Sunday, July 31, 2011

Hadiah hari lahir

Tiada kata untuk saya ucapkan kali ini melainkan Alhamdulillah,
semoga benar-benar menjadi kenyataan,
saya mohon dengan sangat kepada Allah,
terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan saya,
Ya Robb...
indahnya perasaan ini...
saya perlu meneruskan kerja-kerja saya...
semoga Allah tabahkan saya dan sentiasa lorongkan saya ke jalan istiqamah...
semua ini hanya untuk ISLAM...

Tuesday, July 26, 2011

Hari bahagia Kak Halimah dan Nurul Huda~


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir .
QS 30:21

Tahniah kepada kakak dan adik saya yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 17 Julai dan 23 Julai 2011.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Kak Halimah dengan suami

Huda dengan suami

Lagu ini khas untuk kalian.Saya tahu kalian tidak tahu tentang entri saya untuk kalian.Mungkin setelah setahun dua baru tahu kot ;)



Hari ini, Allah telah memendekkan lagi jarakku denganNya

Ya Allah berkatilah mereka yang ikhlas mendoakanku pada hari ini, jadikan aku sebagaimana doa mereka kepadaku, murahkan rezeki mereka,panjangkan usia mereka untuk terus melakukan kebaikan dan beribadah kepadaMu.Aminn♥
Jazakumullah~

Terima kasih atas doa kalian...

Sudah 4 kali saya menyambut ulang tahun kelahiran di Ardhil Kinanah.Semuanya suasana yang berbeza.

Pada 25 Julai 2008 saya sempat menyambut ulang tahun yang ke 23 bersama-sama sahabat-sahabat saya di Pizza King, Kaherah.

25 Julai 2009 saya berpeluang menyambut hari lahir semasa percutian musim panas di Matruh Siwa.Memang menarik, saya diberi peluang untuk berucap semasa aktiviti dengan semua peserta.Tak tahu nak cakap apa masa itu.

25 Julai 2010 seingat saya, waktu ini saya sibuk dengan persiapan MAT kali ke 18.Sehari sebelum itu saya ke Tanta atas urusan ziarah ahli Mansurah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.Dan baru sahaja menyelesaikan urusan mengutip barang-barang PROSMA.

25 Julai 2011 saya menyambut ulang tahun kelahiran kali ini di Kaherah pada siangnya dan di Mansurah pada malamnya.Kelas bahasa saya mula hari ini dan esok saya ada mesyuarat MAT kali ke 19 dan latihan kereta sebelah paginya.


Yang berbeza semua, hari apa pun semuanya berbeza pengalaman dan peristiwa.

Terima kasih kepada ma dan ayah juga adik-beradik saya yang  bertahan dengan perangai saya sejak 26 tahun lalu bagi ma, ayah, along dan faiz juga adik-adik yang lain.Terima kasih kerana mendidik saya sesuatu yang berharga.

Hari ini hari lahirku
Hari ini bertambah lagi usiaku
Hari ini akan bertambah tanggungjawabku
Hari ini akan menjadikanku lebih matang
Dek ujian yang mdatang
Yang akan mjadi saksi ketabahan diriku mengharungi onak dan duri
Hari ini, Allah telah memendekkan lagi jarakku denganNya
Semakin kurang tempoh untuk beramal
Semakin kubur mempersiap tempat untukkuSemakin  bsedia malaikat maut dtg mjmputkuSemakin  dekat amalan dihitung
dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahanam
Allahu Robbi................

Saturday, July 23, 2011

Natijah sudah keluar!

   Andak setia di hadapan laptop.Hubungi keluarga agaknya, bisik saya.Saya mahu turun ke rumah bawah.Tiba-tiba Ayong menyerbu pintu rumah terus masuk ke bilik.


   Andak camana? dapat tengok tak natijah?


   Hah natijah!? Saya terkejut.Tidak terus turun, malah terus masuk ke bilik.Natijah sudah keluar ke? 


   Inilah dialog yang mendebarkan setiap tahun.Takutnya menghadapi apabila menghadapi soalan imtihan.Rasanya lagi berdebar memikirkan natijah.


