Sunday, August 31, 2014

Satu pemergian

HRPZ 4 Februari 2014
 

Di sini lahirnya sebuah CINTA

Bismillah.
Assalamu’alaikum


 Kemerdekaan yang hakiki;

Rubie' bin Amir, utusan Saad bin Abi Waqqas panglima tentera Islam semasa bertemu dengan Panglima Rustam panglima angkatan bersenjata Parsi ketika ditanya misi kedatangannya,Rubie' bin Amir menjawab;
“Kami dibangkitkan untuk mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya untuk Allah, daripada kekejaman agama-agama (iaitu sistem) kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”


Saturday, August 16, 2014

Bubble Giant Biladi

Bismillah
Assalamu'alaikum

Ketika kecil-kecil dulu, saya suka main bubble ni. Dengan menggunakan batang daun betik dan air sabun basuh. Tiup ke udara. Tiup atas simen.Seronok.

Bila dah dewasa ni ada dengar pula bubble giant. Besar dan memang tak cepat pecah.Ini permainan budak ke orang tua main ni? :D

Untuk Nisa' Circle kali ini, Pengarah Nisa', Kak Najibah cadang buat bubble ni. Sabun buat sendiri. Saya cuba tanya sahabat-sahabat yang pernah buat dan rujuk youtube.

Alhamdulillah, hasilnya tidaklah sehebat yang kita tengok di youtube. Hanya untuk mengembirakan si kecil ini. Terimbau kenangan main benda ni masa kecil dulu.


# Dalam gambar : Balqish comel sedang meniup bubble dan saya turut ambil kesempatan main juga ;)




Friday, August 1, 2014

Walimah Adinda Ahmad Fauwaz


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " QS 30:21





KakiBlog