Monday, November 6, 2017

Sekeping Hati Yang Lumpuh


Bismillah
Assalamualaikum.
Sekali lagi~



Engkau faham apa kalau aku bercerita tentang duka, tentang hampa, tentang kecewa dengan tingkah manusia?
Tidak.
Aku percaya engkau takkan mampu memahaminya.
Tidak mampu engkau bayangkan bagaimana rasanya hidup bertemankan airmata, bangun menangis, terlena keletihan kerana menangis lalu terjaga dan kembali menangis.
Tidak mampu engkau fahami bagaimana rasanya menjadi orang yang diperlukan namun hatinya kesunyian bagai hidup berseorangan.
Dirindui dan disayang-sayang namun jiwanya tetap kontang.
Demikian aku yang kadang terperosok juga di sudut itu.
Bangkit bertatih memupuk akur dan syukur,
Belajar tersenyum dan berbuat apa saja untuk gembira,
Namun sungguh,
Ternyata berpura-pura itu satu hal yang cukup menyakitkan.
Tersungkur aku keletihan!
Setiap cuba membuka mata di kubang duka dan derita,
Hatiku lumpuh merenanginya.
Kadang terlalu ingin aku membahagi rasa itu denganmu
Mana tahu kalau-kalau terasa ringan beban di bahu
Mana tahu engkau mampu menjadi penawar saat perlu.
Tetapi akhirnya ku fikir tidak.
Engkau tidak patut tahu
Biar yang derita itu cuma aku
Biar saja yang lumpuh itu cuma hatiku.

#Pujuklah Hati



Thursday, November 2, 2017

Titik Terakhir



Bismillah
Assalamualaikum.
Nukilan orang yang sangat tepat dibaca dalam keadaan seperti ini.

Aku memandang kamu.

Maafkan aku kalau belum cukup dewasa pada usia sedewasa ini. Maafkan aku kalau selalu ada selumbar halus yang menyusup masuk diam-diam ke dalam lalu membuahkan  dendam. Atau torehan kasar yang terang-terangan membuatmu parah dan berdarah. Maafkan aku kalau di fikiranmu aku masih belum cukup matang. Maaf kalau di matamu banyak lagi yang masih kurang.

Kalau engkau sudi... aku mohon engkau memahami. Beri aku sedikit ruang untuk menjelaskannya. Sedikit sahaja pun tidak mengapa. Sungguh, ada kalanya aku ditimpa kekalutan hingga hilang pertimbangan. Lalu tanpa kusedari tergelincir segala kata yang tidak mahu aku lafazkan. Lalu ia menjadi kerikil kecil yang selalu sahaja melukai. Lalu ia menjadi sesal terbesar yang selalu sahaja menghinggapi.
Saat ini.. tidak ada yang mampu kujelaskan lagi. Saat kepala tertunduk lesu dan mataku terus berdegil menakung air. Aku kira semuanya telah berakhir. Andai khilafku yang menghantar kita ke titik terakhir, cuma satu pintaku - maafkan aku.

#Be cool
#Pujuklah hati

Saturday, August 5, 2017

Pisang Ggalo

Bismillah
Assalamualaikum

Rutin.

Tertanya-tanya jugok sari duo ni, bilo la Kak Nik Moh nok mari kait daun pisang ggalo ni.
Hari ni mari doh eh. Biasanya awal bulan beginilah pasangan suami isteri ini akan datang mengait daun pisang yang super duper banyak kegunaan ini.

Senyap-senyap dari bilikku.



"Pokok pisang ggalo ni banyok dooh, sero nak tebey separuh."
Teringat demo ni oyak; Tebey la tebey, maroh ko Kak Nik Moh.

Pokok pisang semua ditanam oleh arwah ma.

Saturday, May 6, 2017

Pusara Bonda


Bismillah
Assalamualaikum.


(وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

[Surat Al-A'raf 34]



إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang ziarah dan yang mendoakan ma dan kami sekeluarga.

Sungguh mudah perjalanan menguruskan jenazah ma semalam. Walaupun saya terkilan kerana tidak berada di samping ma sehingga saat akhir. 



Kakak Asma di pusara bonda


Sunday, February 12, 2017

Rotan

Bismillah
Assalamualaikum



Rotan lagi malam ni. baru belajar guna rotan.
Saya tak pernah guna untuk pukul murid. Cukup saya angkat, mereka sudah faham. Jimat suara. Hehe.

Saya suka kata-kata ini;
Luqman memberi nasihat kepada anaknya.

"Orang tua memukul anaknya,
sama seperti baja untuk tanaman."

Monday, June 13, 2016

Bangkitkan Roh Teladan dalam Diri Anak

Bangkitkan Roh Teladan dalam Diri Anak
Contoh teladan yang baik membawa erti yang besar dalam hidup anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi insan yang soleh supaya sifat mulia itu akan dicontohi anak.
Abu Mas'ud Al' Ansori r.a melaporkan. Rasulullah mengatakan, "Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, ia mendapat ganjaran amalan seumpama orang yang mengikutinya."
Direkodkan oleh Imam Muslim
Petikan Bab 65
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Asma berbagi air dan isi nyiur dengan Aisyah, katanya di Port Dickson takde

Sunday, June 12, 2016

Dua Kecantikan

Bismillah

Gambar dan pesanan pada gambar ni cantik kan?


Perempuan yang baik, adalah perempuan yang sulit dimengerti. Sebab penjagaan dirinya yang begitu rapi, hingga tak ada celah buat orang lain mengetahuinya. ☺️
#LautanLangit

Semoga aku dan muslimah di luar sana memiliki dua kecantikan ini. Aminn..



KakiBlog