   Kita sering takut dengan natijah.Ya sangat takut, saya pun sama.Apabila difikirkan apalah sangat nak takut sejak UPSR lagi kita menghadapi imtihan.Tapi setiap tahun takutnya lain macam. Saya pernah menangis teruk selepas dapat natijah, pun pernah terduduk, juga pernah tersenyum.Kelakar apabila ingat semula.Tiada foto sebagai kenangan.Masih kemas dalam memori.Saya bukanlah yang sentiasa excellent dengan natijah.Ada banyak versi natijah saya setiap tahun.Alhamdulillah.Tetap sangat mendambakan najah.


   Mendapat natijah di Mesir ini sangat menguji emosi.Natijah akan keluar pada musim panas.Natijah imtihan musim shita' juga akan keluar sekali gus dan tidak dinyatakan hari apa akan keluar.Tidak menjadi masalah sangat hal ini.Alah bisa tegal biasa.Ada yang sentiasa ke kuliah untuk mengikuti perkembangan natijah.Dan kami tidak dapat transkrip natijah.Ada dua cara biasanya untuk kami dapatkan transkrip samada kami ambil salinan dengan Unit Pengetahuan dan Pendidikan Hewi dan kami fotostat atau cara mudah iaitu cabut natijah yang ditampal dan fotostat sebanyaknya dan tampal kembali.Saya pernah mengetuai cara yang mudah ini.Bermula tahun lepas natijah tahun 1 boleh disemak di web.


Ini cerita natijah Kuliah Al-Azhar lain pula cerita natijah Maahad Qiraat.Adik-adik tahun 1 dan 2 biasanya natijah boleh dilihat dengan kerani maahad.Bagi mereka yang tahun 3 (Shahadah) natijah terus boleh disemak di Al-Azhar Education WebsiteDan sistem peperiksaan mereka berbeza dengan kami pelajar kuliah.Namun mereka sangat beruntung sebagai Hamilul Qur'an.Bukan senang nak hafal dan menjaga ayat-ayat suci Al-Qur'an ini.Berada di satu muhafazah yang sama dengan mahasiswi Qiraat ini memberikan bonus buat kami yang mana muhafazah lain tidak seistimewa kami di Mansurah.


   Alhamdulillah natijah shahadah sudah keluar ada yang najah ada yang dur.Kita gagal hari ini dan kita akan berjaya esok.Yang terbaik untuk semua sahabat saya yang akan menghadapi dur thani antara pertengahan puasa atau selepas lebaran nanti.Tahniah untuk sahabat-sahabat yang najah sofi.Doa kalian mengiringi kejayaan kami nanti.Teruskan berdoa! Dan ingatlah, kejayaan yang hakiki adalah kita berjaya masuk ke syurga Allah.Allahu Robbi.


   Terus menunggu natijah Kuliah Syariah tahun 4~

Friday, July 22, 2011

Saya sudah punyai blog!


   Saya sudah lama ada blog.Cumanya namanya sahaja bukan blog.Boleh lawat di http://rafiqiwafiyye.multiply.com/ . Saya pernah menulis di sini namun hanya individu tertentu sahaja yang boleh membaca tulisan saya.Ya, saya agak takut untuk menulis. Saya lebih suka membaca tulisan orang lain.


   Sudah banyak kali orang minta saya menulis.Pandai ke saya nak menulis?
Ada satu komen di laman facebook saya,
 "Akak aktif berfb menulislah akak di blog...".Saya tersenyum. Ahlibait saya sudah banyak kali memanaskan saya tentang menulis di blog. Junior saya sebelum saya menjejak ke bumi Anbiya', pernah tanya alamat blog saya, dan beberapa orang lagilah.Seronok kata mereka.
وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. QS 51:55



  Saya memang bukanlah seorang yang tegas dalam penggunaan bahasa.Tetapi saya suka ambil berat tentang bahasa.Mungkin saya pernah berguru dengan guru yang memang strict dalam tatabahasa.

