Friday, November 1, 2013

Catatan di n 20 Sungai Limau



Bismillah 
Assalamualaikum

Catatan di Sungai Limau

Pagi-pagi semua keluar ke tempat bertugas masing-masing.Ada yang ziarah, ada yang ceramah kelompok ada yang cari barang hadiah sukaneka.Saya hanya di rumah menyelesaikan beberapa urusan teknikal sukaneka.Apabila kakak-kakak dan acik-acik balik dari ziarah dan hal-hal lain tu, ada seorang kakak yang dan berminggu-minggu di sini share satu cerita tentang Cina di Sungai Limau ni.Cina ni menyokong pembangkang.Siap ada kata tok guru tu tokwan dia.Siapa sokong GST tu bodoh punya orang.Huhu.Saya dengar je lah.Maknanya Melayu kalau sokong GST, maka... 



Tadi saya keluar mencari kedai fotostat.Jumpa kedai.Kedai Cina.Saya kalau kat negeri sendiri, berusaha mencari kedai melayu.Lagi pun memang banyak kedai Melayu pun.Ok jumpa kedai fotostat cina.Saya nak fotostat beberapa fakta isu semasa.

Auntie, I nak fotostat banyak, 100 helai, berapa sen?

7 sen.

Ok, 100 helai.

Auntie esok kedai buka tak?

Tak, esok holiday, Jumaat kan...Oooo ini pasal GST ye?

Ye auntie

Sekarang semua naik.Kat sini kami satu bangunan yang berderet ni semua sokong pembangkang.Dulu mereka MCA sekarang dah tukar.

Saya angguk.Dan tanya, tahu tak kami dari mana?

Tau, Kelantan kan?

Mana tau?

Cakap dan pakaian sudah tau.

Auntie, cina kat Kelantan cakap Kelantan pekat 


Kami terus berbual tentang macam-macam.Banyak politik.Uncle siap sediakan kerusi untuk saya duduk.Dan siap belanja air 100 plus.

Tiba-tiba ada yang nak fotostat.Saya hanya memerhati dia dan suami fotostat.Cermat, first time saya tengok orang guna hair dryer untuk leraikan (maaf tak tau perkataan yang sesuai) kertas.

Dia berhenti fotostat risalah saya, ambil risalah orang tadi dan fotostat.Saya tengok dacing.Orang tu keluar kedai.Mungkin datang ambil.

Saya siapkan yang dia dulu la...Barisan punya orang...dia ada susah kita mau sembang.

Oooo saya senyum.Orang BN sini pernah tanya saya, undi apa...sokong apa..?Saya jawan sapa-sapa menang kami sokong.Orang BN marah kami.Menyuruh kami sokong BN.Saya tak tau dapat apa sokong.

Dia ada tanya saya dari mana.Saya cakap saya orang Pengkalan Chepa.Orang kawasan Tok Guru.

Tok guru itu bagus punya orang.Saya suka sama dia...

Berbunga 

Saya menjemput dia datang ke pertandingan memancing esok.Dan ceramah yang akan dihadiri DSAI.

Saya mahu pergi yang tempat ceramah tu.Nak tengok DSAI dari dekat.Saya mahu ajak semua kawan-kawan saya.

Ye ajak ramai-ramai.Jumpa saya, tegur tau auntie 

Ya...saya mau duduk dengan kamu boleh ke?

Boleh jaa  

Eh. esok saya mahu berniaga la...

Ye ke?Ok, esok saya datang lagi.Jumpa esok.

Kami berakhir dengan tukar-tukar no telefon 

# Dialog yang panjang yang dah saya pendekkan.


Betul la..Cina sini semua sokong PR.Baik-baik orangnya.




No comments:

Post a Comment

KakiBlog