Risalah Ilasy Syabab-Majmuah Rasail
Bismillah.
Assalamu’alaikumSesungguhnya Imam As-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya "Risalah Ilasy-Syabab " tentang rukun-rukun kejayaan.
Beliau berkata: "Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya."
Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara:
Iman
Ikhlas
Hamasah
Amal
Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.
Di tempat lain beliau berkata: "Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivitinya jika dia terdiri daripada orang yang benar."
Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: "Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi."
Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.
Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi realiti yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.
Ucapan Mursyidul Am IM Dr Badie di Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi.
Kaherah, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M.
# "Sesungguhnya pemuda merupakan agen kebangkitan setiap umat, rahsia kekuatan pada setiap kebangkitan, dan pembawa bendera setiap fikrah."
As-Syahid Hasan Al-Banna
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk" QS 18:13
No comments:
Post a Comment