Wednesday, March 27, 2013

Senyum Ibadah Tanpa Kos


Bismillah.
Assalamu’alaikum

الشيخ نبيل العوضي |

فقط ابتسم… تذيب الخلاف و تفتح القلوب و تُدخل السرور ابدأ اللقاء بابتسامة و اختمه بابتسامة و املأه بابتسامات ! ( تبسمك في وجه أخيك صدقة )


Saturday, March 23, 2013

Al-Ustaz Said Ramadhan dan Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti

Masih ramai yang tertukar dua tokoh ini.Mereka berdua mempunyai nama yang hampir sama, bezanya "Al-Bouti".

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Al-Ustaz Sa'id Ramadhan rahimahullah (1929-1995M = 1345-1416H)
Al-Ustaz Sai'd Ramadhan (Abu Aiman) rahimahullah merupakan seorang ahli pidato dan pendakwah yg berasal dari Tanta, Mesir. Beliau ialah menantu kepada as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah.

Beliau antara individu paling rapat dengan as-Syahid. Beliau juga merupakan pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai jasa yg besar dalam perjuangan umat Islam di Palestin. Beliau ialah Setiausaha Peribadi kepada as-Syahid. 

Beliau diusir dari Mesir oleh regim Gamal Nasser cdan berpindah ke Arab Saudi dan mengasaskan Liga Islam Sedunia dan kemudian ke Geneva, Switzerland sebelum menghabiskan disertasi di University of Cologne pada tahun 1959. Di sana beliau menubuhkan Pusat Islam di Geneva. Kini anaknya Hani Ramadan menguruskan pusat Islam berkenaan. Seorang lagi anak beliau ialah Tariq Ramadan, tokoh Islam antarabangsa.

Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 1995. Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi' di Madinah tetapi hasratnya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Beliau akhirnya dikebumikan di tanah airnya, Mesir yg tidak dimasuki sejak 1954. Al-Fatihah.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti (1929-2013
Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan tokoh Islam yang disegani yang dipilih oleh Anugerah Al Qur’an Antarabangsa Dubai sebagai “personality dunia Islam” pada tahun 2004.
dan telah menulis tidak kurang dari 60 buku dalam bidang fiqh, usulfiqh,kesusasteraan, falsafah, sosiologi. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti sebelum ini dikatakan cenderung kepada rejim Basyar, namun sejak akhir-akhir ini beliau banyak mendoakan agar tentera Basyar bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Dilaporkan juga sebelum beliau dibunuh, beliau telah merancang untuk keluar daripada Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar yang tidak membenarkan syaikh keluar daripada Syria.Beliau sebenarnya sudah merancang untuk memumumkan pendirian beliau bersama perjuangan rakyat dan untuk menentang rejim pada hari Jumaat keesokannya. Tetapi rejim Basyar telah membunuhnya pada hari Khamis sehari sebelum Syaikh mengumumkan pendirian beliau.






Friday, March 22, 2013

Terbakar Setelah Runtuh



Bismillah.
Assalamu’alaikum

 (Atas)Bangunan Canselori UM Terengganu terbakar 3 Anggota Bomba Cedera, salah seorangnya yang ini abang saya (Bawah)

Syafakallah!

Haflah Ilmu-Anak Muda Kelate

Haflah Ilmu Anak Muda Kelate


Bismillah.
Assalamu’alaikum


Inilah suasana tadi, Subhanallah sungguh ramai.This is Kota Bharu.Apabila hati bersatu kerana Islam yang satu.Allahu Akbar!


Saya hanya di rumah menguruskan Tayangan Perdana program ini di rumah bonda.Sepatutnya jadual saya di sana.Namun atas permintaan bonda saya di rumah akhirnya.Alhamdulillah line internet memberi kerjasama yang baik walaupun beberapa ketika tersekat.



Ibnul Khattab-Lelaki Yang Sangat Merindukan Syurga

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
Membuatmu tidak berdaya melakukan apapun
Kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana'
Maka pilihlah yang paling mulia untuk kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka

Puisi Ibnul Khattab pada akhir hidupnya
-Samir Saleh Abdullah al-Suwailim-
-Ibnul Khattab-
Syahid pada 19 Mac 2002 kerana racun
Syahid sebelum berusia 33 tahun
~Perjalanan Meminang Bidadari~


Tuesday, March 19, 2013

Selamat Jalan Ibu Para Syuhada Ummu Nidhal @ Maryam Farhat aka Khansa' Palestin



Ummu Nidhal dan tiga anaknya yang syahid


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Beliau yang bernama Maryam Farhat. Namun lebih dikenali sebagai “Ummu Nidhal” atau “Khansa’ Palestin”. Beliau adalah ibu yang hebat yang telah menjadi pendorong bagi anak-anaknya menjadi pejuang Palestin hingga 3 di antaranya menjemput syahid (Nidhal, Muhammad dan Rawwad) dan satu orang (Wisam) masih dalam tahanan Israel sejak 11 tahun yang lalu. Baliau adalah “Al Khansa’”, ibu para syuhada yang hidup di zaman ini.

Ahad, 17 Mac 2013 Ummu Nidhal telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah sakit Asy-Syifa - Gaza pada umur 64 tahun setelah berjuang melawan penyakit sirosis hati, radang usus yang dideritanya. Selama itu beliau telah menjalani proses perubatan dan berulang-alik Gaza-Mesir-Syria.

