Sunday, October 20, 2013

Bahagianya Merayakan Cinta


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Berkahwin. Ia bukan masa untuk berehat dari tugas kekhalifahan. Kecuali bagi orang-orang yang memandangnya sebagai buah yang menanti dipetik selepas lama menjadi bujang, selepas lama berjuang. Kerana sesungguhnya berkahwin dan berjihad menyebarkan risalahNya adalah seiring sejalan.

Usamah bin Zaid menjadi penglima Islam ketika usianya 18 tahun. Namun sesungguhnya pada usia beliau 16 tahun beliau telah pun menikahi Fatimah binti Qais. Begitu juga dengan seorang pemuda tampan, Mus'ab bin Umair. Beliau menjadi duta pertama Islam ke Madinah setelah beliau menjadi suami kepada Hamnah bint Jahsy ketika masih di Mekah. Kedua-dua sahabat ini menjadi manusia hebat dalam sejarah selepas perkahwinan mereka. Kehidupan rumahtangga tidak melalaikan mereka dengan tugas mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak, bahkan menjadikan mereka manusia yang sangat kental memperjuangkan Islam. Mereka lebih mencintai Islam selepas pernikahan. Mereka lebih laju memacu langkah merebut peluang mencari redha Allah. Contohilah mereka, hayatilah rahsia rumahtangga yang menjadikan mereka luarbiasa.

Titiskanlah air mata andainya perkahwinan menghalang kita daripada menjadi seperti Usamah bin Zaid dan Mus'ab bin Umair. Mari kita menangis di hadapan Allah sekiranya perkahwinan melenakan manusia daripada tugas menjadi khalifah dan berjihad di jalanNya...

Jika kemalasan dan cintakan kerehatan telah merantai sebuah rumahtangga, jadi di manakah keberkatan sebuah pernikahan yang sepatutnya kita raih?

"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi hari dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan melampaui batas." [Al-Kahfi: 28]

Bahagianya Merayakan Cinta, Salim A Fillah.

Saturday, October 19, 2013

Program Bakti Siswa Mesir 13 | Ayer Lanas di hati




Bismillah.
Assalamu’alaikum


Batu bata yang baik adalah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah.Ia bersedia untuk dipasang di mana sahaja, terserah kepada arkitek dan kontraktor hendak meletakkan batu bata tersebut.

انا رمى من رماية الأسلام...فارمى أين ما شئت

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
Saad bin Abi Waqqas~

Walaupun PBSM 13 hampir seminggu berlalu, namun bukanlah itu garisan penamat gerak kerja kami. Kerja kami masih terus berbaki sehingga Islam teguh berdiri.



Saturday, October 5, 2013

Ucapan Ketua DMPNK

Bismillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengikuti Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan kali ke 40. Tahun ini diadakan pada 29 Zulkaedah 1434 H bersamaan 5 Oktober 2013 di Wisma Markaz Dewan Ulama (MADU). 




Ucapan Ketua DMPNK.
tbc..huhu




Wednesday, October 2, 2013

Tiada Tajuk


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Persaudaraan adalah mukjizat, wadah yang saling berikatan dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati.
Sayyid Qutb

Perjalanan yang jauh hari ini, mengingatkan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.Ketika pertama kali saya diamanahkan sebagai Timbalan Eksekutif Pengangkutan dan Perhubungan Kembara Jejak Realiti (KEJORA) pada 2010 dan kali kedua sebagai Timbalan Pengurus Kewangan Obor Mahasiswa Harapan (OASIS) 2011.

Orang Kelantan kata, bertumbas.Ya, saya bertumbas untuk program ini KEJORA dan OASIS, sehingga berkampung di Kaherah semata.Saya kira urusetia KEJORA dan OASIS adalah pakar dalam bidang masing-masing yang telah dipilih PMRAM dari seluruh cawangan.Bidang Pengangkutan dan Perhubungan bukan kepakaran saya, saya hanya angguk dan buat kerja sahaja ketika itu.Jauh sekali dalam pengurusan kewangan.Saya akui bekerja dengan Urusetia KEJORA dan OASIS membuatkan saya terbawa-bawa style itu sampai sekarang.Kadang boleh pecah kepala dan sekarang boleh pecah suara. Kerana saya bukan dari kalangan mereka.

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk bekerja untuk Islam.Semoga!

# OASIS 2011 
13 Okt 2011
Ismailiah 



Wednesday, September 18, 2013

Lama tak menulis.Sebulan Rab3ah

Bismillah.

Assalamu’alaikum

Beginilah saya.
Apabila saya teringat tagline saya "Lama tidak menulis", saya dengan lambat dan malasnya menjenguk blog yang sentiasa bersawang.

Hari ini genap sebulan peristiwa berdarah Rab3ah.



Saturday, September 14, 2013

Di antara butiran batu aku akan berada di sini


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Berderai air mata apabila melihat gambar ini tadi.
Ya Allah...Akulah manusia yang tidak bersyukur!
Ya Rabb :(

Suatu pagi, As-Syahid Hasan Al-Banna bertemu dengan Abbas as-Siisi yang matanya sembab kerana semalaman menangis.Ketika ditanya mengapa menangis, lalu ia menjawab bahawa semalam ia mendengar ada tanah kaum Muslimin yang jatuh ke tangan komunis.As-Syahid lalu mengatakan, " Bererti kamu sudah mulai menapaki jalan dakwah ini."

Baru mulai? Benar.Rasa peduli dan simpati itu baru permulaan.Sedar ada masalah.Simpati sahaja tidak cukup.Perlu ada bukti.Merasakan apa yang mereka rasakan.Kita tidak boleh mebiarkan umat terus terlelap dalam gemerlap cahaya.Kita punya al-Quran di rumah kita dan ada hadith nabi yang boleh di simpan dalam hard disk.Sedarlah, kita mesti belajar untuk bersyukur, menggunakan semua kemudahan yang telah dirintis oleh ilmuan untuk membangun peradaban. Get the spirit untuk bangkit dan bergerak pantas.

Petikan New Quantum Tarbiyah



Friday, September 6, 2013

Asmaa~

Bismillah
Assalamu'alaikum

Ada seorang budak namanya Nurain Asma balik Kampung Baung, berlari-lari cari Cik Yana.
Cik Yana, Cik Yana! Asma nak pakai tudung!
Ok siap pakaikan.
Pastu Asma nak Malaysia.
Malaysia???
Iyee yang tuuuu, (Tunjuk bendera)
Ok nah.
Ambil la gambar Asma ni.

 :p

Asma yang comel dan lucu :D



KakiBlog