Friday, January 31, 2014

Aslih Nafsak Wad'u Ghayrak!

Bismillah
Assalamu'alaikum


Hewi DPMM 2008/2009


Hewi DPMM 2009/2010


"Pemimpin dan kepimpinan bukan dicetak. Pemimpin tak lahir dalam bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat." 
-Pak Natsir 

[Jangan takut untuk sibukkan diri dalam saf pejuangan Islam ini. 
Kita bukan pencetus dan bukanlah pengakhiran, 
tetapi kita adalah untaian rantai-rantai perjuangan.
Masa kita memang tidak sama dengan orang lain.
Tetapi apabila kita telah disenaraikan dalam saf perjuangan
maka tabiat generasi ini mestilah dibezakan 
daripada tabiat generasi umum
sahsiah mestilah ditingkatkan
fikrah mestilah jelas
daya fikir mestilah matang
ucapan dan kata-kata biarlah berharga
pandangan mestilah bernas
kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi
tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh
perkara mabda',aham dan sampingan hendaklah tahu dibezakan
sumbangan mestilah bertambah
dan muhasabah diri sendiri janganlah dialpakan
semoga dengan disiplin diri ini mampu memberi manfaat
bukan sahaja pada kelangsungan perjuangan
tapi demi kebaikan diri sendiri.]




Saturday, January 4, 2014

Khowathir Qur'aniyah

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Buku Khowathir Qur'aniyah| Nazharat Fe Ahdafi Suwaril Qur'an.
Alhamdulillah akhirnya :)

Perlbagai halangan untuk memilikinya.Buku ini dicadangkan oleh seorang ustaz, beliau menyebut, buku ni bagus dan sesuai dimiliki oleh fasilitator.Menerangkan secara ringkas mengenai makna surah-surah dalam Al-Quran.Tulisan Amru Khalid.
Usaha mencari kitab ini di Pustaka Darussalam Kaherah, tapi ammu kata ma fish :(

Sehingga bulan Ramadhan, jumpa kitab terjemahan seperti dalam gambar, tapi tidak dapat memilikinya kerana bulan tersebut saya sudah membeli buku New Quantum Tarbiyah dan Titik Tolak.

Dipendekkan cerita, saya beli secara online yang ini.Walaupun mulanya ingin memiliki buku ini versi bahasa arab.Alhamduillah.Harga Year End Sale.Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk teman-teman yang baru mula memahami isi-isi Al-Quran.Sebelum melangkah membuka kitab-kitab tafsir mu3tabar.

:)


Thursday, December 26, 2013

Ya Allah, Jangan Kau Biarkan Aku Sendirian di Dunia Mahupun di Akhirat

Bismillah
Assalamualaikum

Tulisan ini saya dapat melalui naqibah saya.  Beliau tag anak-anak usrah dia yang sangat ramai tu. Terima kasih Kak Halimah atas ingatan dan motivasi yang membina ini. Teringat nak post di sini, tadi ada bercakap dengan seorang sahabat tentang ini.


YA ALLAH, JANGAN KAU BIARKAN AKU SENDIRIAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT...

USAH SEDIH JODOH TAK KUNJUNG TIBA

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya dalam hati, "Dimanakah jodoh yang telah Allah janjikan?" Apatah lagi andai usianya yang bakal atau sudah menjangkau ke tiga puluhan. Tidur pun jadi agak terganggu. Ditambah lagi bila orang sekeliling bertanya,"Bila nak makan nasi minyak ni?" Impaknya hati rasa gelisah tidak keruan menanti-nanti jodoh yang tidak nampak lagi bayangnya. Mulalah membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang sudah ketemu jodohnya. Adakah diri terus menanti dan menanti sambil berharap dengan cemas? Atau adakah kita akan melakukan sesuatu agar jodoh yang dijanjikan itu akan segera menyapa?

Ibnu 'Atha'llah As-Sakandari mengatakan:" BILA PENAHANAN PEMBERIAN ITU MENYAKITIMU, MAKA ITU HANYA KERANA KETIADAAN PEMAHAMANMU TENTANG ALLAH DI DALAMNYA".
Ketahuilah penahanan pemberian Allah itu adalah untuk menunjukkan kepada kita akan sifat-sifatNya. Allah memperkenalkan diriNya kepada kita bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa . Firman Allah swt dlm surah al-An'aam:18 yang maksudnya:
"Dan Dialah Yang Berkuasa atas hamba-hambaNya".

Sejujurnya bila kita memahami hikmah di balik penangguhan itu maka penangguhan pemberian itu sebenarnya adalah merupakan pemberian tersendiri. Maknanya penangguhan dari Allah itu adalah suatu kebaikan selama mana kita pertahankan Islam dan Iman kita, hingga kita merasakan apa jua yang Allah lakukan terhadap diri kita menjadi satu kurniaan pula terhadap diri kita bukan lagi satu penderitaan. Bila begitu hati kita kan jadi senang dan lapang hasil terbit rasa syukur dan redha dengan bahagian diri kita yang telah Allah berikan di dunia ini.

Pun begitu kelembutan Allah tidak akan terlepas dari takdirNya. Sebab antara asma (nama) Nya adalah al-Lathif (Yang Maha Lembut), maka kelembutanNya itu selalu akan berhimpitan dengan takdirNya. Ini bermaksud tidak ada pemisahan antara kelembutanNya dan kekuasaanNya kerana al-Lathif dan al-Qadir adalah sama-sama namanya, Dialah Yang Maha Lembut lagi Maha Menentukan. Andai kita memahami hakikat ini, maka kita akan rasa puas dan lega terhadap takdir Allah, dan merasa tenang dan damai dengan kenyataan taqdir yang menimpa diri, saudara-saudara dan seluruh kaum muslim.