Ratusan warga Palestin, kader, pendukung dan anggota Hamas pagi ini mengunjungi RS As-Syifa untuk melepas kepergian Ummu Nidhal dan mendoakan almarhumah. Rombongan ini dipimpin Perdana Menteri Ismail Haniyeh, Wakil Ketua Dewan Legislatif, Ahmed Bahar, seorang anggotas atasan Hamas, Mahmoud al-Zahar, dan lain-lain. Hari ini Palestin berduka dengan pemergian mujahidah ini.

Siapakah Ummu Nidhal? 

Beliau lahir dari keluarga sederhana di Gaza pada tanggal 24 Desember 1949, memiliki 10 saudara laki-laki dan 5 saudara perempuan. Beliau adalah pelajar berprestasi di sekolahnya. Ketika masih bangku pertama SMA beliau berkahwin dengan Fathi Farhat (Abu Nidhal), beliau menjalani musim ujian sekolah menengah dalam keadaan hamil putra pertamanya.

Semenjak menjadi ibu, Ummu Nidhal mendidik dan mendorong putra-putrinya menjadi pejuang melawan zionis. Beliau memiliki 6 putra dan 4 putri, semuanya didorong untuk bergabung dengan Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap militer Hamas. Tiga orang putranya, Nidhal, Mohammed dan Rawad telah syahid.

Ummu Nidhal telah menawan hati rakyat Palestin apabila beliau muncul di dalam video pada permulaan tahun 2002 ketika beliau mengucapkan selamat jalan kepada puteranya, Muhammad, seorang mujahid al-Qassam untuk melaksanakan operasi menyerang musuh. Di dalam operasi itu Muhammad telah berjaya membunuh dan mencederakan beberapa orang tentera Zionis. Dengan itu Ummu Nidahl merupakan ibu pertama yang mengucapkan selamat jalan secara rasmi kepada puteranya yang pergi ke medan juang melaksanakan misi istisyhad.

Berita syahid anak-anaknya tidak membuat Ummu Nidhal sedih dan gentar. Justru semakin meningkatkan keikhlasannya. Ketika ditanya soal kesyahidan anaknya, beliau menjawab dengan kebesaran jiwa, tak ada duka dan penyesalan:

"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Siapa yang menyayangi anak-anaknya hendaklah memberikan sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anaknya. Dan yang paling berharga itu ialah syurga".

Baginilah ungkapan-ungkapan kebesaran jiwa dan keikhlasan ibu para syuhada ini:

"Ketika anakku yang sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat memasuki usia enam tahun, saya katakan kepadanya; Ibu ingin kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."

"Tiada kabar yang paling mengembirakan saya, kecuali saat puteraku menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung dengan Briged Al Qassam dan sedang mempersiapkan diri menyongsong syahadah di medan perang. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."

Saat perpisahannya dengan putera sulungnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak, Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkan hatimu, istiqomahlah sampai engkau bertemu Allah Taala."

Ummu Nidhal adalah ibu spiritual bagi para mujahidin. Beliau sering mengunjungi para "murabithin" yang berjaga-jaga di wilayah Gaza dan memberikan nasihat dan semangat untuk mereka. Adapun aktiviti harian beliau adalah sebagai anggota Dewan Legislatif Palestina dari fraksi Reformasi.

Hari ini Ummu Nidhal telah menemui Rabbnya, melepas rindu dengan suami dan 3 puteranya dan menunggu putera-puterinya yang akan menyusul.Majlis pengebumiannya di bumi Gaza dilakukan sebagai panglima dan negarawan terbilang. Kerana akhlak dan amalannya yang mulia membesarkan anak-anaknya dan menyerahkan anak-anak yang dipinjamkan oleh Allah untuk berjuang menantang kezaliman zionis sehingga menjadi Syuhada'. Semoga Allah merahmatimu Ummu Nidhal, Khansa’ abad ini. Semoga akan banyak lagi “Khansa’-Khansa’ yang lain akan mengikutimu.


Ummu Nidhal ketika melepas putranya Muhammad Fathi Farhat ke medan jihad

Ummu Nidhal saat melepas kesyahidan anaknya

Tentera berarak mengiring jenazah Ummu Nidhal





Monday, March 18, 2013

Selamat Bersidang Muktamar Sanawi PMRAM

Bismillah.
Assalamu’alaikum


Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. QS 42:38

Selamat bersidang kepada semua perwakilan Muktamar Sanawi Hewi PMRAM kali ke 26 dan Muktamar Sanawi PMRAM 80.

Saya tidak pernah ketinggalan untuk ke MS PMRAM sejak 2008.Ini sudah kali kedua saya tidak bermuktamar.


Perwakilan PMRAM cawangan Mansurah
 MS PMRAM kali ke 77 pada 13 April 2010

Mereka yang peneruskan perjuangan
Perwakilan PMRAM cawangan Mansurah
 MS PMRAM kali ke 80 pada 18 Mac 2013

Semoga PMRAM terus menabur bakti di Mesir.Tiada yang lain selain PMRAM yang menaungi kami pelajar Malaysia di Mesir.Semoga daulah kecil ini mampu melahirkan daie yang hebat untuk perjuangan Islam di tanah air.Pengalaman bekerja dengan PMRAM pusat dan PMRAM cawangan banyak membantu kami berjuang di Malaysia.



Setelah itu

Bismillah.
Assalamu’alaikum


Saya kembali setelah dua bulan lebih tidak menulis.Senyum.Mungkin saya lebih selesa bertwitter akhir-akhir ini.Bercerita pendek lebih memudahkan.Namun bercerita panjang merungkai segalanya.
KakiBlog