bukan orang yang berdiri di sana ketika peristiwa itu.Walaupun sejarah itu memilukan, tetapi kita telan dengan kematangan.Kerana kita dididik dengan tarbiah yang cukup hebat.Kerana apabila kita berlari, kita tetap memulakan dengan langkah pertama yang mana kita mungkin diuji di tengah perlarian kita.


Menuju Memori 20 tahun DPM; 20 tahun, jika diletakkan DPM sebagai seorang pemuda, tentulah sumbangannya terhadap dunia sangat besar dan hebat.Begitulah DPM.DPM yang ditubuhkan oleh PMRAM sangat hebat.Segala apa yang berlaku pada hari ini, yang telah kita nikmati hari ini baik dari segi kesatuan, ukhuwwah, kasih sayang, kekuatan hasil susah payah perit jerih generasi terdahulu.Begitulah keadaan bagaimana titik tolak bermulanya Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) di 8 buah muhafazah.Bukan mudah untuk membina semuanya, memerlukan pengorbanan yang cukup besar tidak terbayar walaupun dengan linangan air mata.Hakikatnya kita yang nikmati semua ini pada saat ini, adakah kita sedar ini adalah sumbangan generasi terdahulu? 


Generasi penerus mata rantai perjuangan generasi terdahulu, yang mana mereka tidak merasai perit jerih generasi terdahulu sepatutnya menghargai kesusahan kakak-kakak dan abang-abang terdahulu yang memulakan titik tolak sebuah DPM. Perkara utama yang perlu dijaga ialah dengan memelihara kesatuan ukhuwwah. DPM yang dimulakan dengan 1001 kepahitan bukanlah seperti BKAN yang terletak di kota Kaherah  yang mana dinaungi oleh negeri masing-masing.


DPM yang terletak di muhafazah yang serba kekurangan dari sudut kemudahan seperti markaz ,tempat tinggal dan lain-lain, tentu saja melelahkan individu-individu yang mendokong halatujunya. Namun , perlu diingat bahawa lelah fizikal bukan bererti lelah jiwa. Jiwa yang kental akan menyebabkan kelelahan fizikal menjadi lebih ringan. Sebaliknya jiwa yang lemah akan menjadikan fizikal yang kuat tiada ertinya. Justeru, untuk mengembalikan kehebatan silam, tidak dapat tidak, mestilah melalui beberapa prasyarat kejayaan iaitu, kekentalan iman, kesungguhan amal, istiqamah dan ukhuwah .


Konvensyen kali ini pastinya berbeza,  kerana segala yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini, seperti tiada kelangsungan penghantaran pelajar ke muhafazah, kebersamaan pelajar pengajian Islam dan Perubatan dan pelbagai isu yang berlaku di muhafazah.Diakui, selama ini kita hanya masing-masing ambil pusing hal ehwal DPM  atau BKAN masing-masing kerana lain tempat lain tanah. Demi gerak kerja Islam, kita mahu lahirkan mahasiswa yang cakna isu ummah.Mahasiswa di Kaherah cakna isu di muhafazah, mahasiswa di muhafazah cakna isu di peringat BKAN dan PMRAM Pusat.Sekiranya kita mampu, akan melahirkan aktivis dari BKAN yang bermukim dan menjadi sebahagian dari DPM. Kebenaran yang kita perlu akui, ramai dari kalangan aktivis PMRAM yang dari muhafazah bergiat aktif di BKAN dan PMRAM Pusat


Saya menyeru kepada semua, sebagai perwakilan kita perlu membuktikan kebersamaan kita dalam menyelesaikan masalah dengan melontarkan idea yang kreatif dan kritis kerana Rasulullah bermesyuarat dengan sahabat tentang strategi peperangan dan konsep ini juga diteruskan oleh Khulafa' Ar-Rasyidin.Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159 "Dan bermesyuarat dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." Rasulullah berpesan kepada kita, "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal kaum Muslimin, maka dia tidak tergolong dalam kalangan mereka".


Selamat berkonvensyen!


Ingatkan sempat dengan Konvensyen DPM kali keempat :(




Tuesday, January 17, 2012

Bagaimana kita membalas jasa kedua ibu bapa kita?

Bismillah.
Assalamu'alaikum


Abi Burdah radhiallahu 'anhu pernah melihat Ibn Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”




Bagaimana kita membalas jasa ibu bapa kita...? 
Kita lebih berebut untuk cium tangan orang lain berbanding cium tangan ibu bapa kita...muhasabah...



Sunday, January 15, 2012

Akhirnya...

Perjalanan pulang ke Kota Bharu


Bismillah.
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah akhirnya saya pulang jua ke tanah air tercinta dengan linangan air mata.Jujur saya katakan saya sangat sayang Mesir. Saya menangis teruk bila kapal mula tinggi di awan.Saya panjatkan doa agar saya kembali lagi ke Mesir suatu hari nanti.Insha Allah.


Keberkatan bumi Anbia' memang banyak mengajar kita erti kehidupan sebagai hamba, bumi itu adalah guru terbaik yang telah mendidik banyak hati manusia untuk mengenal kebesaran Allah sebagai pencipta.



KakiBlog