Bersangka baiklah kepada Allah tentang jodoh kita. Allah hanya menundanya saja, sehingga nantinya Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Jika seandainya hari ini kita belum menemukan atau sudah hampir menemukan jodoh tetapi gagal, maka itu adalah jawapan dari Allah. Yakinlah Allah akan menemukan kita dengan seseorang yang akan menjadi jodoh kita dunia dan akhirat. Kita menyayangi dia dan dia akan menyayangi kita. Hapuslah air mata di pipi dan hilangkanlah lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, diri kita akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan kita rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskanNya.

Nasihat Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin,"Selalulah berdoa kepada Allah dengan penuh harapan dan keikhlasan serta mempersiapkan diri untuk sedia menerima lelaki yang soleh. Apabila seseorang jujur dan sungguh-sungguh dalam doanya disertai dengan adab doa dan meninggalkan semua penghalang doa maka doa tersebut akan terkabulkan".

Oleh itu, ingatlah Allah itu lebih penyayang dari seorang ibu yang penyayang. Lewatnya bertemu jodoh, maka itulah pilihan terbaik untuk kita dan sangat mungkin terpendam kemaslahatan tersembunyi yang hanya diketahui olehNya sebagaimana firmanNya di dalam surah al-Baqarah:216:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu".

Maka hargailah kehidupan ini dan berbahagialah bagi jiwa-jiwa yang mengenal dan memahami Allah. Pandanglah apa yang telah Allah berikan nikmatNya kepada kita. Jangan pandang pada apa yang tidak lagi Allah berikan kepada kita. Kerana hal itu akan membuat hati kita tidak pernah rasa qanaah (cukup) dengan apa yang ada bahkan kufur akan nikmatNya.

Moga esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Jadilah wanita yang paling bahagia...










Tuesday, December 24, 2013

Malam Solidariti Palestin Bersama Shoutul Harokah dan Hilwan



Bismillah wal Hamdulillah, Sabtu 20 Disember 2013 saya berkesempatan ke Malam Solidariti Palestin bersama Shoutul Harokah dan Hilwan, anjuran Cakna Palestin dan ShouHar EM.
^_^

Teruja.Pertama kali saya rasa, saya live tengok persembahan Shoutul Harokah, walaupun telah mengenali mereka pada 2005 dan mula mendengar dengan penuh minat pada 2006 (Setahun sebelum ke Mesir).
:)

Satu ketika di Mesir, lagu yang sering saya dengar Gelombang Keadilan, hari-hari pasang, setiap masa.Bangun pagi-pagi pasang kuat-kuat lagu Gelombang Keadilan, Merah Saga dan Bingkai Kehidupan.Ubat tak tidur pagi agar pergi kuliah awal 
:D

Mengarungi samudra kehidupan
Kita ibarat pada pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Tang ayat " Tiada masa tuk berpangku tangan" memang power!
Kenangan sungguh tiga lagu ini.Benar-benar mengingatkan saat ditarbiyah bersama-sama sahabat di bumi Mesir.

Menunggu lagu Merah Saga dan Gelombang Keadilan.Antara lagu yang terakhir.Sampai ke depan tunggu lagu Gelombang Keadilan :p

Apapun terkesan dengan lagu "Hadapilah"

Walau hujan badai kan terus melanda
Walau amuk gelombang tak henti menerjang
Walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
Jangan letih menapaki kehidupan

Ujian bagaikan terik sinar sang surya
Hadir kedunia bersama berjuta karunia
Janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
Janganlah bersimpuh dihadapan duka

Hadapilah segala tantangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan

:)


Filastin Wajibat Al-Ummah


Palestina adalah negeri yang tidak boleh hilang dari benak dan fikiran kita dan tidak layak untuk diabaikan meskipun kesibukan dan aktiviti kita sangat padat.
-Dr Raghib As Sirjani

Sunday, December 1, 2013

Explorace Beliawanis 2013

Bismillah
Assalamualaikum


Explorace Beliawanis 2013 sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2013 yang bertemakan "Ambo Anak Klate". Tahniah buat semua peserta dan sukrelawan yang bertugas. Terima kasih kepada pihak U-BeS atas kepercayaan yang diberikan kepada NISA' KELANTAN.

"Apabila kita mengerjakan kebaikan, hingga kita berasa penat, ingatlah bahawa kepenatan itu akan hilang dan ganjaran pahala itu akan berpanjangan. Dan apabila kita berasa seronok mengerjakan maksiat, ingatlah bahawa keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan."(Saidina Ali r.a)

Semoga setiap perbuatan kita mendapat nilaian amal soleh, insyallah.
~Kami Anok Klate Bermaruah~


Peserta dan urusetia bergambar setelah selesai ^_^


:)


Alhamdulillah berakhir dengan senyuman walau sedikit kehujanan Explorace Beliawanis 2013. Best tidak terkata. Program pertama saya setelah memegang amanah MT Nisa' Kelantan.


Gambar-gambar lain boleh layari album ini.

Monday, November 18, 2013

Rindu Mansurah!


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Tak terkata, sangat rindu Mansurah!
:'(

Sunday, November 17, 2013

Hari Jubah Faizah

Bismillah
Assalamu'alaikum


Tahniah Faizah!
Sila sambung degree!
:D





KakiBlog