Monday, December 14, 2015

S.A.H.A.B.A.T

Bismillah
Assalamualaikum


Semuanya tetiba. Hari ini tetiba rasa nak kumpul gambar sahabat-sahabat dari dulu sampai loni. Sahabat syurga yang sentiasa bersama susah dan senang. Actually banyak lagi gambar, tapi saya kumpul yang saya agak yang ada nilai yang tinggi, macam nak jual pulok rasa.


Rindunya kalian :)

Pilihlah sahabat yang baik, yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya, agar kita lebih dekat denganNya setiap masa.
Mereka ini biasanya tidak mahukan apa-apa daripada kita, hanya yang mereka inginkan adalah kita dan mereka, suatu hari nanti dapat bersama-sama di dalam syurga.

"Perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi daripadanya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap." (HR Bukhari & Muslim)

Sunday, December 6, 2015

Hukum Mandi Wiladah

HUKUM MANDI WILADAH.

Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?

Jawapan:
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.

Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.

Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat.

Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari.

#DSO. 5/12/2015.

Video

Sumber
KakiBlog