   Terima kasih Cikgu Murnee binti Mohamad (Maahad Muhammadi Perempuan 2001) dan Cikgu Mokhtar (Tuisyen Kami 2003).Saya mengenali kamus dewan semasa Darjah 6 masa, guru Bahasa Melayu saya waktu itu Cikgu Nek Ainon.Dan saya mula membelek Kamus Tatabahasa Dewan semasa Tingkatan 3, Cikgu Murnee guru Bahasa Melayu saya ketika itu.


   Tulisan saya yang terpanjang setakat ini masa mengarang esei SPM pada tahun 2003!


   Semoga blog ini bermanfaat untuk ummah!

Tuesday, July 19, 2011

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'

Saya ada baca tentang kewajipan mengundi, sangat penting untuk dibaca, difahami dan disebarkan.Jadi saya kongsikan di sini.


Semalam ada sahabat menghubungi saya bertanyakan hukum mengundi dan menyertai pilihanraya . Di bawah saya perturunkan satu catatan ringkas dari Tuan Guru Hj. Harun Taib .


Menegakkan Pemerintahan Islam


Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :


“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.


Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:


“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.


Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.


Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam


Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:


“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.


Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.


Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal


Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?


Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:


Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:


Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).


Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.


Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.


Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam


Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.


Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.


Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.


Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.


Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam


Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:


“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.


Antara maksud lafaz baiah itu ialah:


“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.


Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:


“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)


Firman Allah lagi, maksudnya:


“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)


Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:


“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)


Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:


“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.


Mendaftar Diri Sebagai Pemilih


Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.


Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.


Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:


“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.


Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.


Kesimpulan dan Penutup


Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.


Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.


“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.


Sumber: Ust Nasruddin
 

Mabrouk !!

Fauwaz dan Ayah selepas majlis idul ilmi

   Alhamdulillah wa syukrillah, adik saya sudah menamatkan pengajiannya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dalam Diploma Al-Syariah.Alhamdulillah semalam beliau telah konvokesyen atau idul ilmi di Balai Islam.Saya pun tidak sempat bertanya banyak hanya mengucapkan tahniah kepadanya.Saya sempat membelek gambar-gambar yang dimuat turun dalam group facebook keluarga kami.Along dan Ayah sahaja yang mengiringi adik saya di majlis konvokesyen.


   Apa pun tahniah, semoga ilmu dapat disebarkan kepada ummah dan kita pelajar agama menjadi agen mengubah ummah.Sambung belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi lagi ;) 
I'm proud of you bro!



عن معاوية رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين" متفق عليه


Dari Muawiyah R.A, Nabi saw bersabda : 
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT akan kebaikan kepadanya maka dia akan difahamkan berkenaan urusan agama .”
 Riwayat Bukhari dan Muslim


Alhamdulillah

Dewan peperiksaan Kuliah Al-Azhar Lilbanat Mansurah, gambar ini diambil pada Jun 2008

   Tawakal 3la Allah ujar Dukturah Sofa' kepada saya seusai selesai syafawi.Dengan beliau saya syafawi madah Fiqh Muqaran bermacam soalan ditanya tentang dalil kehakiman, saksi bagi wanita, dan soalan-soalan sekitar pendakwaan.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya.Semoga saya dan sahabat-sahabat saya 4 Syariah termasuk dalam orang yang berjaya.Nahnu Mumtaziin!


   Walaupun imtihan sudah berakhir, teruskan mengulang Al-Quran dan teruskan menelaah kitab-kitab kuliah dan kitab-kitab lain.Kini saya sedar kepentingan apabila balik Malaysia nanti. Sangat terasa kerdil ahli masyarakat bertanya itu dan ini. Apabila kita dididik dengan exam oriented, kita belajar semuanya untuk peperiksaan semata-mata.Kita lupa kepentingan kita menuntut ilmu.Lepas lulus semua peperiksaan, kita mendapat keputusan yang cemerlang maka pekerjaan yang baik dan gajinya lumayan kita cari.Semuanya baik, apapun biarlah semua yang kita buat kerana Allah.
Kanak-kanak di Mesir menjunjung eisy untuk dijual

 إعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً و إعمل لأخرتك كأنك تموت غداً
"Berkerjalah seolah kamu akan hidup selamanya, beramallah seolah kamu akan mati esok hari"
KakiBlog