Tuesday, June 24, 2014

Our team ♥

Bismillah.
Assalamu’alaikum

 
Inilah wajah-wajah yang sentiasa bekerja bersama saya.Semoga terus diberikan kekuatan untuk bekerja untuk ummah.

Setahun lebih mengenali mereka sangat membahagiakan.5 orang satu team.5 karakter yang berbeza.

Hasrat saya.Mereka boleh dihantar ke mana dalam dakwah bidang kecenderungan mereka.

Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah.Ia bersedia untuk dipasang di mana sahaja, terserah kepada arkitek dan kontraktor hendak meletakkan batu bata tersebut.

انا رمى من رماية الأسلام...فارمى أين ما شئت

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
Saad bin Abi Waqqas~

#Ayat febret ^_^

Monday, June 23, 2014

Teringat :)

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Subhanallah berkesempatan bertemu Sheikhul Qurra' Sheikh Muhammad Kurayyim Rajeh dan mengiringi isteri syeikh, Ummu Azhar. Alhamdulillah Allah izinkan saya bertemu ulama' besar Syria yang dalam rangka lawatan ke Kelantan pada Januari lepas.



Pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk mengiringi mereka, kerana kurang yakin boleh berbahasa arab dengan baik. Risau duk erk erkk je. Apa-pun alhamdulillah thumma alhamdulillah.




Monday, June 9, 2014

Tadabbur Alam

Bismillah.
Assalamu’alaikum

15-17 Mei 2014
Tadabbur Alam di Pulau Perhentian.
Subhanallah indahnya alam ciptaan Tuhan.
Manusia memilih untuk bersyukur atau untuk kufur.
Manusia memilih untuk memelihara atau merosakkan.
Maha Suci Allah Pemelihara segenap alam.



Tuesday, April 15, 2014

Harapan

Bismillah.
Assalamu’alaikum

"Berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia.

Sedekahkanlah senyuman walau di hatimu tidak lagi bertahan.
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka.
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.
Hiduplah di dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan".


Semoga diri terus diberi kekuatan untuk terus melangkah.

Gambar : Hadiqoh Al-Azhar, Kaherah 10 November 2011



Kembara Ilmu ke PPAS


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Kembara Ilmu PPAS bersama team Nisa' Kelantan :)  





Sudut febret ;)


Jika anda mempunyai sebuah taman dan sebuah perpustakaan anda memiliki semua yang anda perlukan.
-Cicero




Tuesday, April 8, 2014

Belajar dan Berbakti

Bismillah 
Assalamu'alaikum

(إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا)
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
 [Surat Al-Ahzab : 72]




Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan saya istiqomah untuk belajar dan berbakti.




Friday, January 31, 2014

Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak!

Bismillah
Assalamu'alaikum


Hewi DPMM 2008/2009


Hewi DPMM 2009/2010


"Pemimpin dan kepimpinan bukan dicetak. Pemimpin tak lahir dalam bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat." 
-Pak Natsir 

[Jangan takut untuk sibukkan diri dalam saf pejuangan Islam ini. 
Kita bukan pencetus dan bukanlah pengakhiran, 
tetapi kita adalah untaian rantai-rantai perjuangan.
Masa kita memang tidak sama dengan orang lain.
Tetapi apabila kita telah disenaraikan dalam saf perjuangan
maka tabiat generasi ini mestilah dibezakan 
daripada tabiat generasi umum
sahsiah mestilah ditingkatkan
fikrah mestilah jelas
daya fikir mestilah matang
ucapan dan kata-kata biarlah berharga
pandangan mestilah bernas
kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi
tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh
perkara mabda',aham dan sampingan hendaklah tahu dibezakan
sumbangan mestilah bertambah
dan muhasabah diri sendiri janganlah dialpakan
semoga dengan disiplin diri ini mampu memberi manfaat
bukan sahaja pada kelangsungan perjuangan
tapi demi kebaikan diri sendiri.]




KakiBlog